Saturday, March 30, 2019

Kembara Hanoi: Day 01 - Discover Hanoi's Train Street

Tarikh       : 08 Mac 2019
Misi          :  Day 01: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Trần Phú, Hàng Bông, Hoàn Kiếm, Hanoi, Vietnam
Jarak        : 
Coordinate:
Maps Link  : https://goo.gl/maps/En649Y4sBGS2 

BERSAMBUNG ….

Di himpit oleh bangunan yang tinggi dan sempit, aktiviti harian penduduk dijalankan. Kelihatan wanita membasuh baju, memasak makanan, menternak ayam, kanak-kanak meloncat bermain dan pelbagai aroma yang bercampur baur antara asap dan bau makanan.

Namun dalam beberapa minit, aktiviti sibuk penduduk berubah bagai menjadi bandar hantu yang menakutkan. Semua kedai ditutup tanpa amaran dan penduduk hilang ke dalam rumah masing-masing. Goncangan pada kaki terasa dan bunyi dencitan rel dan gegaran besi kedengaran maka tidak lama kemudian lalulah keretapi melewati bangunan dengan hanya memberi ruang beberapa inci. Para pejalan kaki yang tertinggal terpaksa menekap diri ke dinding. Apabila kelibat keretapi mulai menghilang, bunyi decitan rel semakin perlahan, tiba-tiba kanak-kanak kembali keluar bermain ke tengah landasan, melompat ke sana ke mari dan penduduk muncul  meneruskan kegiatan harian mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Peristiwa ini hanya berlaku 2 kali dalam sehari iaitu pada jam 3:15 pm dan 7:30 pm dan ia adalah antara keunikan di kota Hanoi yang mesti di rasai. Ia terletak ± 1.2 km ke Selatan dari Masjid An Noor atau 20 minit masa berjalan kaki.

Kami ke sini untuk merasai suasana sebegini dan bergegas untuk sampai sebelum jam 3:00 petang. Menelusuri sepanjang landasan dari kawasan tumpuan pelancong yang kelihatan penuh dengan Café dan gerai souvenier di kiri kanan landasan. Langsung menyeberangi jalan raya ke kawasan penduduk. Setelah menunggu lama, kelibat keretapi tidak kelihatan lastas aku bertanya kepada penduduk dan dimaklumkan bahawa keretapi hari ini akan lalu pada jam 7:00 petang. Halamak …hampanya, nak tunggu pun tak boleh kerana kami perlu menaiki bas pada jam 6:30 petang untuk ke destinasi berikutnya.

Walau tak berpeluang melihat keretapi lalu namun merasai suasana kehidupan harian penduduk sudah membuat aku gembira dan tertanya … Mana satu dahulu dibina, rumah penduduk atau landasan ???


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Thursday, March 28, 2019

Kembara Hanoi: Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi

BERSAMBUNG ….

Tarikh       : 08 Mac 2019
Misi          :  Day 01: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Hanoi, Vietnam Utara.    
Coordinate:
Maps Link  : https://maps.app.goo.gl/hZHRG

Selepas menikmati makan tengahari dan solat, kami meronda sekitar pekan Hanoi. Lokasi pertama kami ialah ke Hanoi Street Mural yang terletak ± 170 meter sahaja ke arah barat laut  masjid An Noor. Ia terletak di sebatang jalan di Hanoi Old Quarter iaitu Phung Hung street. Lukisan mural yang dilakar di sepanjang dinding kosong jambatan keretapi yang lengkungannya (arch) di palam (seal). Dibuka kepada orang ramai pada awal Februari 2018. Ia kini menjadi lokasi berswafoto sambil beriadah dari penghuni kota dan pelancong. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar disini disamping membaca penerangan yang diberi di sisi lukisan ini.

Projek ini di usahakan oleh sebuah komuniti seni dan dibiayai oleh ‘the Korea Foundation, UN-Habitat’ dan ‘the Hoan Kiem district People’s Committee’. Gabungan penduduk Vietnam & artis Korea dan group Nguyen The Son painter telah melakar seni kontemporari ini yang menggamit kenangan silam Hanoi di sepanjang dinding kosong sejauh ± 200 meter dengan menggabungkan lukisan, fotografi, lukisan 3D, ukiran dan lain-lain lagi seni kontemporer.

Selain menjadi tarikan pelancong, lukisan ini membolehkan pelancong mempelajari lebih lanjut mengenai kebudayaan disamping dapat membantu memelihara dan mempromosikan tinggalan warisan Hanoi.

Ada peluang dan masa, mampirlah ke sini.

19 lukisan oleh  pelukis dari Vietnam dan Republik Korea bermula sejak November, 2017.

Dengan projek seni kontemporari yang diperkenalkan di jalan untuk masyarakat menghargai seni dan warisan disamping menjadi ruang-ruang terbiar sebagai tarikan

Gaya kontemporari dengan nilai artistik.


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Sunday, March 24, 2019

Kembara Hanoi: Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani

Tarikh       : 08 Mac 2019
Misi          :  Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Hanoi, Vietnam Utara.    
Coordinate:
Maps Link  :

Up gambar proses pembinaan stesyen keretapi Anak Bukit untuk ingatan

Kami bertolak dari Anak Bukit dengan menaiki komuter(RM7.20) ke Butterworth pada jam 5.00 petang (07/03/2019). Kemudian menaiki feri dan mengambil perkhidmatan bas Rapid Penang(RM2.70) ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Malamnya kami mencari sudut yang sesuai untuk tidur bermalam di situ. Pagi esoknya selepas bersiap kami menaiki pesawat Air Asia AK618 dan berlepas ke Hanoi pada jam 6:20 pagi.

Kami selamat mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Noi Bai pada jam 8:20 pagi (waktu Vietnam). Suhu sekitar 16°C tetapi berjerubu. Usai pemeriksaan imigresen, kami keluar dari pintu terminal dari bertanyakan kepada polis dimana perkhidmatan bas untuk ke Hanoi, lalu ditunjuk ke lokasi yang tidak jauh dari situ. Kami mendapatkan bas yang telah sedia menanti, terpaksa menunggu hampir ½ jam sebelum bas mula bergerak. Tambang bas ialah VND 40,000.00 seorang, bas yang tersedia perkhidmatan wifi (laju ooo). Peluang diguna untuk aku update facebook disamping melapor ketibaan kami kepada Kedutaan Malaysia di sini. Setelah ± 45 minit, kami pun tiba di Old Quatter. Turun dari bas, lantas kami mencari kedai telefon untuk membeli SIM card bagi mengesan lokasi masjid An Noor. Berdasar Google Maps di dapati masjid ini terletak ± 700 meter dari lokasi kami.

Untuk makluman, masjid An Noor atau dikenali sebagai Masjid Hanoi adalah satu-satunya masjid di Kota Hanoi. Masjid ini menjadi pusat syiar Islam di Hanoi. Ia dibuka oleh pedagang India muslim sekitar 1890. Berkeluasan 400 m per dengan senibina ala India dan kolonial.

Aku sempat solat jumaat disini bersama jemaah yang terdiri dari penduduk tempatan, expatriate, peniaga sekitar dan pelancong.

Terletak di dalam kawasan Old Quatter atau lokasi tepatnya di:-

12 Hàng Lược, Hàng Mã, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam

+84 93 622 07 68

Google Maps Link : https://goo.gl/maps/CZPAfv8v5fH2

Sebelum itu kami singgah ke sebuah restoran bersebelahan dengan masjid ini iaitu Zaynab Restaurant untuk menikmati makan tengahari. Ia adalah antara beberapa pilihan restoran halal di kota Hanoi. Kelebihannya adalah ia terletak bersebelahan masjid, jadi memudahkan urusan rohani dan jasmani diselesaikan. Restoran ini kalau dari luar memang kita tak perasan punya, ia hadapannya dijadikan parkir motor dan restorannya berada di Bahagian dalam. Ia adalah perniagaan keluarga dan makanannya adalah halal (di sahkan oleh Halal Certification Agency of Vietnam iaitu sebuah agensi yang melakukan akreditasi halal di Vietnam). Harganya berpatutan dan rasanya boleh tahan sedap … Kami juga tapau nasi bungkus untuk perjalanan malam kami nanti.

Google Maps Link :  https://goo.gl/maps/pMTXm2bxeRN2

Dihadapan pintu masuk Restoran dan gambar bersama anak lelaki tuan punya restoran. Restoran ini diusahakan secara famili

Antara menu yang sesuai untuk ‘tapau’

Selepas solat jumaat, aku menemui imam sembahyang tadi (lupa dah nama) yang kebetulan boleh bertutur bahasa Melayu (beliau pernah belajar di Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) dan grad dalam tahun 2013) lalu meminta kebenaran untuk meletak bag kami di masjid. Selepas itu kami ronda sekitar Hanoi.

Layan Gambar …di Noi Bai airport, pekan Hanoi dan masjid An Noor

Van dan Bas yang menunggu pelancong. Tambang VND40,000 seorang. Bas/van dilengkapi dengan WIFI percuma. Van/Bas akan melalui old quatter.

Perkhidmatan Grab motor amat popular di HANOI. Cepat, mudah dan murah

Berjalan di kota Hanoi

Di hadapan pintu masjid. Persiapan sedang dilakukan untuk solat Jumaat. Kelihatan karpet dibentangkan hingga ke kaki limanya

Perakuan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh IHIA (Halal Vietnam) macam JAKIM gak. Hmmm… tapi dah luput tu, yang baru masih belum diterima lagi kot


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Thursday, March 21, 2019

Kembara Hanoi: Prawacana

Tarikh       : 08 – 15 Mac 2019
Misi          :  Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Hanoi, Cao Bang, Ban Gioc, Ninh Binh, Halong Bay
Jarak        :  1,400 km
Coordinate:
Maps Link  :
LATAR SEJARAH
Vietnam adalah sebahagian dari negara ASEAN. Berkeluasan 332,698 km2 dan. Hanoi adalah ibukotanya dan adalah bandar kedua terbesar di Vietnam. Ia terletak di tebing Red River. Sebuah bandar yang bercampur antara pengaruh timur dan barat hasil dari penaklukan China dan Perancis. China yang menceroboh wilayahnya pada 1408, mereka bangkit kembali menawan semula pada 1428 dan Perancis menaklukinya dalam tahun 1873. Pihak Perancis menyumbangkan kemajuan dengan membangunkan sebuah kota pentadbiran yang moden. Selepas perang dunia kedua, pada 02 September 1945, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan Vietnam sebagai sebuah negara republik  dan seterusnya memutuskan Hanoi sebagai ibu negara Republik Demokratik Vietnam. Dari 1954 hingga 1976, ia adalah ibu kota Vietnam Utara, dan ia menjadi ibu negara Vietnam selepas kemenangan pihak Utara dalam Perang Vietnam (Penyatuan semula) dalam tahun 1976.
PERBEZAAN WAKTU
Vietnam kurang sejam dari waktu di Malaysia (UTC/GMT +7 hours)
SOKET ELEKTRIK
Di Vietnam, power plugs dan socket elektriknya adalah type A, C and D. Standard voltage 110 / 220 V dengan frekuansi 50 Hz.
MATAWANG & BAJET
Matawang Vietnam (VND) ialah Dong atau singkatan ₫. Kadar tukaran wang dengan RM pada waktu kami pergi ialah RM100 = ± ₫560,000.00.
Bajet kami selama 7 hari di Vietnam ialah sebanyak VND830,000 (± RM1,460.00), yang dibawa secara tunai dan USD300 sebagai ‘back-up’. Aku menggunakan apps Trabee Pocket untuk mengurus dan mengawal perbelanjaan kami disana.
VISA & MAKLUMAN KEPADA KEDUTAAN
Untuk pemegang passport Malaysia, Visa adalah dikecualikan sehingga 30 hari dan kemasukan ke Vietnam, tidak perlu mengisi sebarang borang sepertimana jika masuk ke negara lain.
Aku menghubungi pihak kedutaan Malaysia melalui email memaklumkan kehadiran kami ke Vietnam (mwhanoi@kln.gov.my). Aku setiasa memaklumkan kedudukkanku setiap hari semasa berada disana. Aku juga mendaftar di E-Konsular (KLIK).
Mereka membalas emailku sambil mengalukan kehadiran kami disamping memberi nasihat tentang makanan halal dan menjaga dokumen dengan selamat.
CADANGAN PERJALANAN (ITINERARI) 
Dengan mempunyai kota yang  purba, di mana pelancong berpeluang melihat bangunan tinggalan penjajah yang dipulihara dengan baik, budaya, kehidupan, alam semulajadi dan masyarakat membuat aku ingin mendekatinya maka banyak perkara perlu di ketahui dan persediaan dengan mencari beberapa maklumat sebelum ke sana.
Kami membawa 2 buah bag galas bersaiz 40l & 60l  serta membawa bekalan dan peralatan makanan seperti rendang tok, sardin, maggie, ikan bilis, mess tin, 1l Multifunction Electric Cooking Pot with Rice Cooker dan portable stove.
Perjalanan kami ini dibuat secara ad-hoc. Ia di rancang setelah saudara Adi Harriman mencadangkan satu latihan ke Mount Fansifan (sebelum ke Mt Fuji) pada tarikh perjalanan ini. Aku terpaksa bergegas mendapatkan kelulusan Jabatan dan seterusnya menempah tiket air Asia dengan harga RM927.10 (2 orang + add-ons). Setelah tempahan dibuat sdr Adi Harriman memaklumkan bahawa mereka menangguhkan perjalanan lantaran bapanya yang dimasukan ke Hospital. Maka kami berdua meneruskan rancangan dan terpaksa merubah jadual dan lokasi tujuan. Aku mencari lokasi unik sepert air terjun terbesar di Asia Tenggara iaitu Ban Gioc, lokasi yang mendapat pengiktirafan UNESCO dan menjadi lokasi filem King Kong iaitu di Trang Anh, Tam Coc dan Halong Bay (The new 7 wonders of nature).
Berikut adalah cadangan &  jadual perjalanan sebagai panduan kami di sana ….
Tarikh
Butir
Kos
08/03/2019
Penerbangan Air Asia dari Penang AK:618
Tiket: RM380 x 2 (Return) + add-ons
meals + checked baggage 20 & 25 kg
Travel Insurance
RM927.10
Tambang bas ke Old Quatter
₫40,000.00
An Noor Mosque (solat Jumaat) dan lunch di Zaynab Restoran
My Dinh Bus Station : Bus to Cao Bang
₫300,000.00
09/03/2019

Hotel di Cao Bang: walk in

Sewa Motor ke Ban Gioc

₫200,000.00

Ban Gioc waterfall entrance fee & parkir

₫40,000.00

11/03/2019

Ninh Binh : Bamboo Homestay

₫100,000.00

Sewa motosikal dan ronda sekitar

₫200,000.00

13/03/2019

Hanoi

14 – 15/03/2019
Cruise Halong Bay

Dan pada petang 07 Mac 2019, maka kami memulakan langkah perjalanan ……


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay