Wednesday, February 16, 2011

Gunung Keriang: Xplorasi Gua Di Hari Maulidul Rasul

Tarikh  :   Selasa – 15 Februari 2011 – 12 Rabiul Awal 1432
Misi:       Meneroka Gua Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah DA
Peserta:  8 orang: Hairi, Sharin, Saiful Anuar, Along, Angah, Art TTBC dan Pudin.

Semasa kecil penulis sering diceritakan tentang mitos dan mistiknya gunung keriang ini. Tentang lagenda sumpahan ‘Kelembai’ dan batu-batu menyerupai manusia(pengantin di dalam guanya dll). Apabila remaja, penulis semakin teringin untuk mendaki gunung keriang apabila membaca beberapa buku, tetapi tiada rakan yang sejiwa untuk aktiviti  “meragas” gunung, lalu penulis menyertai Persatuan Rekreasi Kedah (ReKe – hujung 80an) juga tidak berpeluang mendaki gunung keriang ini (walau beberapa gunung yang jauh telah didaki).

Minggu ini penulis tidak mengayuh akibat demam, tetapi apabila rakan yang kayuh pada hari Sabtu lalu memaklumkan bahawa ada cadangan untuk terokai gunung, terus sahaja hubungi saudara Hairi biar demam belum kebah sepenuhnya.

Xplorasi bermula pada jam 9.15am dari kawasan parkir, menelusuri kawasan kubur dan terus mendaki menghampiri gua langsir dan seterusnya memasuki gua dengan bantuan Saudara Zul sebagai jurupandu berjaya membawa kami keluar dan tembus  ke sebelah sana(muzium padi) pada jam 11.30am. Masih ada beberapa tempat lagi yang belum diterokai seperti ‘pokok sireh’ lokasi batu bersanding, gua tengkorak, gua kalat,  kolam di lantai gunung yang airnya jernih lagi sejuk.

NOTA: Untuk menjelajah gua di sini,  adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat jurupandu tempatan yang mahir dengan laluan di dalam gua.

AKHIRNYA TERCAPAILAH IMPIANKU SEJAK KECIL

Lagi Gambar di facebook

 IMG_7130

Sebahaian peserta: dari kiri Sharin, Saiful, Art TTBC, Hairi, Along dan Angah

IMG_7137

IMG_7139

Pendakian bermula

  IMG_7140

Ada pondok rehat .ada jua yang sudah kecundang dipertengahan jalan

 IMG_7144

Gua Langsir: permulaan untuk menyusup

IMG_7150

IMG_7153

IMG_7158

di dalam gua

IMG_7171-horz

 IMG_7173-horz

IMG_7177-horz

Gelap: perlukan lampu suluh

IMG_7175-horz

IMG_7197-horz

IMG_7186-horz

Cantik! Beberapa bentuk batu yg menarik lagi unik

 IMG_7217-horz

IMG_7225-horz

Cabaran: sebahagian laluan perlu merangkak dan menyusup dan muat seorang sahaja. Ada yg mengalami Claustrophobia? ..Penulis ada terfikir untuk menyerah tetapi memikirkan bahawa tidak akan alami pengalaman ini, maka gagahkan jua ..

 IMG_7247-horz

Sudah keluar dari gua tembus ini.. berada dalam gua yang terbesar sekali.

IMG_7265-horz

ada pembangunan dari kerajaan negeri dengan menyediakan tangga. masih dalam pembinaan. NAnti pengunjung boleh naik lif sebelum memasuki gua ini

 IMG_7259

Berjaya - Explorer …Pudin, Hairi, Zol(penunjuk arah), Shahrin, Art, Saiful dan Angah(anak sdr. Hairi)

Menarik! itulah ucapan yang diluahkan – pasti ku datang lagi

 IMG_7272

 IMG_7269

GUA INI ADALAH  ANUGERAH ILAHI YANG TAK TERNILAI
MARILAH SAMA-SAMA HARGAINYA

2 comments:

  1. hi, new to the site, thanks.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Very informative. Ini Warisan Bangsa kita. Tolong jaga ya.

    ReplyDelete