Tarikh : 18 Oktober 2014
Ahli Dari Alor Setar: Aku, Adi Harriman, Saiful Azman(Man), Rohizam & Mohd. Noor
Ahli Dari Kuala Terengganu : Zafizal
Coordinate : N27° 41.784' E85° 21.534'
Day 1
Tanggal 17 Oktober 2014, jam 8:35 pagi, 5 orang ahli Great Adventure Team Malaysia (GAT) berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kelapa Batas, Kedah menuju ke KLIA2 Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia (AK6013). Bertemu dengan sdr Zafizal di KLIA2 dan bertolak ke Kathmandu pada jam 5:35pm dengan pesawat Air Asia X (D7196). Seperti biasa penerbangan yang membosankan yang mengambil masa lebih dari 4 jam dan pesawat mendarat dengan mulus di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan pada jam 10.00 mlm waktu Malaysia (7:45pm waktu Nepal).
Nasib baik kami sudah membuat visa di KL tempohari, secara tidak langsung menjimatkan masa berurusan di imigresen. Tiba di luar ejen kami, Thapaliya Bashudev(Bashu) sudah menanti kami. Sepanjang di airport, kami menjadi perhatian ramai, mereka tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa, rupanya mereka menyangka kami membawa Tv LCD bersaiz besar (Jumbo saiz kot - Kebanyakan pekerja Nepal yang balik dari Malaysia akan membeli dan membawa balik TV LCD). Kami dibawa oleh van ke hotel iaitu Trekkers Home (N27° 42.819' E85° 18.615') yang terletak di Thamel Street, Kathmandu. Ia adalah kawasan tumpuan pelancong, tersedia puluhan hotel bajet, hingar bingar dengan kenderaan yang mencelah dilaluan yang sempit, teruk dan buruk. Padat dengan kedai yang menjual pelbagai barangan terutama menjual barangan outdoor. Terkenal sejak beberapa dekat lalu dikalangan para hippie.
Selepas meletak barang kami dibawa meninjau tempat penukaran wang dan Bashu menunjuk beberapa kedai makanan halal sekitar Thamel street. Majlis perkenalan dan perbincangan bermula di Restoran Al Mekah untuk agenda esok dan seterusnya.
Apartment kami berada ditingkat lima, takdak pula perkhidmatan lif, Hadus! jenuh ragas naik. Seksa juga mengangkat kotak-kotak ke tingkat 5. Namun kami diberi satu ruang penyimpanan basikal ditingkat bawah yang boleh digunakan untuk hari berikutnya. Ada 2 bilik dengan 1 katil queen dan satu katil single disetiap bilik. Ada ruang tamu yang luas, ruang dapur yang lengkap dengan peti sejuk. Setiap ruang mempunyai kipas (namun tak perlu bukapun - sejuk) tersedia kerusi meja dan sofa, TV dengan saluran kabel dan almari pakaian. Bilik mandi di dalamnya yang tersedia pancuran air dengan kemudahan air panas. Apa yang mengecewakan kami ialah airnya yang berkeladak, keruh dan berbau. Tak sanggup aku berkumur semasa memberus gigi, aku gunakan air mineral.
Kadar sewaan ±RM280.00 sehari. Untuk tempoh seminggu kami dikenakan sewaan sebanyak 50,000 Rupee sahaja (asal 56,000 - Mungkin diskaun diberi atas komplen kami mengenai masalah air).
Air yang keruh lagi berbau
Tahun ini kami tidak mendapat tajaan semewah tahun lalu dari beberapa syarikat atau korporat. Namun ada juga Hamba Allah sudi menaja. Dapat juga merasa PowerGel dan Proucell sebagai penambah tenaga diketika tidakupaya.
Sarapan pagi perlu awal kerana kami perlu mengayuh seawal mungkin (7.00 pagi) manakala kedai makan dibuka pada jam 9.00 pagi. Maka nasi puteh yang dipesan sejak semalam dan rasion yang terdiri dari maggi, serondeng, ikan bilis kering dan berkotak-kotak Brahim’s menjadi pembuka selera untuk bersarapan.
BERSAMBUNG ……..
Penerbangan pagi dari Alor Setar ke KLIA2
Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA Sepang (N2° 47.244' E101° 40.641')
Kali ini barangan kami dinaikan ke 25kg seorang
LCCT2
Selamat mendarat jam 10.00 malam waktu Malaysia
sedikit tukaran untuk malam dan esok pagi
Bersambung ….
Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride
No comments:
Post a Comment