Saturday, May 18, 2019

Kembara Hanoi: Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong

... BERSAMBUNG

Tarikh       : 11 Mac 2019
Misi          :  Day 04: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Tràng An Ecotourism, Ninh Bình
, Vietnam
Coordinate:
   N20.25304° E105.91818°
Google Maps: https://goo.gl/maps/BeN8HpSSkyiPscyq5

Di atas jambatan ke Trang An Ecotourism complex untuk menaiki bot mengelilingi kawasan ini
Tràng An  menjadi tarikan pelancong kerana kehebatan bentuk rupabuminya yang hebat. Dengan gunung ganangnya yang berceragah, lembah dan sistem sungai yang bersambungan lmembuat ia menjadi unik. Di Tràng Anh dikatakan terdapat 31 tasik dan lagoon yang bersambungan dengan 48 buah gua. Dengan batuan tua jutaan tahun dan fenomena alam yang unik lagi  luar biasa dengan ciri-ciri geomorfik atau fisiografi, maka ia telah diistiharkan oleh UNESCO sebagai ‘A World Cultural and Natural Heritage Site’ pada 23 Jun 2014 .
Pengalaman kami disini bermula selepas turun dari Hang Mua. Kami  ambil motosikal dari tempat parkir dan menghala ke utara sejauh ± 4km untuk ke  Tràng An. Lokasi ini mudah dicari kerana ia terletak berhampiran  jalan utama.
Selepas parkir motosikal ditempatnya dan membeli tiket masuk ke Tràng An Ecotourism Complex yang berharga VND200,000 seorang. Kompleks ini luas dan mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti restoran, kedai jualan dan lain-lain lagi. KAmi menuju ke tempat permulaan bot. Ada puluhan bot menanti pelancong dan setiap bot boileh membawa 4 orang sahaja (max 5). KAmi berkongsi bot dengan seorang pelancong dari US. Terdapat 3 route yang disediakan  meliputi pengembaraan menelusuri gua, mengunjungi pulau yang mengandungi tempat-tempat spiritual dan lain-lagi. Pastinya kami memilih route No.  2 yang mengandungi pakej ke Dao island atau Kong Island.
Perjalanan keseluruhan route ini mengambil masa ± 2.5 jam dan kami dibawa dengan menggunakan sampan menelusuri sungai. Kebanyakan pendayung sampan majoritinya adalah wanita. Wahh .. kuat kudrat mereka berkayuh. Akupun tak mampu untuk mengayuh sejauh ini setelah mencuba beberapa kali.
Keindahan alam di sini memang menakjubkan. Ia memberi pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Sepanjang perjalanan , terpukau aku dengan keindahan alam ciptaan tuhan. Bukan sekadar cantik, unik bahkan penuh misteri…..  Maka tidak hairanlah lokasi ini dijadikan sebagai salah satu tempat untuk penggambaran filem blockbuster King Kong: Skull Island pada tahun 2017.
Selain menelusuri sungai dan memasuki gua tembus (panjang antara 150 - 350 meter), kami juga singgah di pulau yang terdapat kuil dan singgahan terakhir adalah paling menarik. Kami menjejak kaki ke pulau menjadi set pengambaran filem King Kong. Kami memasuki perkampungan Orang Asli yang menjadi latar filem. Terdapat ± 10 buah ‘rumah’ orang asli yang didirikan. Menariknya, taerdapat penduduk kampung yang lengkap berpakaian seperti di dalam set pengambaran filem dengan senjata dan peralatan menyambut kehadiran pengunjung.
Jeti bot untuk ke Tam Cốc
Selepas keluar dari Tràng An, kami menuju ke Tam Cốc yang terletak ± 7km dari sini . Tam Cốc bermaksud 3 gua. Ia adalah perjalanan menelusuri Ngô Đồng River yang melewati kawasan sawah padi dan memasuki gua Hang Cả, Hang Hai dan Hang Ba (yang menjadi antara tarikan di sini). Namun kami tidak sempat menaiki bot  kerana kesuntukan masa, lagipun pemandangan disini sudah disaksikan dari puncak Hang Mua. Selepas itu kami singgah di kampung tradisional yang dijadikan sebagai sebuah penginapan,  iaitu Cố Viên Lầu (hotel).
Co Vien Lau adalah antara Vietnamese Ancient Village dan ia dijadikan sebagai hotel

Pengusaha hotel ini sangat teruja dengan barangan antik, beliau telah mengumpul serbanyak 22 rumah disekitar Vietnam utara dan dibina semula di sini. Koleksi rumah-rumah lama ini ada yang berusia 400 tahun dan yang terbaru berusia 90 tahun.  Rumah-rumah ini kebanyakannya  diperbuat daripada kayu berharga dengan corak/ukiran  yang halus dan artistik …Wow . Pihak berkuasa pelancongan Ninh Bin telah memasukan perkampungan ini sebagai salah satu kawasan pelancongan (Tam Coc - Bich Dong tourist area)

Halong Bay On Earth” – begitulah gelaran di beri kepada  Ninh Bin kerana keunikan mukabuminya
Aku juga baru tahu bahawa Ninh Bin popular dengan daging kambingnya. Katanya daging kambing disini sedap kerana kambing disini tinggal dan berkeliaran di kawasan bukit  dan hanya memakan rumput dan tumbuhan bukit yang menjadikan dagingnya lazat dan berkhasiat. Patutlah disepanjang jalan (berdekatan Tràng An) kami saksikan banyak peniaga menjual kambing panggang. Tapi apakan daya kehalalan membataskan niat.
Layan Gambar di Tràng An dan sekitar Ninh Bình
ROUTE 2: Bermula di Central Boat – Thamh Cao Son Temple – VAng cave – Thanh Truot cave – Suoi Tien Temple – Dai cave – Hanh Cung Vu Lam Temple – KONG: SKULL ISLAND studio, native village – kembali ke Central boat (2.5 hrs)
Pergh … Taklarat ooo nak rengkuh. 1 Bot  dibenar memuat max 5 penumpang
Jeti di antara pulau yang kami singgah -
Rumah lama yang menarik …aku suka binaan kayunya
Route ini kami menyusup 4 gua dan melawat 3 lokasi spiritual
Gua-gua yang panjang antaranya Gua Thanh Truot ("King’s Fall") sepanjang 320 meter. Gua ini dinama sedemikian kerana semasa King Dinh Tien Hoang melalui gua ini tiba-tiba dia telah terjatuh namun selamat ditemui. Vang Cave sepanjang 250 meter, dibeberapa tempat kami kena tunduk semasa menyusupnya
Rumah tradisional berdekatan Suoi Ten temple
Bukit ini ada dalam filem King Kong (ada cap tapak tangannya)
Suoi Tien Temple dibina semasa Dinh Dynasty (924-997) to worship Thanh Quy Minh Dai Vuong
perkampungan orang asli (dalam filem King Kong) yang dipelihara untuk tarikan pelancong. Kebanyakan rumah ini dibina dari buluh. Local products such as corn, onion, garlic ... are also used as props
Untuk bergambar free ja …
Nin Binh dipenuhi gunung ganangnya yang hebat bagaikan Halong Bay
       


BERSAMBUNG …


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Monday, May 06, 2019

Kembara Hanoi: Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak

... BERSAMBUNG
Tarikh       : 11 Mac 2019
Misi          :  Day 04: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Ninh Binh
, Vietnam
Coordinate:
   N20.22945° E105.93388°
Google Maps: https://goo.gl/maps/Zq3LMzbsegyYkSfB7

Selepas sarapan dengan bekalan sendiri (maggie lerr) ± jam 8:00 pagi, kami ke kaunter untuk dapat motosikal. Pihak homestay memberi kami sebuah scooter Yamaha Nouvo dengan isian minyak yang mencukupi (VND 220,000.00) lalu kami bertolak menuju ke komplek ekotourism di Khê Hạ Village yang terletak ± 7 km.

Kami meletak motosikal dekat dengan pintu masuk (sepanjang jalan, penjaga pakir akan tahan motosikal dan maklum bahawa tidak boleh masuk hingga ke dalam – pedulikan mereka) caj parkir sebanyak VND15,000. Kami membeli tiket dikaunter (VND100,000 seorang) dan berjalan kaki memasuki gerbang/pintu masuk utama dan melewati kawasan sawah padi, resort, café, kiosk menjual cenderamata, deretan pokok bunga, kolam yang terdapat  di dalam kawasan Hang Mua Ecolodge ini.

Sebelum mendaki, kami memasuki Dong Hoang Ho atau tiger cave, tiada yang menarik di dalamnya, Cuma ada patong harimau dan telaga. Selepas itu kami mendaki Ngoa Long Mountain yang mempunyai 486 anak tangga batu - katanya senibina dari pembuatan Great Wall of China. Di pertengahan jalan ada simpang dan kami menuju ke puncak pertama dahulu yang mempunyai pagoda. Ramai benar orang bergambar disini , kena tunggu giliran plak. Cantik pemandangan disini namun  suasana jerubu mencacatkan keindahan sebenar. Selepas bergambar kami menaiki pula puncak ke dua dimana pendakian semakin mencanak (ada pelancong turun menggunakan punggong). Di atasnya ada viewpoint menarik yang boleh melihat pemandangan indah sawah menghijau di Tam Cốc. Dipuncaknya juga terdapat patong naga yang seolah sedang memerhati lembah di bawah sana – Sesuailah ia digelar ‘The Lying Dragon Mountain’.

Layan Gambar di Hang Mua

Beberapa pondok yang dibina sebagai tarikan

Entrance to Mua Cave

Dong Hoang Ho @ tiger cave

Nuuu … kelihatan anak tangga untuk naik ke Pagoda dan Naga di puncak

Seni bina tangga : built in the reflection of Great Wall of China

Di persimpangan: satu ke Pagoda dan satu ke Puncak Hang Múa

Di puncak Pagoda: sempit ja di atas ni

di pertengahan jalan untuk naik ke Núi Ngoạ Long atau Lying  Dragon Mountain 
 

Hang Múa adalah antara tempat tarikan yang perlu dikunjungi jika ke Ninh Binh. The whole area is famous for its limestone mountains and has been nick-named “Halong Bay on Land”.

BERSAMBUNG …


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Thursday, May 02, 2019

Kembara Hanoi: Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng

... BERSAMBUNG

Tarikh       : 10 Mac 2019
Misi          :  Day 03: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Cao Bằng
, Vietnam
Coordinate:
  
Google Maps:

Aku tidak tahan dengan suasana sejuk di Bản Giốc, tambahan pula tidak membawa baju sejuk yang sempurna, maka kami memendekkan tempoh kembara kami disini. ± Jam 8.30 pagi kami menaiki bas ke pekan Cao Bằng dan terus ke stesyen bas utama (N22.68039° E106.20195°). Sebuah stesyen bas yang baru dibuka dan dirasmikan. Kami bertanya bas ke ke Ninh Bình dan bas nya akan bertolak pada jam 6.00 petang. Masa yang lebih panjang membuat kami mengambil keputusan untuk melawat pekan Cao Bằng. Kami mengambil teksi ke pekan yang terletak ± 7km. Untuk makluman semasa Perang Sino-Vietnam dalam tahun 1979, ia telah diserang hebat oleh China dan ia bangkit semula membangun. Dengan keindahan muka buminya, mula menarik perhatian pelancong ke sini.

Jam 6.00 kami bertolak dari stesyen bas dengan menaiki sleeper bus. Perjalanan sejauh ±370 km yang mengambil masa ± 10 jam dengan tambang sebanyak VND250,000 seorang (dibayar sebelum menaiki bas).

Sedikit musibah berlaku bilamana telefon isteriku tercicir semasa dalam perjalanan ke Ninh Binh, maka banyak jugalah gambar semasa di Cao Bằng dan Ban Gioc tidak dapat di zahirkan.

Sesampai di Nin Binh, kami mengambil teksi untuk ke Quoc Khanh Bamboo Homestay (VND200,000 – mahai la awai pagi) yang terletak ±15km dari Ninh Binh. Sampai di sini, kami meninjau biliknya dan mengambil keputusan untuk mencari/melihat homestay lain dahulu. Kami ke For You Homestay (N20.26510° E105.92154°) yang terletak bersebelahan. Setelah meninjau dan melihat bilik, kami setuju untuk ambil dorm dengan harga (VND100,000 seorang/semalam – tanpa sarapan). Dorm ini mempunyai tandas berkongsi yang selesa dan cantik. Dilengkapi dengan water heater. Disamping Dorm ia juga mempunyai beberapa unit bilik berempat yang mempunyai kolam renang dihadapannya. Mempunyai liputan Wifi terhad (sekitar pejabat) dan pemandangan sekitar yang menarik.

Stesyen bas baru Di Cao Bằng

Antara pemandangan di pekan Cao Bằng

Home stay yang kami pilih untuk bermalam di Cao Bằng: For U Homestay

Ada kolam renang dihadapan bilik

Pemandangan indah di hadapan homestay. Berlatarkan bukit dan sungai

BERSAMBUNG …


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay