Monday, January 31, 2011

Darulaman Jamboree: Penutup Januari

Tarikh: 30 Januari 2011, Ahad

Lokasi: Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah

Anjuran: DANISH ADVENTURE EVENT MANAGEMENT(DAEM)

Flag Pff: 7:45am

Ramai juga tersalah anggap bahawa Jamboree ini adalah kesinambungan Kedah Jamboree. Sebenarnya ia adalah satu acara yang dianjurkan oleh sebuah event management iaitu DAEM bagi memertabatkan lagi sukan MTB secara profesional. Terima kasih kami ucapkan kepada penganjur atas usahanya ini.

Penulis turut serta menyertai acara ini sbg satu sokongan kepada penganjuran ini, terutama apabila ianya diadakan di ‘halaman’ sendiri pulak. Penulis  berlepas awal bersama kategori race kerana ingin ‘merasai’ dan mendapat gambaran dilokasi  bahkan penulislah yang pertama sampai kegarisan penamat pada jam 8.50am. Terkejut dan tersentak lalu petugas berkejar untuk memberi hadiah, namun tersedar jua mereka akhirnya – penulis terpaksa pulang awal untuk menghadiri satu program di Wisma DA(keutamaan woo).

Semua gambar selepas itu diambil oleh anak penulis yang baru nak berjinak dgn DSLR dan terimakasih kepada sdr Asyraf kerana membantu shoot gambar di garisan penamat

Penyertaan

Penyertaannya ± 200 sahaja, namun sebenarnya  sambutan agak hangat  dari rider-rider utara yg kepingin benar. Ramai yang kecewa apabila acara ini diadakan pada hari Ahad. Kedah yang cuti amnya pada hari Jumaat dan Sabtu maka ia membataskan banyak rider untuk menyertainya pada hari ini. Penulis faham masalah penganjur, namun sekiranya diadakan pada hari Sabtu pasti ramai yang akan tampil menyertai-bahkan penulis melihat ramai rakan-rakan yang berkerja hari ini sempat datang untuk melihat acara ini.

Mungkin tidak ramai rider-rider berbangsa China turut serta kerana akan sambut Chinese New Year(CNY) dalam beberapa hari lagi. Mereka  bimbang keselamatan, takut tak sempat ber’CNY’

Ramai juga rider yang tidak ‘sedar’ mengenai adanya Jamboree ini(yang tak baca blog la tu), bahkan tidak mengetahui bahawa penyertaan masih dibuka hingga saat akhir. Ini menunjukkan bahawa promosi agak berkurangan dan tidak panas.

Trek

Treknya adalah sebahagian dari Trek Kedah Jamboree yang berjarak ± 40km. Dua kategori dgn sedikit laluan yang berbeza. Kategori race mereka perlu mendaki Bukit Kelubi. Penat juga disini. Kategori Fun hanya mengayuh di belakang taman Tunku Sarena dan seterusnya ke kawasan rekreasi Bukit Wang. Ramai yang beranggapan penganjur spt tidak bersedia atau melakukan kerja saat akhir. Di Kawasan Bukit Wang,  nasib baik pihak jabatan hutan memberi amaran apabila ada pokok tumbang.

Tidak ada peta laluan yg boleh dijadikan panduan kepada rider. Kalau adanya ‘Tinjauan trek’ dan jemputan kayuhan pasti nampak lebih molek..

Petugas

Penganjur juga tidak mengambil peluang mengenai ‘sumber’ yang ada. Dari apa yang penulis lihat, mashall atau crew kurang berpengalaman. Mereka juga kurang memberi perhatian pada beberapa aspek spt keselamatan, pandu arah dan sebagainya.

Arahan/panduan yg bercelaru(kiri-kanan), dan ada yang meninggalkan lokasi sedangkan masih ramai rider di ‘sana’.

Penunjuk arah juga berkurangan bahkan ada rider top 5, telah terlajak dan terpaksa berpatah balik. Jika tidak …….

Penganjur sepatutnya jangan malu-malu utk meminta bantuan dari rider ‘local’ yang pasti ada pengalaman dan tahu cara-cara kerja sebagai mashal dan crew. Bahkan cekap dgn laluan sekitar yang memang menjadi lokasi kayuhan mereka. Mereka secara sukarela akan beri bantuan demi kebaikan bersama . ‘Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ itulah gamaknya bermain dibenak mereka.

Kurangnya petugas dan kawalan lalulintas yg minima menyebabkan kemalangan berlaku di beberapa lokasi. Penulis ditempelak oleh salah seorang pemandu kereta apabila penulis terpaksa ambil alih kawalan lalulintas secara ‘Bidan Terjun’ Ini kerana petugas sedia ada berkejar membantu rider yang jatuh. Penulis juga ada terdengar rungutan dari polis bahawa rider tidak dieskot. Walaubagaimanapun selepas itu penulis melihat polis mula menunggu di lokasi tersebut.

Makan dan minum

Minuman di Feeding Point boleh dikatakan mencukupi, namun ramai rider mengeloh apabila tiada air disediakan di penamat.

Makanan tengaharinya sedap walaupun hanya 2 mata dan lebih dari mencukupi.

Secara keseluruhannya ramai juga yang enjoy acara ini, namun ramai juga yang ‘bercakap’. Penulis hanya menyampaikan apa yang dirasai dan didengar.

Lagi Gambar di faceBook

KLIK - Album 1

KLIK - Album 2

8.02am – dah nak sampai Bike Park

Jalan Masuk ke Suasana Indah

Ramai yang jatuh di sini –

Bukit Kelubi – menguji kudrat anda

Yes..sIR

FP – Belakang Taman Tunku Sarina

9.35: 46 am - Tempat Pertama

9:35:50 – Tempat Kedua

9:44am - Spark Tempat Ke 3

Maizatul ..juara wanita dan Zol ..orang kuat Telok Batik Jamboree

 

WAJAH WAJAH CERIA JAMBOREE

Santai

Seronok

Enjoy

Cool

Juara

 

Berjaya

Kenapa?

Saturday, January 29, 2011

Jati Perik: Keempukan Ekor Lembut

Setiap hujung minggu pasti penulis tidak akan lepaskan peluang untuk berkayuh. Namun penulis juga perlu memberi perhatian kepada keluarga. Tentunya antara hari Jumaat dan Sabtu penulis harus memilih. Oleh itu maaf sekiranya penulis tidak dapat mengikuti program kayuhan antara hari tersebut.

Hari ini Jumaat, 28/01/2011. Penulis kembali berkayuh ke Jati, Perik. Dalam bulan ini sudah 2 kali ke sini. Namun tandang kali ini bersama team Jitra yang sedang ‘menciwi’ Fullsurps masing-masing. Peluang pada mereka melayan sepenuhnya DH disini. Trek Jati Perik adalah bak ‘roller coaster’(turun-naik) memang menarik utk layan Fullsurp. Ternyata persembahan dari mereka cukup memberansangkan, bahkan turut menafikan khabar-khabar bahawa Fullsurp berat, tak sesuai mendaki dan apa-apa lagilah. Penulis juga diberi peluang menaiki Ellsworth Moment milik sdr Nasrun(Lontruth). Fuhhh memang layan – keempukan tunggangan, penurunan laju dgn penuh keyakinan. Seperti kata Nasrun – “susah untuk bercerita nikmat kesedarpannya – naik dahulu baru tahu” kena pula dilaluan yang bersesuaiaan.

Kalau Tang ni kena turun juga ..kalau tidak …..  beberapa lurah yang sedalam 3 meter

Wednesday, January 26, 2011

Perlis State Park & Thaleban National Park: Satu Kolaborasi

 

Tarikh: 22/01/2011

Jam: 12.10pm

Rider: 3 orang sahaja – Abang Ronn, Pudin dan Art TTBC

Taman Negeri Perlis adalah seluas 50 km persegi dan yang merangkumi Hutan Simpanan Mata Ayer dan Hutan Simpanan Wang Mu. Ianya berkongsi hutan dan bukit di Banjaran Nakawan dengan  Taman Negeri Thaleban. Kedua taman negeri ini berkerjasama kerana sama-sama berkongsi hutan dan haiwan. Apa yang tidak terdapat di Malaysia ialah orang asli dari suku sakai yang hanya mendiami di sebelah Thailand.

Permulaannya Taman ini hanyalah 1,000 ha Hutan Simpanan Mata Ayer yang digazetkan dalam tahun 1955 dan Taman Negeri Perlis secara rasminya digazetkan dalam tahun 2002 apabila Hutan Simpanan Wang Mu di masukkan bersekali.

Thaleban National Park hanya sejarak 3.9km dari pintu sempadan wang kelian. Ianya telah diistiharkan sebagai National Park yang ke 20 di Thailand dalam bulan Oktober 1980. Taman ini seluas 196km2 dan terletak di lembah yang terjadi akibat perubahan rupa bumi(terbenam) jutaan tahun lalu.

Taman batu kapor ini mempunyai beberapa tarikan seperti ayer terjun dan beberapa gua yang terkenal antaranya Toan Din Cave, Pah Deo Cave and Pooyoo Cave.

Apa yang menarik di sini ialah galakkan pelancungan tempatan dari kerajaan Thailand. Ini boleh dilihat dari fee  masuk ke Taman ini dimana THB20 di kenakan kepada Rakyat Thai dan THB200.00 kepada pelancung asing.

Sementara menunggu urusan border, aku dok perati beberapa pikap kosong masuk ke Thai dgn sarat .. kenapa?

Minyak masak katanya RM26.00 utk 5 kilo dan RM4.00 utk sekilo

Hanya 3.9km kayuh menurun sahaja untuk ke sana

Pengunjung akan dikenakan fee untuk masuk – dihujung laluan ini

Hari ini ramai sungguh pelawat siam berkunjung ke sini .. budak –budak  Sekolah dari Patani dan gerombolan pelajar dari Universiti Thaksin

Bertemu kawan lama Bang Ronn(Mr Mus) yang bekerja di Taman ini

Frust .. tak dapat makan Kensom hari ni ..dah habis ..ramai pengunjung hari ni

Nak Balik ..kena ragaih bukit dan canggah angin

Tuesday, January 25, 2011

Le Tour de Langkawi – Stage 2

 Terimakasih kpd sahabatku En. Mohd. Akhir Chik atas gambar ini -  mercu tanda Alor Setar.

Tarikh: 24 Januari 2011, Isnin

Route: Kangar to Butterworth - 145.0 km

Lama benar penulis tidak bersama penduduk Kedah menunggu di tepi jalan untuk meraikan pelumba-pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) ini. Alhamdulllah setelah tiga tahun menunggu, perlumbaan terulung di Asia ini kembali memulakan kayuhannya di Langkawi.

Kalau edisi terdahulu, laluannya adalah melewati depan rumah ibu penulis di Ayer Hitam, tahun 2011 laluannya melewati rumah penulis pula di Titi Gajah. Maka berpakatlah penulis dengan Adi Hariman beserta Art TTBC untuk merakam saat yang dinantikan ini.

Untuk makluman LTdL pertama kali diadakan pada tahun 1996 dengan Pulau Mahsuri ini menjadi lokasi permulaan dan penamat kejohanan tersebut. Antara tujuan utama penganjurannya adalah untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan selain menjana ekonomi negara.

Untuk keputusan hari ini:-

1: Guardini,Andrea (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Shpilevsky,Boris (Tabriz Petrochemical Team)
3: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)

Overall
1: Guardini,Andrea (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Manan,Anuar (Terengganu ProAsia Cycling)
3: Locke,Deon (Team Champion System)

Leading Asian Riders
1: Manan,Anuar (Terengganu ProAsia Cycling)
2: Shirisisan,Hamid (Suren Cycling Team)
3: Park,Sungbaek (Korea National Team)

11.43am – kelompok pertama – Tak sempat nak letak punggong: Penulis mengambil lokasi di simpang Kepala Batas, A. Setar

Polis dgn bendera merah menandakan kelompok pelumba sedang ‘meneru’ mai

11.43am – tudia ketinggalan 6 minit

Kaget meng’usha’

Lagi gambar di facebook

Monday, January 24, 2011

@ Wang Panjang: Kayuhan Mengulang

Tarikh: 22 Januari 2010 – Harinya Sabtu

Mula: Taman Herba - Jam 10.00am

Rider: Abang Ronn, Art TTBC, Art Public dan Pudin

Hari ini hanya 4 orang rider sahaja yang berkayuh di sini. Penulis sudah biasa ke sini beberapa bulan yang lalu KLIK , tetapi tidak pada Art & Art yg pertama kali ke sini. Tidak pernah lagi kami memulakan kayuhan ‘sesayup’ ini(pukul 10.00am) namun tidak menjadi masalah kerana hutan-hutan di sini memang meneduhkan laluannya.

Pagi yang nyaman, bersua dgn segerombolan hiker yang diketuai oleh Mr. Doha yang juga menjadikan  laluan ini sebagai aktiviti mengisi cuti hujung minggu mereka.

Laluan bersimen pagi ini terasa amat perit untuk mendaki tambahan pula baru lepas kekenyangan ‘menyorok’ nasi lemak. Namun ku gagahi dan berjaya jua menawannya tanpa menolak. Di beberapa tempat, laluan agak semak menandakan ramai ygn tidak berkunjung ke sini, (mungkin kerana cuaca tempohari yang sentiasa hujan). Berkat sedikit tunjuk ajar dari Team Nasron aka Lontruth  semasa mengikuti kursus ringkas DH tempohari(Di BikePark) telah memberi keyakinan kepada penulis untuk ‘terjun’ kali ini. Hampir 97% laluan penulis berjaya mengayuh. Tidaklah seperti kunjungan lalu. Mungkin jua kerana tercabar  bila melihat Abang Ronn  ‘selamber’  mengayuh turun denai yang semak lagi bergerigi dgn batu dan bonjolan akar kayu. Memang kemahiran dan imbangan badan perlu apabila berkayuh di sini.

Abang Ronn. sedang menikmati teh misai kucing yang ada Ummphhh dan Grrrrrr.. 

Rimba Herba Negeri Perlis adalah satu projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Ianya bertujuan untuk mengetengahkan tumbuhan herba sebagai satu alternatif  perubatan dan seterusnya membuka potensi herba ini. Ianya adalah ‘muzium’ tumbuhan ubatan dan menjadi panduan kepada orang awam ke arah mengekal, mengenal dan memperkayakan khazanah hutan.

Ia ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar mempunyai koleksi hampir 1,000 spesies tumbuhan herba. Pengunjung dapat mempelajari dan mengetahui kegunaan tumbuhan di sini. Disamping itu rawatan rendaman minyak herba juga disediakan disini.

Bayaran masuk ialah RM1.00(dewasa) dan RM0.50(kanak-kanak). Dibuka dari jam 9.00am – 5.00pm (Ditutup pada hari Isnin)

Untuk makluman lanjut boleh hubungi: Rimba Herba, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis

No. Tel:04-9765 966 Fax: 04-9767 901

Gerombolan yang dikepalai oleh Mat DUHA turut melatih kaki menguat stamina di sini

Di sini pastinya ada jua yang kecundang

Ambil angin – bergabung dahulu- udara yang nyaman disedut sebelum menyambung.

CP3 – Wang Pacat Challenge 2007

Huyoooo – rugi tak bawak Fullsus mai sini

Acheh! .. ada jua yang terbabas – tak sempat bukak klip daaa

Menempel - Ada jua wajahnya