Wednesday, July 31, 2013

NeXo: Memuliakan Ramadhan Menyantuni Anak Yatim

Tarikh  :  20 Julai  2013, Sabtu  
Lokasi  :  Kampung Sadik, Kupang, Baling, Kedah
Coordinate :  N5 36.656 E100 50.780

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak NeXo melaksanakan satu aktiviti  amal yang dikenali sebagai ‘Seikhlas Budi Bersama Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Nur-Hidayah’. Satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan penyerahan bantuan/ derma kepada Persatuan ini. Program ini dikoordinasikan oleh saudara Shumi (NeXo 71) dengan dibantu ahli dari Pulau Pinang dan Baling.

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Miskin Nur Hidayah ditubuhkan pada penghujung bulan Mac 2011. Ia dikendalikan oleh keluarga Tuan Haji Bakre Bin Yaakob yang bertindak sebagai Timbalan Pengerusinya. Bermula dengan menumpangkan 4 orang anak yatim dirumah mereka, kini bilangan anak yatim telah meningkat kepada 24 orang. Anak-anak ini berusia dalam lingkungan 9 tahun hingga 16 tahun. Mereka ini kebanyakkan berasal dari kawasan berhampiran (hanya 2 orang yang datang dari Alor Setar dan Pendang). Kini Persatuan sudah mempunyai bangunan sendiri yang serba lengkap bahkan mempunyai van untuk menghantar anak-anak ke sekolah berhampiran.

Bagi mereka yang berminat untuk memberi bantuan atau derma bolehlah menginfaqkan ke akaun Pertubuhan iaitu:-

Bank Islam 0204 80100 5040 3
Maybank 5520 4010 1532

Atau menghubungi Tuan Haji Bakre Bin Yaakub di talian:- 019-4635 079 atau 013-4367977(Setiausaha)

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Nur Hidayah
No. 116, Kampung Sadik
09200, Kupang, Baling
Kedah Darulaman

Tel/Fax: 04-4761 394
Facebook: Pertubuhan Kebajikan Nur Hidayah

Untuk makluman Pertubuhan ini mendapat kelulusan Potongan Cukai Pendapatan dari pihak LHDN (Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.7082)

IMG_1267-horz

Agenda 1: Menampal sticker Event

IMG_1273

Regroup @ BKE

IMG_1284

Merancang tataletak buffet

IMG_1288

P7202225

Majlis penerimaan ahli baru Nexo 140 - Riduan b Hassan

IMG_1297

Upacara menampal sticker 140

IMG_1306

Jamuan Berbuka

IMG_1314-horz

Persiapan untuk berbuka

IMG_1318-horz

Perghhhhh ..sodap ni

IMG_1329

Penghuni rumah anak Yatim Nur Hidayah

IMG_1324

IMG_1340

Sumbangan

P7202229

P7202234

Tahlil sebelum berbuka

No comments:

Post a Comment