Monday, July 22, 2013

NEXO: XPDC Gua Gunung Keriang

Tarikh  : 29 Jun 2013, Sabtu  
Lokasi : Gua Gunung Keriang
Coordinate :   N06° 11.266 E100° 19.722  
Peserta : 9 Nexorian

Aktiviti menjelajahi Gua Gunung Keriang ini dikoordinasikan oleh NeXo(123) Puan Azira dan suaminya(Wadi). Seramai 9 orang ahli Nexo menyahut cabaran ini dengan disertai oleh 2 orang penunjuk jalan( E & D). Kami berkumpul di Muzium Padi pada jam 9.30 pagi dan bersarapan bersama.

Kami memulakan perjalanan pada jam 10.20 pagi. Kami memasuk melalui muka gua disebelah hadapan Muzium Padi(Kampung Gunung Hilir) . Walaupun terdapat menara yang dilengkapi dengan lif yang sudah siap dibina namun ianya masih belum beroperasi maka kami terpaksa mendaki hampir setinggi 80 meter untuk masuk ke dalam Gua utama yang telah tersedia pelantar pejalan kaki. Aku pernah menjelajahi Gua disini dalam tahun 2011 lalu(KLIK SINI), namun penjelajahan kali ini adalah secara songsang dari penjelajahan aku dahulu.

Perjalanan kami diteruskan dengan memasuki gua bagi mengunjungi batu buaya dan batu nisan seperti kubur. Disini ia dikenali sebagai gua angin (kerana semua angin akan bertumpu ke sini)atau dikenali juga sebagai gua buaya. Kali ini tidak banyak lubang yang  perlu ‘dironot’. Suasana yang agak panas dan udara di dalam gua yang agak berdebu. Banyak tempat sudah dibongkar oleh pencari batu kristal, ia mencacatkan satu anugerah yang tidak ternilai di sini. Hampir 1½ jam kami menelusuri gua ini yang sepanjang ±700 meter dan akhirnya kami tembus keluar ke sebelah sana pada jam 12.00 tgh. Berehat seketika sambil menikmati bekalan makanan yang disediakan dihadapan terowong angin yang menyejukkan badan. Kemudian sambung perjalanan memasuki Gua Langsir pula sebelum turun  ke kawasan parkir. Alhamdulillah  selamat tiba ke bawah pada jam 1.30 ptg dan menikmati makan tengahari yang disediakan di gerai dalam kawasan Muzium Padi.

Ada beberapa lokasi lagi yang kami tidak sempat pergi seperti Gua Kalat, Gua Gong,  Gua Pelamin yang terdapat batu seperti pelamin (sudah tidak mempunyai bentuknya kerana sudah terhakis), sirih junjong dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya program sebegini amat besar faedahnya kerana ia satu riadah yang menyihatkan, merapatkan ukhwah disamping mempelbagaikan aktiviti kelab.

9 Ahli yang menyertai:-

Nexo 01 – Fendi Nexo 22 - Nasrol Hadi Nexo 43 – Azman Mat Ripin
Nexo 46 – Fahmi Nexo 52 – Romzi Nexo 71 – Shumi
Nexo 78 – Pudin Nexo 120 - Ahmad Nizam Nexo 123 – Azira(Wadi)

Bacaan doa dipimpin oleh Al-Ustaz Shumi AlBalingan

Pelantar di atas menara

di muka Gua Utama Gunung Keriang – 8 yang berjaya

Menuruni ke perut gua

bersedia untuk menerobos gua

Mendaki untuk memasuki gua

meniti titian usang

beberapa kawasan sudah dibongkar – menghilangkan keaslian semulajadinya

Kononnya kubur(???) – disebelahnya lubang yang dikorek oleh pencari batu kristal

Batu Kepala Buaya – Rasanya tiada siapa yang berani untuk ketuk dan ambil batu ini. Ada kisah misteri disini

Menjumpai kristal

Mendaki tangga

Keluar dari gua – Berehat & menikmati udara dingin dari saluran udara

bersedia untuk ke Gua Langsir pula

Dimuka gua Langsir dan di dalamnya

Tamat penjelajahan – mula nak turun ke kaki bukit

SELAMAT … berehat di Laluan ke Puncak

Menikmati juadah tengahari bersama keluarga

Kolam & Gua berhampiran tokong. Kononnya ada sungai bawah tanah yang bersambung hingga kelaut dengan kolam ini. Katanya nama gua kerbau. Ada tempat seperti katil diberi nama ‘katil Mahsuri’ dimana kalau mendaki ke gua tersebut(sama sendat) untuk balik/keluar terpaksa terjun ke dalam kolam ini

No comments:

Post a Comment