Tarikh: 04 Oktober 2014 = 4102014
Sudah beberapa kali ingin menjejaki semula laluan ini. Laluan yang pernah ku telusuri (KLIK) bersama sahabatku Zann tahun lalu, namun orientasi yang berbeza kerana aku ingin menuju ke kawasan anak bukit. Hujan yang turun seawal pagi tidakku peduli, walau bateri keretaku ‘kong’ namun ku teruskan hasrat selepas membuat jumping.
tunggul tinggalan balak - Bersih di ladang getah ini
Aku bercadang untuk menjejaki laluan ini bersendiri kerana tidak mahu mengganggu sahabat yang berpuasa sunat Arafah dan kalut untuk membuat persiapan Hari Raya Haji. Bermula dari dusun bapa saudaraku di Charok Tok Latah, Jitra. 8.30 pagi aku memulakan kayuhan. Pagi yang redup, diselaputi kabus, langit mendung ku telusuri laluan yang sunyi ini .. semakin mendaki terdengar deruan air di ‘charok’ yang memecah kesunyian, terkejut bila disapa oleh sang berok, nasib baik ia melarikan diri apabila melihat kelibat aku. Di kawasan kebun getah yang bersih, kesan-kesan jejak babi menguis tanah dikanan dan kiri. Hanya beberapa kilometer aku mendaki tiba-tiba hujan renyai mulai turun. Berdasar ‘petanda’ aku terpaksa menghentikan kayuhan ini lantas pulang semula ke kereta. Sempat berbual dengan sorang pemandu jentera berat dan beliau memaklumkan beberapa laluan yang di tolaknya, insyaallah kegagalan misiku ini akan ku lengkapi selepas ini.
Hari Raya Haji: Ahad - 05 Oktober 2014
Alhamdulillah tahun ini sekali lagi pejabat aku antara yang mendapat sumbangan lembu yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir. Sebanyak 455 ekor lembu disampaikan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pejabat Daerah, Pejabat Parlimen, Pejabat ADUN dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk diagih-agihkan pula. Majlis penyerahan diadakan di Pusat Latihan Rela Bukit Selambau pada 02 Oktober 2014.
Terima Kasih Dato’ Seri semoga tahun hadapan dapat lagi
Proses penyembelihan dan gotong royong melapah daging sebelum diagihkan
No comments:
Post a Comment