Translator

Tuesday, August 20, 2013

Permulaan Kayuhan Selepas Ramadhan

Tarikh  :  17 Ogos 2013, Sabtu     
Rider    : 2 Orang
Lokasi  :  Charok Tok Latah, Jitra, Kedah.
Coordinate : N6° 17.109 E100° 28.848      
Ketinggian :  214 meter

Selepas lebih sebulan aku tidak mengayuh, hari ini berpakat dengan Zn Gerek Baru untuk mengunjungi semula laluan disekitar Gugusan Bukit Payung. Gugusan bukit bukau yang melatari Jitra. Laluan ini sudah pernah dikunjungi oleh beberapa rakan. Hampir semua kawasan disini telahpun dirintis oleh Geng Adihariman dan Md. Nasron untuk penganjuran Kedah Jamboree pada tahun 2009 (1 Ogos 2009). Jadi target kami untuk menjejaki semula kesan-kesan rintisan yang di buat oleh mereka, mencari semula bakat-bakat laluan (tetapi laluan kami berbeza sedikit orientasinya).

Kami bermula dari dusun bapa saudaraku di Charok Tok Latah dengan mengikuti denai melalui dusun milik Tan Sri Tajuddin Ramli. Laluan disini agak cerah kerana ada pengusaha memugar tanah untuk tanaman semula getah. Walaubagaimanapun ada beberapa tempat ditumbuhi rumput kerana jarang-jarang dilalui.

Misi aku sebenarnya adalah untuk mencari lokasi matair yang keluar dari rekahan batu. Sampai disatu pondok kami berehat sebentar. Aku bersendirian meninjau laluan dan alhamdulillah niatku terkabul kerana menjumpai lokasi mata air tersebut. Air yang segar keluar mengalir dari rekahan batu dan ditadah.

Memandangkan aku mempunyai urusan dan kenduri yang perlu ditandang, maka aku mengajak Zn balik apabila berada hampir dengan rabung di atas bukit ini. Walaupun kayuhan ini sebagai pemanas badan dan ia adalah pembuka tirai baru kerana  beberapa laluan akan kami selidiki dibeberapa lokasi.

P8172581

Melintasi dusun milik Tan Sri Tajuddin Ramli (bekas pengerusi eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS)

P8172583

Cantik pemandangan

P8172600

Melintasi bekas anak sungai yang kering

P8172590

Bukit belakang sana pernah ku terjahi

P8172594-horz

Berehat dipondok

P8172598

Waa.. dalam hutan pun ada peti ais (siap berkunci)

P8172596

Setelah meninjau akhirnya Misi ku berjaya. Kutemui jua matair yang segar ini.

P8172604

Zn sedang meniti di atas kayu balak yang tumbang

P8172608

Zn mengajak untuk ke pondok di atas sana pula

P8172619-horz

P8172621

Lurah & lembah

P8172624

P8172643-horz

Alam yang menghijau

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...