Thursday, October 30, 2014

Kembara Himalaya: Langkah Pertama

PA177369

Tarikh  :  18 Oktober 2014    
Ahli Dari Alor Setar: Aku, Adi Harriman, Saiful Azman(Man), Rohizam & Mohd. Noor
Ahli Dari Kuala Terengganu : Zafizal 
Coordinate :  N27° 41.784' E85° 21.534'

Day 1

Tanggal 17 Oktober 2014, jam 8:35 pagi, 5 orang ahli Great Adventure Team Malaysia (GAT) berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kelapa Batas, Kedah menuju ke KLIA2 Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia (AK6013). Bertemu dengan sdr Zafizal di KLIA2 dan bertolak ke Kathmandu pada jam 5:35pm dengan pesawat Air Asia X (D7196). Seperti biasa penerbangan yang membosankan yang mengambil masa lebih dari 4 jam dan  pesawat mendarat dengan mulus di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan pada jam 10.00 mlm waktu Malaysia (7:45pm waktu Nepal).

PA177422

PA177432-horz

Nasib baik kami sudah membuat visa di KL tempohari, secara tidak langsung menjimatkan masa berurusan di imigresen. Tiba di luar ejen kami, Thapaliya Bashudev(Bashu) sudah menanti kami. Sepanjang di airport, kami menjadi perhatian ramai, mereka tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa, rupanya mereka menyangka kami membawa Tv LCD bersaiz besar (Jumbo saiz kot - Kebanyakan pekerja Nepal yang balik dari Malaysia akan membeli dan membawa balik TV LCD). Kami dibawa oleh van ke hotel iaitu Trekkers Home (N27° 42.819' E85° 18.615') yang terletak di Thamel Street, Kathmandu. Ia adalah kawasan tumpuan pelancong, tersedia puluhan hotel bajet, hingar bingar dengan kenderaan yang mencelah dilaluan yang sempit, teruk dan buruk. Padat dengan kedai yang menjual pelbagai barangan terutama menjual barangan outdoor. Terkenal sejak beberapa dekat lalu dikalangan para hippie.

Selepas meletak barang kami dibawa meninjau tempat penukaran wang dan Bashu menunjuk beberapa kedai makanan halal sekitar Thamel street. Majlis perkenalan dan perbincangan bermula di Restoran Al Mekah untuk agenda esok dan seterusnya.

DSC00729-horz

Apartment kami berada ditingkat lima, takdak pula perkhidmatan lif, Hadus! jenuh ragas naik. Seksa juga mengangkat kotak-kotak  ke tingkat 5. Namun kami diberi satu ruang penyimpanan basikal ditingkat bawah yang boleh digunakan untuk hari berikutnya. Ada 2 bilik dengan 1 katil queen dan satu katil single disetiap bilik. Ada ruang tamu yang luas, ruang dapur yang lengkap dengan peti sejuk. Setiap ruang mempunyai  kipas (namun tak perlu bukapun - sejuk) tersedia kerusi meja dan sofa, TV dengan saluran kabel dan almari pakaian. Bilik mandi di dalamnya yang tersedia pancuran air dengan kemudahan air panas. Apa yang mengecewakan kami ialah airnya yang berkeladak, keruh dan berbau. Tak sanggup aku berkumur semasa memberus gigi, aku gunakan air mineral.

Kadar sewaan ±RM280.00 sehari. Untuk tempoh seminggu kami dikenakan sewaan sebanyak 50,000 Rupee sahaja (asal 56,000 - Mungkin diskaun diberi atas komplen kami mengenai masalah air). 

Air yang keruh lagi berbau

IMG-20141013-WA0007

Tahun ini kami tidak mendapat tajaan semewah tahun lalu dari beberapa syarikat atau korporat. Namun ada juga Hamba Allah sudi menaja. Dapat juga merasa PowerGel dan Proucell sebagai penambah tenaga diketika tidakupaya.

Sarapan pagi perlu awal kerana kami perlu mengayuh seawal mungkin (7.00 pagi) manakala kedai makan dibuka pada jam 9.00 pagi. Maka nasi puteh yang dipesan sejak semalam dan rasion yang terdiri dari maggi, serondeng, ikan bilis kering dan berkotak-kotak Brahim’s menjadi pembuka selera untuk bersarapan.

BERSAMBUNG ……..

PA177368

Penerbangan pagi dari Alor Setar ke KLIA2

PA177375

Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA Sepang (N2° 47.244' E101° 40.641')

PA177383

Kali ini barangan kami dinaikan ke 25kg seorang

IMG_0003

LCCT2

PA177434

Selamat mendarat jam 10.00 malam waktu Malaysia

DSC00727

DSC00720

sedikit tukaran untuk malam dan esok pagi

Bersambung ….


Pautan Kembara Berkaitan

1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride

Sunday, October 26, 2014

Kathmandu Yang Cerah Tapi Berdebu: Pendahuluan

Tarikh  :  17 – 25 Oktober 2014    
Rider    : 6 Orang (Pudin, Adi Hariman, Saiful Azman, Rohizam, Mohd. Noor & Zafizal)
Jarak   :  ± 400 km 
Lokasi  : Kathmandu, Nepal

Kathmandu menjadi pintu masuk udara yang pertama jika memasuki Nepal. Menjadi Ibu negara Nepal dan adalah kota terbesar. Berada pada ketinggian 1,350 m dari paras laut. Berkeluasan lebih dari 500 km persegi ( 25km panjang dari barat ke timur dan 20km lebar dari utara ke selatan) terletak di lembah yang dikelilingi oleh banjaran gunung yang tinggi. Berkepadatan penduduk seramai 2.5 juta orang atau 10% kepadatan negara Nepal.
Awal Pagi yang lengang sibuk di petang – Jalan berbatu lagi berdebu

Jalan yang sempit dan tidak lengang, habuk menusuk hidung dan jalan yang rosak kurang berturap. Pemandu yang loklaq tetapi mahir, penduduk yang berjalan mundar mandir dilaluan yang bahaya dengan selambe tanpa mempedulikan bahaya pasti membuat kita tercegat seketika sambil beristighfar dan sesekali sekala tersembur jua makian. Di Kathmandu aku cuma jumpa satu lampu isyarat, yang lainnya di jaga oleh Pak Polisi.
Kota yang penuh dengan nilai sejarah dan hampir semua Tapak Warisan Dunia di Nepal terletak di sini. Diberi jolokkan ‘The city of Temples and Chiming Bells’ dan bak muzium besar dipenuhi dengan gudang kesenian Hindu dan Buddha dengan kuil dan tempat ibadat per sq dari mana-mana tempat lain di dalam dunia hingga ada tanggapan ‘as many temples as houses’. Disini juga hanya terdapat “The Living Goddess” yang dikenali sebagai ‘Kumari’ (KLIK) seorang gadis sunti yang dipilih melalui ritual atau kaedah tersendiri dan disembah oleh penganut Hindu dan Budha di Nepal. Mereka mempercayai Kumari sebagai jelmaan Dewi Durga(Talegu). Dewi ini akan ‘mengosongkan’ dari tubuh Kumari apabila gadis ini pertama kali datang haid dan Kumari baru akan dipilih.
Kumari  2014: Samita Bajracharya is a 12-year-old
Cuaca yang nyaman, sejuk sederhana sepanjang tahun dan sesuai untuk berkunjung  pada bulan  Sept – November dan Feb – May.
Faces Of Nepal
Nepal adalah tempat pertembungan budaya. Menjadi penghubung antara China dan India, maka kepelbagaian penduduk dengan lebih dari 60 etnik dan 92 bahasa yang dituturkan. Bagai sendi yang menghubung dan memisahkan dua negara ini dan lantas kesannya mempelbagaikan adunan budaya dan bangsa. Kulit penduduknya seperti campuran dua dunia, India & China.  Kulit yang cerah bersih seperti orang Cina, namun matanya tidak sepet sebaliknya galak dengan senyuman manis seperti orang India. Senario keseluruhan buminya yang punya pengaruh India dan sesekali tampak kegemilangan budaya China pada pakaian dan gaya masyarakatnya.  Wajah wajah bak Benggali, Arab, Monggolia, India, Pakistan bahkan iras Melayu pasti akan dijumpa di sepanjang jalan dan tempat (yang sebenarnya adalah penduduk Nepal bila disapa). Bahasa Inggeris boleh difahami (Oh! My English) dan Bahasa Nepali menjadi bahasa rasmi tetapi Hindi juga dipertuturi.
Duit Malaysia memang diterima kerana semakin ramai yang datang berkunjung & pergi bekerja di Malaysia. Banyak pusat Penukaran Wang bersedia menerima Ringgit. Tukaran ± RM1.00 bersamaan 29.35 Rupee(Npl) namun jika pandai kecek (nego) dapatlah tinggi lagi (aku dapat 29.49). Thamel street menjadi syurga membeli belah barangan outdoor yang murah dari kualiti setara tetapi tidak ori. Kemahiran menawar amat diperlukan tetapi carilah kedai harga tetap, pasti anda tidak akan terkilan.
Syurga membeli barangan outdoor – lain kali pi bawa sehelai sepinggang sahaja
Waktu di Nepal lebih kurang 2 jam 15 minit lewat dari waktu malaysia dan Zon waktu nya ialah NPT (UTC+5:45). 7 pagi sudah terang sekali namun waktu beroperasi kedai antara jam 9.00 pagi dan pejabat kerajaan dibuka pada jam 10 pagi dengan 6 hari bekerja dan Sabtu adalah hari cuti.
Output voltage di sini ialah 220V AC frekuensi antara 50-60Hz. Kepala plug berbentuk bulat, maka travel adapter diperlukan. Untuk makluman bekalan elektrik sentiasa terputus/dipadamkan terutamanya pada waktu siang. Hotel atau kedai banyak bergantung kepada generator untuk menjana kuasa elektrik. Internet no hal lah, kebanyakan hotel tersedia WiFi bahkan kedai-kedai makan juga menyediakan perkhidmatan wifi ini.
Makanan Tibet
Kedai cookies dan roti muslim
Makanan halal? Tidak perlu risaulah, ada satu kawasan komuniti islam yang menjual daging halal yang menjadi tumpuan penjual makanan halal. Ada Restoran Al Madinah (N27° 43.033' E85° 18.731'), Restoran Al Mekah (N27° 43.051' E85° 18.757'), Restoran Bismillah (N27° 43.054' E85° 18.738') yang menyediakan masakan ala india dengan biryani kambing, Tandori dan kari manakala Restoran Potala menyedia masakan Tibet yang terletak sepelaung dari Hotel kami. Kebanyakan restoran muslim terletak di Thamel Street. Ada 2 masjid utama dan sebuah musolla di Thamel street bersebelahan Restoran Bismillah.
Setiap hari kari, biryani & Tandoori

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan

1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride

Friday, October 17, 2014

Kathmandu: Kembara Bumi Himalaya - Prawacana

Tarikh  :  17 – 25 Oktober 2014    
Rider    : 6 Orang (Pudin, Adi Hariman, Saiful Azman, Rohizam, Mohd. Noor & Zafizal)
Jarak   :  ± 400 km 
Lokasi  :   

Kathmandu ialah ibukota Nepal sebuah negara yang dikenali sebagai Bumbung Dunia(Roof Of the world) . Terletak pada ketinggian 1,400 meter dari paras laut dikelilingi oleh Tanah Tinggi Himalaya yang terbentang melingkari negaranya. Bertuahnya Nepal kerana puncak tertinggi di dunia terletak di atas muka buminya iaitu Gunung Everest (8,848 meter) yang menjadikan salah satu tarikan utama pelancong mengunjunginya.

Kembara kami ke Kathmandu bermula secara berseloroh apabila kami membeli sleeping bag semasa kembara Bandung dahulu. Tidak sangka gurauan ini menjadi kenyataan selepas kami balik dari Kembara Bandung dan memilih Kathmandu untuk episod trip seterusnya.

Bajet

Persiapan pertama kami adalah dengan mempelawa sahabat Great Adventure Team Malaysia (GATM) untuk ke sana disamping mempersiapkan anggaran belanjawan.  Tenyata 6 orang menyahut seruan.

Bajet permulaan kami adalah seperti berikut:-

  • Flight KL – Kathmandu – RM740
  • Sport Equipment – RM85 x2 = RM170
  • Food – RM24
  • Flight AS – KL – RM55
  • Sport Equipment RM50x 2 – RM100
  • Total = RM1089

     Ground Arrangement

  • Hotel Twin Sharing (RM30 x 7 nights) = RM210
  • Food/Supplement/Drinks – RM30 x 8 days = RM240
  • Guide on motocross for 4 days (RM100 x 4) share with 6 person = RM67
  • Transport RM300 share with 6 person = RM50
  • Total = RM567
  • Everest Sight seeing – USD 170 per head = RM600
      Total = RM2,061

Kemudian mengkaji masa dan tarikh yang sesuai untuk berkunjung kesana dan memilih peralihan ke musim sejuk (kerana cuaca yang terang dan tidak hujan) dan Oktober 2014 menjadi pilihan (17 – 25 Oktober 2014)

Tiket Penerbangan

Perkara utama yang kami sering lakukan adalah mendapatkan tiket penerbangan murah dengan menunggu tawaran harga murah dari Air Asia. Kami berjaya mendapatkan harga RM790.00 (harga purata) perjalanan dari Alor Setar – Kuala Lumpur – Kathmandu (pergi balik). Basikal diklasifikasikan sebagai sport equipment dikenakan caj seorang seperti berikut: -

           Sport Equipment AS - KL - AS

120.00

           Sport Equipment KL - KTM - KL

200.00

Visa

Untuk memasuki Nepal, visa diperlukan. Boleh saja uruskan Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Nepal, tapi  kena susahkan diri dengan beratur panjang untuk tempoh tertentu (2jam ooo). Memandangkan kami berada di Kedah, maka kami memohon sahabat untuk menguruskan permohonan ini dan dikenakan caj sebanyak RM130.00 seorang. Urusan boleh dibuat di jabatan imigresen depa yang terletak di alamat ini

Nepal Embassy, suite 13A.01, 13th Floor, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang.

Rujuk http://www.nepalembassy.com.my/en/services_visa.html untuk panduan, peraturan dan kadar harga harga untuk Visa.

Trek

Kami menjalin silaturahim dengan beberapa rakan yang pernah ke sana bagi mendapat sedikit gambaran, panduan dan nasihat. Disamping itu kami add beberapa sahabat dari Nepal. Setelah menilai beberapa perkara kami memilih Thaphaliya Bashudev sebagai rakan kayuhan dan penunjuk jalan disana. Beliau mengenakan caj sebanyak USD40 sehari untuk group kami. Trek yang akan dilalui akan dibincang di sana nanti.

Penginapan

Kami tempah Apartment 2 bilik tidur melalui Booking.com di Trekkers Home yang terletak di Chaksibari Marg,Thamel, 44600 Kathmandu dengan kadar RM1,800 untuk 7 malam

SEMOGA LANCAR PERJALANAN KAMI, INSYAALLAH

P9277127

Setiap perancangan sentiasa dibuat dalam mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa

Final Meeting (11/10/2014)di Rumah Adi Harriman dihadiri semua yang akan ke Kathmandu bagi memuktamatkan semua persiapan

15/10/2014 –21:00 - kerja-kerja pembungkusan basikal dibuat di rumahku


Pautan Kembara Berkaitan

1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride

Monday, October 13, 2014

Kayuhan Singkat Jarak Pun Dekat

Tarikh  : Sabtu, 11 Oktober 2014       
Jarak   :
Max Elev :  ± 210 meter   
Rider : 2 orang – Pudin dan Cik Li 
Coordinate:

Hari ini aku dan saudara Azali MARA sekali lagi meninjau ke sebuah Bukit yang kenali Bukit Kubur Anak Dara (hmmm … ??? ) oleh penduduk tempatan. Ia masih di dalam gugusan Bukit Payung, Jitra. Kayuhan ulangan yang singkat untuk tingkatkan stamina. Sememangnya aku pernah ke sini bersama Zann GB tetapi kali ini laluan nampak elok dan tidak semak.

Awal kami mulakan kayuhan ± jam 7.30 pagi. Aku perlu tamatkan kayuhan sebelum jam 11.00 pagi kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Dari kawasan dusun kami bermula, menusuri denai yang agak cerah lantas memasuki kebun getah yang bersih. Sedikit pendakian sebelum aku menuruni ke kawasan lembah yang indah. Sepanjang kayuhan didendangkan dengan nyanyian alam dari bunyian air (dari charok) yang mendamaikan jiwa jika dihayati. Suasana pagi ini yang nyaman lagi dingin. Kayuhan kami terhenti disebuah pondok yang disebelahnya mengalir anak sungai yang bersih. Terletak betul betul dilembah dan dikelilingi oleh bukit.  Rehat seketika menikmati alam sebelum berpatah balik dan mendaki bukit sehingga berjumpa pondok di kawasan tanaman semula getah pada ketinggian ± 200 meter. Disini indah panoramanya diselebungi kabus dan nampak nun disana berbalam-balam bukit bukau di sebelah kawasan Padang Terap. Sempat berbual dengan tuanpunya kebun getah ini sambil bertanya khabar akan laluan sekitarnya. Jam 9.30 pagi kamipun balik semula ke kereta. Jarak kayuhan yang pendek namun pendakian dan laluan cantik menjadikan kayuhan ini menarik. Kayuhan ini juga sebagai satu persediaan fizikal dan latihan pendakian sebelum kembaraku ke Kathmandu pada minggu hadapan. Insyaallah.

deruan air sepanjang laluan ini

Menuju Lembah – ada pondok dihujung sana

Disalah satu charok ..di atas sana penduduk memasang paip untuk dapatkalan bekalan air bersih

Jom ke sana – Cik Li berminat dengan teres di Bukit sana

Kawasan tanaman getah muda

Peti sejuk di sebuah pondok di dalam hutan ??

Mandikan basikal

Sunday, October 05, 2014

Kayuhan Hari Arafah : Misiku Gagal

Tarikh: 04 Oktober 2014 = 4102014

Sudah beberapa kali ingin menjejaki semula laluan ini. Laluan yang pernah ku telusuri (KLIK) bersama sahabatku Zann tahun lalu, namun orientasi yang berbeza kerana aku ingin menuju ke kawasan anak bukit. Hujan yang turun seawal pagi tidakku peduli, walau bateri keretaku ‘kong’ namun ku teruskan hasrat selepas membuat jumping.

tunggul tinggalan balak - Bersih di ladang getah ini

Aku bercadang untuk menjejaki laluan ini bersendiri kerana tidak mahu mengganggu sahabat yang berpuasa sunat Arafah dan kalut untuk membuat persiapan Hari Raya Haji. Bermula dari dusun bapa saudaraku di Charok Tok Latah, Jitra. 8.30 pagi aku memulakan kayuhan. Pagi yang redup, diselaputi kabus, langit mendung ku telusuri laluan yang sunyi ini .. semakin mendaki terdengar deruan air di ‘charok’ yang memecah kesunyian, terkejut bila disapa oleh sang berok, nasib baik ia melarikan diri apabila melihat kelibat aku. Di kawasan kebun getah yang bersih, kesan-kesan jejak babi menguis tanah dikanan dan kiri. Hanya beberapa kilometer aku mendaki tiba-tiba hujan renyai mulai turun. Berdasar ‘petanda’ aku terpaksa menghentikan kayuhan ini lantas pulang semula ke kereta. Sempat berbual dengan sorang pemandu jentera berat dan beliau memaklumkan beberapa laluan yang di tolaknya, insyaallah kegagalan misiku ini akan ku lengkapi selepas ini.


Hari Raya Haji: Ahad - 05 Oktober 2014

Aidl Adha

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi pejabat aku antara yang mendapat sumbangan lembu yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir. Sebanyak 455 ekor lembu disampaikan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pejabat Daerah, Pejabat Parlimen, Pejabat ADUN dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk diagih-agihkan pula. Majlis penyerahan diadakan di Pusat Latihan Rela Bukit Selambau pada 02 Oktober 2014.

Terima Kasih Dato’ Seri semoga tahun hadapan dapat lagi

Proses penyembelihan dan gotong royong melapah daging sebelum diagihkan