Tuesday, February 08, 2011

Koh Lipe & Satun: Menuju Pulau

Seawal pagi jam 5.30am bertolak dari Alor Setar ke Wang Kelian dan parkir kereta di Taman Negeri Perlis di Wang Kelian. Jam 8.00 pagi kami memulakan perjalan ke sempadan yang jaraknya hanya ±2km untuk urusan imigresen. Kebetulan tidak ramai yang beratur untuk memasuki sebelah ‘sana’ .  Kayuhan merentasi kawasan Taman Negara Thaliban dgn pemandangan rumah-rumah tradisional melayu yang berdindingkan kelarai. ±20km berhenti untuk sarapan disebuah perkampungan melayu. Penduduk disini hanya berkomunikasi dalam bahasa Thai dan Art TTBC memang kemahirannya amat diperlukan disini.

Kali terakhir penulis ke sini ialah dalam tahun 2003 lalu. Namun tidak banyak perbezaan dan perubahan lanskapnya, cuma jalanraya kini dalam proses pembesaran(mungkin akan jadi 2 lorong). Kayuhan kami dengan kelajuan 22 – 30 km/j dan hanya berhenti dibeberapa tempat kerana perlu mengejar masa agar tidak terlepas feri nanti.

Setelah 80km mengayuh, maka kami pun tiba di Pak Bara pada jam 12:30tgh dan terus menaiki feri ke Koh Lipe. Tambang dikenakan RM90.00 dan basikal RM5.00 seorang untuk perjalan pergi dan balik. Kami tiba di pulau pada jam 3.05pm dan terpaksa menggunakan bot kecil pula untuk menghampiri pantai.

Mendarat sahaja di pulau, terpukau dengan pasir yang memutih dan pelancung yang ramai terutama dari Eropah. Terus sahaja kami menelusuri laluan utama iaitu ”Walking Street” untuk menuju ke Chalet yang telah ditempah iaitu di Bonus Chalet. Alangkah hampanya kami apabila penjaga chalet memaklumkan bahawa chalet telah penuh(mereka menggunakan konsep siapa dulu dia dapat kerana kebanjiran pelancong). Penjaga tersebut mempelawa kami tidur di wakaf sambil menghidangkan air.

Setelah berbincang, Abang Ronn menghubungi Diana(rakannya) bagi mendapatkan pilihan lainnya. Alangkah leganya apabila diberitahu masih ada chalet yang kosong dgn harga RM40.00 sahaja. Tetapi dengan harga tersebut keselesaan janganlah diharap. Chalet itu hanyalah rumah usang dengan keluasan 8 x 10’ sahaja dan hanya terdapat sebuah tilam. Tiada pilihan terpaksa menerimalah –( kalau tahu awal pasti kami bawa khemah. ) Terpaksa kongsi tilam queen size bertiga dan Art TTBC tidur dilantai.

Setelah berehat seketika, kami bersiar dipantai menikmati alam sambil melihat matahari terbenam. Malamnya selepas makan kami bersiar di pantai melihat aktiviti malam yang hidup sampai ke pagi. Suasana tidaklah bingit denga musik keras, hanyalah muzik jazz dan reggae berkumandang dan pastinya buat kami lena lebih lelap lagi. Sekiranya datang waktu bulan penuh, pasti dapat melihat ‘full moon festival’ dari penduduk tempatan.

Sepanjang jalan utama dipenuhi dengan kedai-kedai cenderahati, kedai makanan, kedai alatan menyelam, kedai urut, internet cafe, kedai tatoo dan pastinya beer dihidangkan secara meluas.

Makanan halal tidak jadi masalah, kerana ada ramai peniaga dari Setoi(Satun) yang menjalankan pernigaan disini tetapi harganya mmmmahal lohhh..

Koh-Lipe-map-karta

 

Sabermula: Dari atasnya sebuah Taman di Indera Kayangan

 

Banyak rumah-rumah tradisional melayu berdinding kelarai masih kelihatan disini

 

Pekan Khuan Don – Persimpangan ke Hadyai/Satun

 

Bukit Lima beradik.. ‘qiang’ dan ketahanan diuji

 

12.15pm : Jambatan di pekan Langu

Nak sampai & Jeti

 

Atas feri

Transit dengan bot kecil untuk ke pantai

 

Selamat mendarat

Di jalan utama

 

Restoren dan chalet kawan Abang Ronn .. Dicadangkan Singgah kesini untuk tempahan bilik dan makan, boleh berbahasa Melayu dan makanan halal

 

Di hadapan Bonus Chalet

 

Wakaf ini dipelawa untuk tidur

  Dibelakang sekali  adalah chalet kami.. bersama Makcik hasnah(caretaker) , pernah bekerja di Penang

 

keluasan chalet kami - satu katil share 3 orang – seorang dilantai, basikal dalam bilik air

 

Apapun .. ayat diatas diambil kira

Roh Dtee dari Terbilang Satun – RM6.00 + kopi

 

Maghrib menjelang – wah ..banyaknya ORBS

 

BAnyak SPA dan Thai Massage ..ini yang menarik perhatian

Mat Saleh Main api .. jaga-jaga jangan terbakar diri!

IMG_6999-horzIMG_7009-horzIMG_7035-horz

Siangnya ronda satu pulau dengan basikal

No comments:

Post a Comment