Thursday, February 10, 2011

Bonsai: Pemangkin dari Sahabat

Tarikh: 09 Feb 2002

Lokasi: Titi Haji Deris, Alor Setar Kedah

Sudah lama penulis menyepi dalam  arena bonsai. Lama benar tidak menjengah rakan-rakan. Hari ini kebetulan ‘outstation’ ke Pendang singgah sebentar ke kedai saudara Mohd. Rizam Bin Ali di tepi sungai. Wow, nampak keazamannya dalam seni bonsai, walau banyak pokoknya dahulu sudah hilang dicuri, namun beliau bangun semula, bahkan kini ramai pengikutnya (dah jadi sifu). Mempunyai daya kreatif yang tinggi, pengamatan yang halus, ketertiban dalam kerjanya menjadikan bonsainya nampak kemas dan rebutan beberapa penggemar bonsai.

Melihat sahaja hasil kerjanya, timbul kembali semangat. Petang tadi mula menjengok pokok penulis yang sudah lama tidak diubahsuai. 

Beliau boleh dihubungi di:

  Kg. Titi Haji Idris

  Tajar, Alor Setar

  Kedah Darul Aman



No. Tel. 013-4148 966

 

Premna yang didapati dari pantai Kuala Kedah(area kawasan Kayuhan Jelapang)

 

 

Potnya berkarya bersama rakan di waktu malam – Buxus(hongyiang)

 

Cucur Atap((Beackea Frutescens): bernilai tinggi, hanya dan banyak diperolehi di Terengganu

 

Shimpaku – antara juniper yang bernilai & Juniperus chinensis (Chinese Juniper)

  

Tunggul bebuas pulau yang diperolehi dari lokasi sebuah pulau di pantai barat

No comments:

Post a Comment