Tarikh: 4 – 5 Feb 2011
Misi: Ke Setoi (Makan daging salai) dan balik
Tidur yang tiada gangguan, bangun dengan cergas, bersarapan kuih kacang gorengan makcik Hasnah dengan secawan kopi. Sengaja bertanya harga minyak masak disini - RM6.00 per kilo(biar btoi ni).
Awal pagi menjelajahi pulau kecil ini, melawat pantai-pantai dan sekolah. MEninjau laluan berbukit yang mungkin ada potensi(hmmm). Pukul 10.00 bersedia nak balik, alamak feri terlepas. Terpaksa menaiki bot laju pada jam 11.00am yang menghenyak dan melambungkan basikal kami(lajuuu). (Tiket feri boleh digunakan untuk naik bot laju ini)Kena bayar RM5.00 lagi kat depa(Ishhh mudah buat duit nooo) kerana bawa basikal. Bot ini singgah dibeberapa kepulauan spt Koh Mulut untuk menurunkan dan mengambil pelancung dan kami tiba di Pak Bara Pier pada jam 12.45pm
1.00 tgh makan tgh di tepian pantai Pak Bara dan seterusnya mengayuh sejauh 60km menghala ke Satun. Singgah dibeberapa Pot MTB, spt Tarutao Bike dan Satun Bike. Tidak sempat ke Muzium Satun yang merupakan kediaman Ku Din(Tengku Kudin – Raja Setoi). Untuk makluman untuk memasuki ke muzium ini akan dikenakan bayaran sebanyak THB200.00 seorang.
Menghala ke hotel Rean Nam yang sungguh selesa dgn bilik yang luas(VIP room) yang cuma berharga RM45.00 jer. Malam keluar berjalan-jalan sekitar bandar Setoi yang agak lengang. Tetapi ia kaya dgn kepelbagaian makanan yang menarik lagi sedap.
Awal pagi esoknya bersarapan di Kedai Pak Lid (Pot Satun Bike Corner). Satun Bike Corner adalah team asal yang kemudiannya berpecah kpd beberapa team lain lagi. Pot ini juga menjadi pot burung dan pot larian marathon. Pak Lid sememangnya kuat, dalam usia 61 tahun beliau dan teamnya memenagi tempat ke 3 dalam kejohanan marathon tempohari. Berjumpa juga dengan Kavee Pathan seorang jaguan Satun dalam arena MTB. Katanya baru balik kayuh dari Wang kelian(keluar sejak jam 5.30am lagi). Beliau adalah wakil Satun dalam siri MTB race Thailand.
UNTUK MAKLUMAN: pada 11 Februari 2011, Satun Free Ride akan kembali, iaitu acara berbasikal mengelilingi pekan Satun (T –Shirt akan diberikan – penyertaan percuma).
Selepas sarapan menziarahi Pok Yed, salah seorang rider Satun(veteran) yang lumpuh akibat kemalangan(dilanggar oleh motor semasa ber MTB). Pukul 10.00am, Kami mula mengayuh lagi sejauh 50km menghala pulang ke Wang Kelian dan tiba di tanah air pada jam 12.15tgh .
Secara keseluruhannya kayuhan ini memang menarik dan apa yang mencabar apabila terpaksa berlawan dengan rintangan angin dan terik panas matahari.
Bang Ronn dan Restorennya
Kepelbagaian warna dan aura
kanak-kanak sekolah
Sempat lagi tu…cikgu sekolah ban ko adang
Menuju ke ponton
12:45tgh – selamat Kembali ke darat
Tiada duit … mai sini
Kensom
Pekan Chalung: Pemandangan biasa di sini
Pot Tarutao Bike : Pengurunya saudara Zol dari Chiengmai
Rumah Ku Din Ku Meh: Raja Setoi
Hotel Rean Nam: VIP Room RM45.00 jer
Pergh .. daging salai sendiri ..ala steam boat di Negara Restoren
Tukang buat murtabak : sedap murtabaknya ada sikit kelainan
Pasar makanan
Al-Ikhwan: legasi Al Arqam – restoren dan hotel – nampak cantik
Bersama Pak Lid .. di Satun Bike Corner
Kavee sedang tarik ..perghhhh laju
11:35am - Sudah tiba di Thaleban national Park
No comments:
Post a Comment