Monday, December 31, 2018

Unseen Patani: Batu Berkepala Ular

Tarikh       : 23 November 2018
Misi          :  Day 04 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Sai Khao National Park, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.65619° E101.09991°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/gzox9LYpBq82

… Bersambung

Dari air terjun, ± pukul 11.00 am, kami mendaki laluan bertar untuk ke Khao Hin Chang View Point. Sebelum itu kami perlu mendaftar nama di pondok renjer berdekatan. Walaupun ia jalan tarmac, namun kenderaan tidak dibenarkan naik ke atas  (untuk tujuan keselamatan) kecuali 4 x4 yang dibenarkan. Boleh juga menggunakan perkhidmatan jeep lama US Army (yang pernah digunakan di dalam Peperangan Dunia Ke-2). Ia diusahakan oleh komuniti Ban Sai Khao yang terletak di 55/1, Moo 5, Sai Khao Subdistrict, Khok Pho District, Pattani 94120.

Laluan mendaki bertar ini sangat  lumayan tanjakannya, penat jugalah sebelum nak sampai, hingga aku menanggalkan baju dek panas dan berpeluh. Dipertengahan jalan ada beberapa fenomena alam dan formasi batuan yang menyerupai muka.

Akhirnya setelah hampir 1.3 km kamipun sampai ke satu batuan yang dikenali Pha Phaya Ngu (ผาพญาคือ). Iaitu seketul batu yang terjulur keluar dari tebing batuan menyerupai kepala ular besar. Melihat batu ini teringat aku akan ‘Manda’ (dalam siri Naruto). Penduduk tempatan mempercayai batu suci ini sentiasa melindungi mereka dari bahaya.

Kemudian kami gagahi melangkah ± 230 meter lagi di laluan curam dan berbengkang bengkok untuk sampai ke Khao Hin Chang view point. Di sini terdapat sebuah patung buddha dan ada kawasan lapang seluas ± 0.8 ekar (2 rai) untuk aktiviti perkhemahan. Walau penat tetapi berbalaoi sampai ke sini kerana kita dihidangkan dengan panorama indah luas pemandangan kawasan sekitar (boleh nampak wilayah Pattani & Songkhla).

Di atas ini juga ada Hiking trail (Khao Hin Chang Nature Trail), namun kami tidak mahu ambil risiko menyimpang dari laluan asas kerana hanya kami berdua di atas sini. Selepas turun kami terus balik dengan melalui pintu keluar imigresen Ban Prakhop (Kota Putra, Kuala Nerang).


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Sunday, December 30, 2018

Patani: Pesona Air Terjun Sai Khao

Tarikh       : 23 November 2018
Misi          :  Day 04 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Sai Khao National Park, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.65685° E101.09575°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/4pqckECMdRG2

… Bersambung

Jam 6:00 pagi kami check out dan ke bandar Patani untuk ronda dan bersarapan. Usai sarapan kami menuju ke arah daya dari bandar Patani, menuju ke sebuah air terjun yang dinobatkan antara yang tercantik di Patani. Air terjun ini diberi nama Namtok Sai Khao dan terletak di dalam Sai Khao National Park. Ia sejauh ± 40km dari bandar Patani.

Sai Khao National park berkeluasan 27,000 ekar atau 110 km2 merangkumi 3 wilayah (Patani/ Yala/ Songkhla). Hutan hujan di kawasan ini menjadi sumber bekalan air dan kebanyakan aliran sungai di sini akan mengalir ke sungai Thepa. Kawasan ini diistiharkan sebagai Taman Negara pada 16 Februari 1993.

Awal pagi kami sampai, tiada lagi orang bahkan mudah kami lolos hingga ke pejabat National Park (rasanya fee THB20). Kemudahan infrastruktur yang lengkap tersedia seperti parkir, surau, gerai makan, kemudahan sewaan khemah dan lain-lain lagi.

Kami parkir motosikal berdekatan gerai makanan dan dari pejabat perhutanan  mengikuti laluan yang tersedia. Sekali sekala terpaksa meredah sungai dan mendaki pinggir tebing sejauh ± 900 meter untuk sampai ke air terjun ini. Terdapat 7 level air terjun di sini. Sepanjang perjalanan, kami menemui beberapa air terjun kecil dan kolam yang sesuai untuk mandi. Bertuahnya kami di pagi ini mendapat sinar matahari (ray of light) yang cantik memancar ke air terjun.

antara air terjun menarik


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Friday, December 28, 2018

Patani: Pelantar Pejalan Kaki Tinggi (Sky Walk)

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Rusamilae, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.89431° E101.24397°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/VXmcdAuJYbq

… Bersambung

Selepas asar, kami bertolak ke Rusamilae sejauh ± 5km dari hotel untuk melihat satu tarikan terbaru di Patani iaitu Sky Walk. Ia terletak di Srinakarin Park, Rusamilae, Pattani.

Sky walk ini adalah pelantar pejalan kaki dengan struktur besi setinggi ± 12 meter dan sepanjang 400 meter. Ia dibina di atas kawasan paya bakau. Terdapat 2 tangga utama dan 5 kawasan rehat tersedia diatas pelantar ini. Dari atas pelantar ini dapat saksikan pemandangan kawasan bakau dan kawasan Srinakarin Park dan telok Siam secara 360°.

Dipenghujung tangga pelantar ini terdapat laluan pejalan kaki yang dibina merentas paya bakau sejauh ± 1km. Pengunjung boleh beriadah menikmati suasana paya bakau dan terdapat beberapa lokasi yang menyediakan kerusi untuk berehat. Papan tanda maklumat untuk pembelajaran tentang hutan bakau disediakan.

Sky Walk ini berada di bawah penjagaan Majlis Perbandaran Pattani. Sky walk sediada ini adalah dalam Fasa 1 pembinaan dan ia mendapat peruntukan dari Kementerian Pelancongan dan Sukan dengan kos sebanyak THB 10,000,000 . Fasa 2  dalam perancangan dimana  pelantar ini akan dipanjangkan dan akan ada beberapa lagi aktiviti yang memberi kelainan.

Sky Walk ini dibuka setiap hari dari ia adalah PERCUMA

Di belakang sana kelihatan hutan bakau dan teluk Siam

Pelantar ini seringgi setinggi ± 12 meter

Laluan beriadah: Berbasikal & Berlari – hala berbeza

Srinakarin Park dibina bersempena sambutan 80th birthday of His Majesty the King terletak berhampiran pantai Rusamilae. Ia berkeluasan 155 hektar dan dibuka secara rasmi pada 21 Ogos 1994

petang di Pantai Rusamilae

Malam keluar ronda bandar Patani dan pasti tak lepas peluang ziarahi masjid Patani. Indah pemandangan pada malam harinya


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Thursday, December 27, 2018

Patani: Makam Raja Islam Pertama

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Barahom, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.87548° E101.31593°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/KRDA7AVedLM2

… Bersambung

Kami keluar dari istana Yaring  dan mengikuti highway 42 sejauh ± 8.5 km untuk ke Phaya Inthira Cemetery atau makam Sultan Ismael Shah iaitu Sultan Patani yang pertama memeluk islam. Makam ini terletak di Ban Phare, Tambon Barahom, Patani, Thailand. Ia juga berada ± 8km dari Bandar Patani.

Berdasarkan buku Hikayat Patani, pengasas negeri Patani adalah Phya Tu Nakpa atau nama sebenarnya Phaya Inthira. Kisah baginda memeluk agama islam diceritakan dengan terperinci dalam Hikayat Patani.

Kisah dimulakan apabila baginda diserang penyakit pecah belah (sakit merkah) di badannya. Banyaklah tabib dari serata tempat telah merawatnya namun tidak juga mahu sembuh sehingga baginda menitahkan di pukul canang serata tempat akan perkhabaran mahu dikahwinkan akan puteri baginda sekiranya dapat mengubati penyakitnya. Apabila Perkhabaran ini sampai kepada Sheikh Said yang  tinggal berhampiran Kampung Pasir, beliau sedia mengubati tetapi tidak mahu menjadi menantu raja sebaliknya mensyaratkan Phya Tu Naqpa memeluk agama Islam.

Setelah diubati dan sembuh, baginda telah memungkiri janjinya dan penyakit lama menyerang kembali. Dengan Sheikh Said dipanggil semula untuk berubat, dan itupun setelah raja berjanji akan memeluk Islam. Akhirnya Phya Tu Naqpa mengotakan janjinya, dan memeluk agama Islam dan baginda memakai nama Sultan Ismail Shah DzalilLah Fi Alam.

Sultan Ismail Shah mangkat dalam tahun 1530M (2073 Thai) dan dimakamkan disini, permaisurinya yang meninggal dalam tahun yang sama dimakamkan bersebelahannya.

Mengikut sejarah Patani (Hikayat Patani) Syeikh Said meletakkan negeri Patani dengan gelaran ‘Patani Darussalam’ sebagai menzahirkan syiar Islam di Patani dan beliau jugalah yang memohon kepada Sultan Ismail Shah untuk membina Masjid Kerisek …. Wallahuaklam.

Kami singgah ke Bangpoo ( N6.86895° E101.33706°) sebuah daerah kecil di Pattani. Kaya dengan alam semulajadi yang indah dengan hutan paya bakaunya. Boleh layari ‘terowong’ bakau sejauh 800 meter sambil meninjau unggas di sini. Memungut siput dan melihat kelip-kelip adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bangpoo Tourist Community.

Maps Link: https://goo.gl/maps/a5ev5krRx7m

Selepas itu kami mencari hotel di bandar Patani untuk bermalam dan merehatkan badan. Kami memilih Rainbow Hotel Mansion Pattani (N6.86141° E101.24555°). Ia sebuah hotel 5 tingkat dan mempunyai 60 bilik. Istimewanya ia berada di tepian sungai Patani. Sewa yang murah THB500 (tanpa breakfast), bilik yang selesa, berhawa dingin dan ada parkir.


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Wednesday, December 26, 2018

Patani: Istana Lama Raja Yamu Di Yaring

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Yaring, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.86427° E101.37096° 
Maps Link  : https://goo.gl/maps/vZ6YaTeYG5w

… Bersambung

Dari Yarang ke Yaring

Dari kompleks runtuhan kota purba Yarang kami meneruskan perjalanan untuk ke satu lokasi istana raja Yamu วังยะหริ่ง yang terletak di Yaring sejauh  ± 18km. Ia terletak di Moo 1, Yamu Sub-district, Yaring District, Patani, Thailand.

Istana ini di bina dalam tahun 1895/1896 oleh Raja Yamu atau Gabenor daerah Yaring, Phraya Pipit Senamayathibodee Srisurat atau Tengku Wook Tengku Long Puteh (1852 – 1918) . Ia dibina di dalam kawasan seluas 16 rai (6 ekar).

Ia adalah rumah dua tingkat dengan binaan kayu dan batu. Senibinanya dipengaruhi unsur Eropah dan Melayu Thai (hampir sama seperti senibina Kelantan). Istana ini berbentuk U dimana tingkat atasnya mempunyai ruang tamu yang luas. Di sebelah sisinya ada tangga batu melengkung ala barat dengan dihiasi ukiran-ukiran kayu gaya seni jawa dan barat membuat rumah ini tampak elegan. Walau sudah berusia lebih dari 120 tahun, rumah ini dijaga dengan baik oleh warisnya dan telah dibaik pulih pada akhir tahun 1998.

Tertarik kami akan senibina dan ukiran maka kami memasuki ke perkarangan istana dan tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana perlu mendapat kebenaran (sebulan awal - Lagipun penjaga rumah tidak ada).

Rumah ini menyaksikan upacara bersejarah penyatuan 2 keluarga diraja apabila menerima pinangan keluarga Diraja Kelantan untuk Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra @ Sultan Muhammad V (kini)(YDP Agung ke 15) dengan cicit Tengku Wook iaitu Tengku Zubaidah atau nama sebenar Kangsadal Pipitpakdee (dilahirkan dan dibesarkan di istana ini hingga umur 5 tahun). Upacara pernikahan mereka dilakukan pada 15 November 2004 di Yaring.

Sempat berbual bersama cicit kepada Tengku Wook iaitu Sharifah Habibah atau dikenali sebagai Ku Mazni. Seronok berbual dengannya walau seketika dan beliau memaklumkan pernah tinggal di Pulau Pisang, Jitra untuk tempoh sebulan ketika remajanya.

Ukiran menarik menghiasi rumah ini sangat cantik bila di teliti


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Monday, December 24, 2018

Patani: Runtuhan Kerajaan Tua Langkasuka @ Yarang

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Yarang, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.76065° E101.30764°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/GsKMhmyiuD62

… Bersambung

Runtuhan Kota Kuno terletak di daerah Yarang,Patani (± 22 km dari bandar Patani). Dari Yala, kami mengikuti Highway 410. Dipekan Yarang, di persimpangan, belok ke kiri menelusuri route 4061 dan ± 1.6 km belok ke kiri mengikuti laluan berikutnya sejauh ±350 meter dan berjumpa komplek yang menempatkan runtuhan kota ini. Komplek ini terletak berhampiran jalan sahaja. Ia dikenali sebagai bandar purba Ban Cha Le.

Bandar Purba Yarang

Berdasarkan bukti dan catatan para pengembara dan pedagang dari Barat, China, Arab, India, Jawa yang pernah sampai ke Alam Melayu pada zaman lampau menyatakan bahawa kota Langkasuka adalah sebuah pelabuhan yang gemilang dan telah mewarisi satu budaya dan tamadun yang sangat tinggi nilainya. Kerajaan Langkasuka dipercayai didirikan pada hujung abad pertama  dan berkembang pesat pada abad ke 6 dan ke 7 Masihi. Terdapat perbalahan sejarawan mengenai letaknya kerajaan Langkasuka. Namun satu teori yang lebih cenderung menyatakan ia terletak di Selatan Thailand iaitu Patani berdasarkan catatan China (catatan Liang Shu) di zaman Dinasti Lian (502-566). Catatan ini menyatakan bahawa kerajaan ‘Lang-Ya-Hsiu’ terletak di Laut China Selatan dan mempunyai daerah yang luas dimana wilayahnya terbentang dari hulu Perak sampai ke Patani, dari Teluk Banggala sampai ke Negeri Kedah.

Kota purba ini berbentuk bujur dan mengarah ke arah Utara – Selatan. Kota ini besar dan  seluas ±9 km. Terdapat aliran air semujadi di kiri dan kanan kota  dan menjadi sistem peparitan. Terdapat puluhan penemuan monument purba dan 2 pasak di sini.

Kami sampai ke sini ± dalam jam 10.00 pagi, runtuhan kota ditempatkan di dalam bangunan berbumbung yang terbuka. Terdapat beberapa maklumat di pamirkan disekeliling bangunan ini. Aku sempat bergambar di hadapan tinggalan kota ini dan apabila aku hendak bergerak ada pengkaji dari Universiti tempatan dan dari Malaysia mampir ke kompleks ini. Kami bergerak ke runtuhan ke 2 yang terletak bersebelahan dengan kompleks ini dan seterusnya ke runtuhan ke 3 yang terletak di seberang jalan dan sejauh ± 200 meter dari kompleks utama.

Sungai Muda Sebagai Laluan Perhubungan Utama

Berdasarkan kepada jumpaan inskripsi Sungai Mas di Kota Kuala Muda, Kedah, Malaysia yang dipercayai wujud sejak  abad ke-5 Masihi, lembangan Sungai Muda sering menjadi tumpuan pedagang asing dari India dan China untuk berdagang dan mendapatkan bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan lain. Berdasarkan data arkeologi, Sungai Mas menjadi pusat pemerintahan dan pelabuhan utama di lembah bujang

Sungai Muda adalah laluan trans-peninsula yang menghubungkan Kedah dengan Kelantan, Perak dan Selatan Thailand. Laluan ini dijadikan sebagai laluan utama untuk masyarakat berhubung dan berdagang dengan masyarakat luar. Jadi ada kemungkinan wujudnya hubungan perdagangan antara Kedah dengan kota purba Yarang. Ahh … biarlah pakar berbalah, mereka pasti akan terus mencungkil sejarah, mencari bukti untuk diketengah.

Di Tapak ke 2 – bersebelahan dengan Kompleks utama (± 100 meter)

Di Tapak ke 3 – diseberang jalan (± 200 meter dari kompleks utama)

di dalam runtuhan kota di tapak ke 3

Antara penemuan yang dijumpa/gali


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Sunday, December 23, 2018

Yala: Masjid Jamik & Ronda Pekan

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Yala, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.56614° E101.29450°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/zv2mR8Cyb2T2

… Bersambung

Selepas check out, kami ronda dahulu pekan Yala.

Yala city adalah antara bandar yang indah di Thailand. Kawasan  perbandarannya seluas 19 kilometer persegi dengan lebih daripada 400 batang jalan. Dihubungkan dengan 3 bulatan bagaikan rangkaian labah-labah yang membolehkan semua jalan untuk bergabung. Ia pernah menerima penghargaan 3 tahun berturut-turut (1985, 1986 & 1987) dari HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn sebagai pekan terbersih di Thailand.

Kami menuju ke 3 bulatan tersebut. Bulatan pertama ialah sebuah bulatan paling besar yang ditengahnya menempatkan sebuah shrine (N6.54116° E101.28038°) kemudian ke bulatan jam (N6.54800° E101.28462°) dan seterusnya ke bulatan di Yala Old Market Clock Tower. Sebelum ke Yala Old market kami singgah dahulu ke Masjid Jamek Yala

Masjid Jamek Yala (Central Mosque),  merupakan masjid utama di wilayah ini, siap dibina pada tahun 1984. Masjid yang mempunyai seni bina gaya Barat. Terdapat 30 anak tangga yang dibina dihadapannya yang membawa jemaah ke pintu masuk masjid.

Selepas Yala Kami singgah di Pattani Dam untuk merasai fenomena air melimpah (tetapi hari ini tiada rejeki). Ia hanya terjadi ketika musim hujan dan air penuh.

Sungai Pattani adalah sungai yang penting di Selatan Thailand. Lembangan sungai Pattani meliputi keluasan ± 3,805.65 km2 diwilayah Yala dan Pattani. Hulunya bermula dari sempadan Malaysia/Thailand mengalir ke utara melalui Bang Lang Dam dan keluar ke Teluk Siam sejauh ±214km.

Bang Lang Dam juga dikenali sebagai ‘Pattani Dam’ dan sebuah lagi empangan (diversion dam = Empangan/Tandop besar) sepanjang ±60 meter dibina untuk mengampang/mengawal aliran sungai Pattani. Dibina dalam tahun 1980 dan terletak antara daerah Yala dan Patani(Yarang) iaitu di Tase. Dengan tebing yang luas memanjang,  empangan  dengan 6 pintu air bertujuan membendong air sungai dan mengawal saliran air.


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Saturday, December 22, 2018

Yala: Menikmati Laksa Sambil Bersila

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Sukkhayang Road , Yala, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.54896° E101.28394°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/D9fS3t6WRs92

… Bersambung

Laksa Siam (ขนมจีน) atau dalam bahasa siam di sebut Kanom Jeen adalah antara makanan popular di Thailand. Setiap daerah/wilayah mempunyai perbezaan dari segi kuah/sampingan (perkakas) tetapi sama pada isi laksanya. Terdapat beberapa versi kuah laksa yang menjadikan ia berbeza pada rasanya seperti kuah lemak(green curry), asam pedas, kuah yang dicampur rebung jeruk, kuah ketam dan lain-lain lagi.

Selepas maghrib, kami keluar meronda pekan Yala untuk melihat suasana malamnya dan mencari makan. Di Sukkhayang Road, berhampiran bulatan jam berdekatan Thetsaban Nakhon Yala Health and Environment Division, terlihat ramai orang sedang beratur dan duduk di atas tikar menikmati makanan lalu singgah untuk mengambil tahu, Rupanya ada gerai yang menjual laksa dan pulut.

Selepas memesan laksa dan pulut mempelam, kami mengambil tempat di  atas hamparan tikar, sambil bersila di kawasan terbuka sambil menikmati laksa berkuah ketam dan pulut mempelam. Sebenarnya ada pelbagai kuah laksa disediakan seperti ayam, ikan dan lain-lain lagi – pilihlah mana yang suka, semuanya menyelera dan tidak mahalpun (Laksa + Pulut pelam = THB80).

Tudia … Perkakas (menu sampingan) laksa

Kuah pekat lagi lazat dimakan dengan rimbunan ulaman segar seperti timun, temu, terung, toge dan lain-lain lagilah. Di tambah hidang dengan pelbagai jeruk, ikan bilis dan macam-macam lah. Dahla murah, Rasanya aroiiiiii bangat

Panorama malam di Bulatan Jam


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular