Translator

Friday, July 05, 2013

Kayuhan Muhibah Bandung: Road To Tangkuban Perahu Offroad To Cimahi

P6200606

Tarikh  :  20 Jun 2013, Khamis     
Laluan  : Kota Bandung – Lembang - Tangkuban Perahu - Jayagiri - Cimahi
Jarak   :  ± 52km 
Coordinate :  S6 45.702 E107 37.052 (Tangkuban Perahu)   
Ketinggian  :  ± 1855 meter

PERHATIAN : Waktu dinyatakan adalah waktu MalaysiaBandung Day 1

Hari ini hari pertama kami  memulakan kayuhan di Bandung. Selepas sarapan dan menunggu rakan Triple C (bergambar dan berkenalan) kami memulakan kayuhan pada jam 7.45 pagi. Kayuhan permulaan di dalam Kota Bandung yang sentiasa macet (sibuk). Manakan tidak, dengan kepadatan lebih dari 2.3 juta penduduk dan Kota ketiga terbesar di Indonesia yang juga menjadi  ibu kota Provinsi Jawa Barat. Terpaksa menyelinap dicelah kenderaan dijalan utama sebelum dibawa oleh Kang memasuki laluan suburban yang kurang sesak (Pasir Muncang Maribaya). Laluan mendaki yang selesa diselang seli dengan kelompok basikal yang sering menggunakan laluan ini. Setelah hampir 10km kami berhenti rehat di Warung Bandrek Sepeda BHHH 2 (S6 50.909 E107 37.572) di Jalan Dago Giri, Bandung. Warong ini menjadi tempat singgahan geng sepeda. Disini menikmati kuih Balok dan cincau organik yang diperah limau ke dalamnya.

Setelah 15 minit berehat kami menyambung perjalanan dengan mendaki lagi yang melalui jalan-jalan yang menarik pemandangannya disamping dapat melihat secara dekat kehidupan penduduk di sini. Apa yang menarik dilaluan ini ialah jalan-jalan kampung ini dikenakan tol oleh penduduk tempatan untuk tujuan penyelenggaraannya. Setelah ± 10km barulah kami bertemu semula dengan jalan utama (Raya Lembang – Cikole) dan berhenti di Kawasan Rehat Cikole Jayagiri. Bermula dari sini laluan semakin kurang kenderaannya dan kesejukan sudah mula terasa. Ini kerana kami sudah berada pada ketinggian lebih dari 1,300 meter. Kayuhan mendaki  yang dingin dan dinaungi oleh pokok pine.  Pendakian yang sederhana curam dalam suasana berkabus. Pada jam 1.00 tgh kami tiba dipuncak Tangkuban Perahu.

Disini aku menikmati keindahan alam Ciptaan Ilahi yang mengkagumkan.  Hasil dari letusan gunung berapi mewujudkan kawah-kawah. Ada sembilan kawah, Kawah Ratu merupakan kawah yang terbesar, dikuti dengan Kawah Upas yang terletak bersebelahan dengan kawah Ratu (masing-masing berdiameter 1,000 meter dengan kedalaman kawah 400 meter). Beberapa kawah mengeluarkan bau asap belerang, bahkan ada kawah yang dilarang untuk dituruni, karena bau asapnya mengandung racun. Aku dimaklumkan bahawa kawasan ini ditutup dalam bulan Mac lalu ekoran letusan dari kawah ini yang mengakibatkan abunya bertebaran di sekitaran. Untuk makluman Gunung Tangkuban Perahu ialah sebuah gunung berapi yang masih aktif. 

Pukul 2.00 pm barulah turun semula ke kawasan Parkir Bas. Penurunan yang sungguh menerujakan kerana downhill yang laju. Dari parkir kami mengambil keputusan untuk ke Cimahi dengan mengikuti laluan offroad Jayagiri. Perjalanan melalui off road ini kami menjimatkan jarak hampir 12 km disamping mengelak mengikuti laluan yang sama bila balik .

Laluan ofroad di dalam kawasan pokok pine dan disulami dengan pohon kopi. Laluan yang menarik dengan berbagai drop akar yang menguji kecekapan. Dengan basikal hardtail sudah tentu keseronokkan terbatas ditambah lagi laluan yang licin. Laluan sejauh ± 6km dan seterusnya laluan jalanraya yang menurun sehinggalah kami tiba ke Hotel Tjimahi (S6 52.665 E107 32.912) pada jam 5.20 pm.

Antara Team Triple C yang mengiringi kayuhan kami, sentiasa mengambil berat

Mulanya bervest

CP1 – ada yang lekat brek dah!

Hampir separuh perjalanan perlu mendaki

Warong Bandrek & Kue Balok - Tempat persinggahan geng sepeda.

Kuih Balok adalah kuih tradisional yang popular di Jawa Barat. Kue balok adalah campuran dari tepung terigu, gula, telor, air dan mentega lalu bahan campurannya dimasak dengan cara dibakar dengan menggunakan arang hingga kecokelatan. Rasanya manis dan ada aroma harum seperti apom/baulu.

Nun disana Gunung Tangkuban Perahu. Diberi nama kerana puncaknya datar dan memanjang, mirip bentuk perahu.

Tol jalan kampung Lagensari (2000 utk mobil)

P6200595

Bayaran masuk ke Wisata Tangkuban Perahu adalah berbeza .

Tiket Pengunjung Nusantara(local):
    Pengunjung Nusantara Rp. 13,000/orang
    Kendaraan Roda Dua Rp. 5,000/kendaraan
    Kendaraan Roda Empat Rp. 10,000/kendaraan
    Kendaraan Roda Enam Rp. 20,000/kendaraan

Tiket Pengunjung Mancanegara (Pelancong luar):
    Tiket Perorang Rp. 50,000/orang
    Tiket Roda Dua Rp. 7,500/kendaraan
    Kendaraan Roda Empat Rp. 15,000/kendaraan
    Kendaraan Roda Enam Rp. 25,000/kendaraan

P6200597

Disini tempat parkir bas sebelum pelancong diangkut naik dengan mobil : Rp 3.000/orang

Pemandangan ke dasar Kawah Ratu

Lagenda Tangkuban Perahu  bersangkutan dengan Sangkuriang. Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan tampak seperti perahu terbalik, kononnya akibat dari tendangan Sangkuriang  hingga telungkup (telungkup dalam bahasa sunda = tangkuban)  akibat kegagalannya menyiapkan perahu dalam masa semalam sebagai syarat untuk menikahi Dayang Sumbi yang juga adalah adalah ibu kandungnya. Tetapi…  Lagenda pasai kawah?

Kalau ke sini  pasti akan di kerumun oleh penjual yang menjual souvenir dengan harga yang sangat-sangat mahal. Jadi janganlah terpedaya dengan pujuk rayu mereka. Aku  buat ‘donno’ jer dan alhamdulillah tidak mereka mengejarku. tetapi rakan-rakanku sentiasa diekori dengan dipujuk rayu untuk membeli barangan.

Aku suka menghayati alam, bersendirian merayau ke satu tempat yang menarik dan bergambar dengan sesuatu yang unik. Pohon ini menjadi tarikan kerana akanku adaptasi ke bonsaiku

Ulala … DH yang menerujakan

Offroad bermula dari kawasan Parkir bas (dekat surau)

Offroad di Hutan Jayagiri – banyak drop akar yang menarik. Jimatkan jarak

Rumah tol

Makan tengahari yang lewat ala Padang

5.15 petang disambut oleh Kang dan isterinya di Hotel Tjimahi


CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah

1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...