Monday, April 29, 2019

Kembara Hanoi: Day 02 - Hikayat Batu Sempadan

... BERSAMBUNG

Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       : 
Đàm Thuỷ, Trùng Khánh, Vietnam
Coordinate:
  
Google Maps:

Sempadan China/Vietnam menganjur sejauh ±1,350 km. Perjanjian Sino – Vietnam mengenai Tanah Sempadan telah ditandatangani pada December 30, 1999 dimana sejumlah 1971 batu sempadan ditanda dan didirikan berdasar perjanjian ini. Proses mendirikan batu sempadan selesai pada bulan Disember 2008.

Namun ada seketoi batu sempadan ini telah diangkat sebagai monumen sejarah ( national-level cultural relic) iaitu Batu Sempadan China – Vietnam No 53 atau China – France Guangxi Annan No. 53 Boundry Tablet. Batu setinggi 1.6 meter, lebar ± 0.6 meter. Terdapat 2 tulisan terukir di atasnya iaitu Tulisan China "FRONTIER CHINA GUANGXI” di bahagian atas dan tulisan Perancis di bahagian bawahnya ‘FRONTIERE SINO ANNAMITE’. Batu ini di didirikan oleh Gabenor Yunnan-Guizhou (Gabenor Chen Yuying) atas arahan maharaja China - Dinasti Qing (1894).

Tidak jauh dari batu sempadan No. 835, ada sebuah transnational bazar yang terletak diantara sempadan kedua negara. Market tradisional ini seluas ± 2,000 m per menjadi lokasi jual beli penduduk kedua negara seperti rokok, minyak wangi, kopi, buah-buahan dan lain-lain lagi. Kedudukannya diantara sempadan menjadi barangan dagangan bebas cukai dan harganya murah.

Namun semasa kami tiba disini, bazar ini sudah ditutup dan katanya hanya beroperasi pada waktu pagi hingga tengahari sahaja.

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Thursday, April 25, 2019

Kembara Hanoi: Day 02 - Khuổi Ky Stone Village

... BERSAMBUNG
Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       : Khuổi Ky Stone village
, Đàm Thuỷ, Trùng Khánh, Vietnam
Coordinate:
   N22.85394° E106.70124° 
Google Maps: https://goo.gl/maps/UCnUHM8kRqm

Tidak jauh dari Ngườm Ngao Cave (1.1 km) terdapat sebuah perkampungan iaitu Khuổi Ky yang unik dan dikenali sebagai Stone Village. Penduduk kampung ini adalah etnik Tay, yang merupakan suku kedua terbesar di Vietnam. Mereka bertebaran di beberapa kawasan utara yang bersempadanan dengan China dan sudah ratusan tahun hidup di kawasan ini. Suku ini sangat berjasa kepada perjuangan Vietnam menentang anasir luar bahkan mereka mempunyai seorang Jenderal bernama Than Canh Phuc yang pernah mengetuai askar dalam peperangan menentang dinasti Tong dari China.

Mempercayai bahawa batu adalah sumber kehidupan dan merupakan pusat alam (center of the universe). maka mereka adalah penyembah ‘batu’ sejak beberapa generasi lagi. Sehingga kini mereka masih mengamalkan dan mempercayai akan ‘Stone God’. Mereka percaya mereka dilahirkan dari batu dan akan kembali menjadi batu.

Berdasar kepada kepercayaan dan pemujaan mereka kepada ‘mother nature’, maka kebanyakan rumah suku Tay ini dibina dari susunan batu yang melambangkan ketahanan dan kesederhanaan. Selain itu jalan, bangunan, empang (dam), mills, sebahagian pagar, tunku dan relau dibina dari ketulan batu.

Di kampung ini terdapat 14 rumah batu yang dibina mengadap Khuổi Ky river. Penduduknya saling mengambil berat sesama mereka. Sebahagian rumah di sini dijadikan homestay.

Kami singgah ke sini dalam perjalanan balik dari Ngườm Ngao cave yang tearletak ± 1.1 km sahaja. Ia terletak disebelah kiri jalan menuju je Bản Giốc waterfall (± 2.7km). Kami memasuki perkampungan ini dengan melintas sungai dengan titi berbumbung. Mengikuti jalan yang dibuat dari batu dan meninjau beberapa buah rumah disini. Agak sunyi, mungkin ia bukan musim dimana pelancong ramai yang bertandang.

Suku ini juga sangat kaya dengan budaya, oleh itu pihak Kerajaan (Kementerian Kebudayaan kot) telah mengiktiraf Khuổi Ky sebagai Kampung Budaya Tradisional Etnik Minoriti.

Sebelum itu ….. Berdekatan Ngườm Ngao Cave aku melihat ramai orang menjual buah berangan (chest nut) yang digoreng, rupanya baru aku tahu bahawa buah berangan dari daerah Cao Bằng adalah yang terbaik. Katanya buah dari sini sangat sedap dan rasanya manisnya mungkin kerana keadaan topografinya yang berbukit menyebabkan pokok berangan subur di daerah ini.

Rumah penduduk kampung  yang dijadikan sebagai homestay. Binaannya yang menggunakan batu dan kayu

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Monday, April 22, 2019

Kembara Hanoi: Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam

... BERSAMBUNG
Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :
Ngườm Ngao cave, Đàm Thuỷ, Trùng Khánh, Vietnam
Coordinate:
   N22.84566° E106.70570°
Google Maps: https://goo.gl/maps/J8LMkWPh5E2umrnc7

Antara tarikan lain sekitar Ban Gioc ialah sebuah gua yang dikatakan tercantik dan terbesar di wilayah Cao Bang. Terletak ± 3 km dari air terjun Ban Gioc dan mudah untuk diakses . Gua ini ialah Ngườm Ngao Cave atau tiger cave. Menurut Lagenda, nama gua ini diperolehi kerana ia pernah dihuni oleh ‘Pak Belang’ satu ketika dahulu dan ada juga yang mengatakan namanya berasal dari bunyi air terjun yang mengalir di dalam gua yang mirip dengan bunyi harimau.

Gua ini mula ditemui dalam tahun 1921 dan mula menjadi tarikan sekitar tahun 1996. Gua ini sepanjang 2,144m dan cuma dibuka sejauh 900 meter demi untuk menjaga keasliannya. Ia mempunyai rangkaian gua yang banyak dan mempunyai tiga pintu utama Nguom Ngao, Nguom Lom and Nguom Ban To. Di dalam gua itu terdapat koleksi stalaktit besar dan stalagmit yang membentuk struktur aneh yang unik yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk membentuk seperti keadaannya sekarang. Pelbagai bentuk imej seperti manusia, pokok, pari-pari yang menyikat rambut, teratai dan lain-lain lagi yang membuat pengunjung tersa kagum dan takjub. Contoh satu ruang yang digelar “quadrangular pillars of the heaven” dimana ia stalaktik telah mewujudkan 4 tiang batukapur dari lantai gua hingga ke siling. Terdapat banyak ‘chamber’ di dalam gua untuk pengunjung melawat dan kadang-kadang kita akan menemui sungai kecil di dalam gua dan bunyi aliran sungai yang menenangkan.

Keunikannya yang lain, dikatakan suhu di dalam gua sentiasa stabil sekitar 18◦ C hingga 25◦C walaupun cuaca diluar sejuk atau panas.

Diperkarangan gua terdapat parkir yang luas dan kemudahan seperti tandas, bangunan (dewan), gerai bahkan wifi percuma di pintu masuk. Bayaran masuk ialah VND 40,000 (seorang). Kami meletak motosikal di kawasan parkir dihadapan pondok tiket agar mudah dipantau oleh petugas. Kelihatan beberapa bas pelancong sedang parkir disitu. Selepas membeli tiket, kami berjalan masuk mengikuti jalan yang disediakan (path) yang diterangi oleh lampu. Perjalanan kami mengambil masa ± 40 minit. Cuma perlu berhati-hati dibeberapa tempat terutama dikawasan sungai kerana ia menjadi licin.

pelbagai bentuk

diterangi oleh cahaya di dalam gua ini

lantai menarik yang terbentuk

bagaikan tiang yang menungkat gua

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Monday, April 15, 2019

Kembara Hanoi: Day 02 - Pagoda di Puncak

... BERSAMBUNG 

Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       : Thác Bản Giốc, Trùng Khánh District, Vietnam.

Coordinate:
   N22.85126° E106.72353°
Google Maps: https://goo.gl/maps/2nFRNtTkp5n

Tidak jauh dari Bản Giốc waterfall (± 500 meter) ada sebuah bukit yang menempatkan sebuah pagoda yang menjadi titik pandang untuk melihat air terjun Bản Giốc secara luas. Ia berada di atas gunung Phia Nhu dan dikenali sebagai Trúc Lâm Phật Tích Pagoda. Pagoda ini dikatakan menjadi kuil pertama di kawasan sempadan utara. Ia dibina dengan gaya senibina Vietnam yang tulen, termasuk: three-door gate, bell tower, drum dan Tam Bao, church worship, model church, temples of national heroes, Nam Viet Hung Vuong Kings, rumah tamu dan lain-lain lanskap yang bersesuaian.

Pembinaan pagoda ini bermula pada bulan Jun 2013, dengan kos kira-kira 18 bilion VND (857,000 USD) yang disumbangkan oleh individu dan pertubuhan tertentu. Mempunyai kawasan seluas 3 hektar, terletak di lereng selatan yang menghadap ke air terjun Ban Gioc.

Selepas lebih setahun pembinaan, kuil itu dirasmikan oleh President Truong Tan Sang (preseiden ke 7 Vietnam: 2011 – 2016)  pada 15 Disember 2014 . Pagoda ini telah menarik perhatian ramai pelawat ke Cao Bang setiap tahun dan merupakan destinasi kegemaran bagi pelancong domestik dan asing (terutama penganut Buddha). Ia dibuka kepada pelawat sepanjang tahun tanpa dikenakan bayaran.

Kami meletak motosikal di kaki bukit berdekatan pintu gerbang (parkir VDN20,000) dan mendaki jalan simen sejauh ± 600 meter untuk sampai ke puncak. Dari atas sini gambaran penuh air terjun dan lembah sekitar yang indah serta dilatari gunung batu kapur dapat dilihat . Subhanallah ….

Pemandangan Lembah dan kampung dari pagoda

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay  

Thursday, April 11, 2019

Kembara Hanoi: Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia

... BERSAMBUNG

Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Thác Bản Giốc, Trùng Khánh, Cao Bang, Vietnam.
    
Coordinate:
   N22.85538° E106.72259°
Google Maps:https://goo.gl/maps/btPPwR33thH2

Thác Bản Giốc

Singgahan pertama kami ialah ke sebuah air terjun yang dikatakan antara yang tercantik di Asia iaitu Ban Gioc Waterfall (thác Bản Giốc). Dikenali juga sebagai Detian Falls, adalah air terjun terbesar di Vietnam tetapi bukan yang tertinggi. Air terjun 3 tingkat selebar 300 meter dan setinggi 30 meter. Air terjun ini berkongsi dengan negara China iaitu antara Trung Khanh District (Cao Bang Province, Vietnam) dan bukit batu kapur Daxin County (Guangxi, China). Air terjun ini disaliri (berpunca) dari saliran sungai Quay Son (China: Guichun River), yang juga menjadi penanda sempadan antara ke dua negara. Pemandangan air terjun ini memang menakjubkan, tercatat antara air terjun tercantik di dunia dan dinobatkan sebagai 4th Largest Waterfall Along A National Border, selepas Victoria Falls (Zambia/Zimbabwe), Iguazu Falls (Argentina/Brazil) dan Niagara Falls (Kanada/US). 

Dari homestay, kami menaiki motosikal ke gerai yang kami singgah semasa tiba dari Cao Bang. Menuruni slop dan meletak motosikal di tempatnya (parking VND20,000). Kemudian membeli tiket masuk di kaunter (VND40,000). Kami sengaja tidak mengikuti laluan pejalan kaki tetapi merentas sawah padi berteres untuk ke air terjun ini. Kami mengambil gambar dahulu di sisi kiri air terjun atau thác phụ (subordinate waterfall). Tidak ramai pengunjung berada disini. Air terjun ini sedikit terpisah dari sungai (air terjun besar) namun sini pun cantik bangat ….

Selepas itu baru kami meniti jambatan kayu ke sebuah pulau kecil untuk menyaksikan kehebatan air terjun besar ini. Aku bercadang untuk mendaki ke atas air terjun ini namun dipasang pagar dan larangan untuk memanjat. Aku cuba hampiri sedekat mungkin dan berada berdekatan lokasi penduduk memancing.

Bagi mendapat pandangan lebih hampir, kami menaiki rakit buluh (caj VND50,000 sorang) dimana pemandunya akan membawa sdekat mungkin hingga merasai tempias airnya dan membawa ke seberang/sempadan China namun kami tidak turun. Untuk makluman terdapat juga operator bot buluh dari China dan jika bot China menghampiri kawasan Vietnam, akan ada penduduk menghampiri mereka dengan bot sambil menjual barangan kepada pelancong China (mungkin barang seludup kot)

Layan Gambar Bản Giốc Waterfall

Lalui titi untuk masuk ke kawasan air terjun

Sisi kiri air terjun adalah milik  Vietnam sepenuhnya

Bersama wanita yang berpakaian tradisional Vietnam

Titi kayu untuk ke pulau berhampiran air terjun

Batu sempadan milik Vietnam

di belakangku adalah air terjun yang dikongsi besama antara Vietnam dan China. Kami menaiki bot untuk merasai dan menikmati air terjun dengan lebih dekat.

Jeti disebelah China. Ada perkhidmatan bot buluh juga disebalah sini

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Monday, April 08, 2019

Kembara Hanoi: Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan

... BERSAMBUNG

The magical hills around the village of Bản Giốc

Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Mr. Điệp’s Homestay, Lung Neac, Trùng Khánh, Cao Bang, Vietnam.

Jarak        : 
Coordinate:
   N22.84898° E106.72066°
Google Maps:

Air terjun Ban gioc dari gerai

Bas berhenti betul-betul digerbang masuk ke Air terjun (berdekatan sini ada stesyen bas ke Cao Bang dimana perjalanan setiap 1 jam). Hujan renyai masih belum berhenti dan kami turun dan terus mencari perlindungan di sebuah gerai berdekatan (masih belum buka). Suhu dingin sekali (± 12°C) dan dari gerai tampak air terjun Ban Gioc yang hebat. Aku kebuntuan dan seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Aku diam ‘seketika’, sambil cuba untuk mencari ‘signal’ internet yang lemah. Tidak jauh dari gerai ini ada sebuah hotel/resort iaitu Saigon - Ban Gioc Resort. Kami letak bag dan berjalan ke sana untuk melihat dan bertanya harga dan mendapati ia adalah resort yang agak mewah (4 bintang oooo…). Walau kami tidak berminat (mahai la) aku minta kebenaran untuk menggunakan wifi bagi mencari homestay berdekatan. Kebanyakan homestay terletak dalam lingkungan 1 – 5 km dari air terjun ini. Kami balik semula ke gerai tadi dan dapati pemiliknya sedang bersiap membuka gerainya. Kami bertanya penginapan berdekatan dan terus beliau menawarkan homestay saudaranya yang terletak tidak jauh dari sini. Harga homestay ialah VND100,000 seorang dan terus kami bersetuju. Beliau menghubungi saudaranya untuk datang mengambil kami. Setelah menunggu ±20 minit saudaranya datang dengan motor dan terus menegur kami dalam bahasa melayu … (alhamdulillah betapa bertuahnya kami – dah la susah nak berkomunikasi di sini). Beliau membawa kami ke rumahnya dengan motosikal yang terletak ± 1 km sahaja.

Bersama Diep yang pernah bekerja di Penang selama 5 tahun

Mr. Diep Homestay namanya dan dipunyai bersama oleh Mr. Diep dan isterinya. Ia terletak di perkampungan yang dikelilingi oleh sawah padi dan pemandangan bukit yang cantik. Ia adalah rumah tradisional yang dibaik pulih untuk dijadikan sebagai homestay. Ruang bawah  menjadi kediaman pemiliknya manakala ruang atas dijadikan sebagai homestay. Ruang atasnya berkeluasan ± 20’ x 30’ dan mempunyai 3 bilik (untuk kelamin). Ia mempunyai kelengkapan asas (ala backpacker) seperti tilam, bantal, selimut, kelambu, soket letrik dan lampu. Tandas, shower dan water heater juga tersedia. Di hadapan rumahnya terdapat balkoni dimana pengunjung boleh berehat sambil menikmati pemandangan. Sarapan dan makanan juga disediakan atas permintaan. Kami hanya meminta nasi kosong untuk dimakan bersama dengan bekalan.

Kami diberikan bilik kelamin yang tersedia tilam bersaiz queen. Selepas meletak barang, kami tidur seketika untuk mengembalikan tenaga kerana keletihan dan kesejukkan.

Di hadapan perkampungan Diep

Jam 12.00 tgh baru bangun  dari tidur lalu membersihkan diri dan meminta Diep mencari motosikal untuk disewa. Sewaan motosikal ialah sebanyak VND200,000 sehari.

Rumah 2 tingkat yang dijadikan sebagai homestay

View yang menarik dihadapan homestay ini. Sawah padi berteres ditanam dengan jagung. Selepas 3 bulan baru padi ditanam di sini.

Bersambung ……

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Saturday, April 06, 2019

Kembara Hanoi: Day 01 – ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang

Bersambung …

Tarikh       : 08 Mac 2019
Misi          :  Day 01: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Bến xe Mỹ Đình, Hanoi, Vietnam.

Jarak        : 
Coordinate:
   N21.02837° E105.77899° 
Google Maps: https://goo.gl/maps/k73Xto2ZWp82

Selepas ronda kota Hanoi, kamipun kembali ke masjid dan mengambil beg. Tidak lupa untuk mengucapkan Terima Kasih kepada imam dan pekerja masjid. Kami mengambil teksi bermeter (jam ± 4:30 pm) dari masjid ke stesyen bas Mỹ Đình yang terletak ± 10km ke barat masjid, perjalanan mengambil masa ±25 minit dan tambang dikenakan ialah sebanyak VND150,000 (± RM26.00).

Di hadapan stesyen bas Bến xe Mỹ Đình

Di stesyen ini aku terus mencari kaunter bas ke Cao Bang dan membeli tiket Sleeper Bus untuk 2 orang (VND200,000 x 2). Jarak dari sini ke Cao Bang adalah sejauh ± 290km. Bas kami perjalanannya ialah pada jam 6:30 pm dan mengambil masa ± 10 jam (dijangka tiba pada jam 5:00 pagi). Pekerja kauntar sangat membantu dan beliau tolong tulis maklumat seperti no. pendaftaran dan no petak bagi memudahkan pencarian bas sambil memaklum yang bas akan berada di tempatnya pada jam 5:30pm.

Untuk makluman Sleeper bus adalah bas yang menyediakan tempat tidur berbaring dan boleh memuat seramai ± 40 penumpang. Selimut dan air mineral disediakan (ada sesetengah bas menyediakan perkhidmatan wifi). Sleeper bus tidak ada no. seat, jadi kita perlu awal menaikinya untuk mengambil tempat yang strategik.

Pemandangan dalam Sleeper Bus dan kedudukan tempat tidur

Setelah cukup masanya kamipun mencari bas dan memaklum kepada petugas untuk meletak bag di kebuk bas (kami diberi tag untuk bag kami sebagai pengenalan). Disini kami sudah sukar untuk berkomunikasi, mereka tidak memahami bahasa inggeris dan aku terpaksa berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Kami menaiki bas dan memilih tempat dibelakang sekali. Bas ini menyediakan katil 2 tingkat dengan 3 barisan. Tempat duduk belakang boleh memuat 5 orang (hmm.. jenuh berimpit). Bagi kami yang berbadan kecil ni OK ja.

Sebelum bas bertolak, tiba-tiba pemandu bas menghampiri dan menyapa kami dalam Bahasa Melayu sambil menghulur air mineral. Beliau bertanya ke mana kami hendak pergi dan sempat berbual seketika dan beliau memaklumkan bahawa pernah bekerja di Johor selama 5 tahun dan setelah berkahwin beliau tidak lagi bekerja di Malaysia.

Sepanjang perjalan, bas akan berhenti di beberapa tempat. Kami cuma makan bekalan yang kami ‘tapau’ dari Restoran Zaynab disamping memakan buah-buahan yang dibeli. Tandas disepanjang perjalanan .. alamak! Bertabahlah ... sediakan botol air dan sesuatu untuk beristinjak, tapi … ada juga tandas yang sempurna.

Bas kami tidak laju pemanduannya dan sepanjang perjalanan aku dapat melelap mata (biasanya kalau atas kenderaan/dalam perjalanan aku sukar untuk lena - mungkin keletihan meronda Hanoi tadi). Setelah hampir 10 jam perjalanan kami pun tiba ke stesyen bas Cao Bang (N22.68039° E106.20195°) pada jam 5:00 pagi. Turun dari bas, hujan renyai turun dan kami kedinginan sekali. Setelah mengambil bag, kami di datangi oleh pemandu teksi dan motor bertanya (dalam bahasa Vietnam) hendak ke mana (sukar nak berkomunikasi). Nasib baik pemandu bas tadi membantu membawa kami ke sebuah bas dan meminta kami naik bas tersebut. Bas ini akan bertolak ke destinasi pada jam 6:00 pagi. Pemandu sedang menghisap rokok (Penduduk di sini kuat merokok) sambil menanti masa dan penumpang memenuhi bas tersebut.

Local bus yang membawa kami ke Ban Gioc (bas henti-henti – 2 jam gak berimpit dalam bas)

Cukup masa, bas yang padat dengan penumpang mula bergerak dan mengambil lagi penumpang di pertengahan jalan. Aku menyangka bas ini akan ke pekan Cao Bang yang terletak sejauh ±8km sahaja dari sini. Perancangan asal kami akan walk-in ke hotel di Cao Bang dan sewa motor untuk ke Ban Gioc. Namun atas bas aku terlelap dan terasa perjalanan sangat jauh. Aku semak map dari garminku …hmm nampak macam perjalanan menghala ke utara. Nak tanya penumpang lain mereka tak paham dan internetku pula bermasalah. NAMUN apabila aku terpandang sign board Ban Gioc, terasa lega … sampai sana nanti, akan aku atur semula perjalanan kami.

Ma Phuc Pass - Pemandangan indah dari bas sebelum tiba ke Ban Gioc

Perjalanan sejauh ± 90 km yang memakan masa ± 2 jam. Pemandangan sepanjang perjalalanan memang cantik kerana persekitaran di kelilingi oleh bukit bukau yang menarik namun hujan turun sepanjang perjalanan dan suhu sangat dingin ± 11°C. Ya … itinerari kami berubah namun, ada RahsiaNya atas semua ini. Sebelum turun pekerja akan meminta duit tambang dan kami dikenakan sebanyak VND70,000 seorang.

Teruja! … turun dari bas , nampak kehebatan air terjun ni

… bersambung