Translator

Tuesday, August 27, 2013

Kayuhan Jalanan, Pendakian Pendek, Tinjauan Jauh

Tarikh  :  24 Ogos 2013, Sabtu     
Rider    :  Sendirian
Lokasi  :  Jitra, Kedah. 
Jarak  : 33 km
Ketinggian :  62 meter

Hari ini membawa hardtailku layan tarmac bagi mengembalikan rentak kayuhan dijalanan. Aku kayuh bersendirian kerana perlu menyesuaikan masa untuk menghadiri beberapa  kenduri dan aktiviti. Berbekalkan tripod dan beberapa peralatan, memulakan kayuhan pada jam hampir 8.00 pagi dari rumahku di Titi Gajah ke Bukit Pinang melalui Lengkuas – Derang – Kampung Bukit - Lubuk Batu – Padang Teja – Alor Rambai – Kepala Bendang – TTG.

Di pertengahan jalan aku melihat sebuah bukit yang menarik untuk didaki. Bukit yang telah ditarah untuk tanaman semula getah. Nasib baik jumpa tuan tanah lalu aku meminta izin memasuki kawasan untuk ke puncak yang setinggi ±62 metar sahaja. Dari puncak aku dapat melihat beberapa buah bukit lagi sambil meninjau dari kejauhan dan mencari-cari ‘letaknya’ untuk episod seterusnya …

P8242700

bermula di laluan Tarmac. Tripod berfungsi untuk aksi ini

P8242669

Berada di sebuah kolam di kaki bukit

P8242672

aku mengelilingi bukit ini dahulu sebelum berjumpa dengan tuan tanah untuk memohon izin ‘masuk’ kawasan

P8242678

Pemandangan di sana. Bukit Bukau yang melatari Jitra

P8242687

Tanah rata dipuncak

P8242677

Luas pandangan – hampir 30 minit aku meninjau kawasan menikmati pemandangan. ‘Memahami’ lokasi bukit-bukit  di sana

P8242688

laluan turun yang agak curam

P8242695-horz

Di sebuah kuari pasir berhampiran Kampung Rambai. Aku bercadang untuk menyeberangi sungai ke Kampung Padang Hasan namun tidak kesampaian kerana ada sedikit masalah pada bot/feri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...