Tarikh : Sabtu, 11 Oktober 2014
Jarak :
Max Elev : ± 210 meter
Rider : 2 orang – Pudin dan Cik Li
Coordinate:
Hari ini aku dan saudara Azali MARA sekali lagi meninjau ke sebuah Bukit yang kenali Bukit Kubur Anak Dara (hmmm … ??? ) oleh penduduk tempatan. Ia masih di dalam gugusan Bukit Payung, Jitra. Kayuhan ulangan yang singkat untuk tingkatkan stamina. Sememangnya aku pernah ke sini bersama Zann GB tetapi kali ini laluan nampak elok dan tidak semak.
Awal kami mulakan kayuhan ± jam 7.30 pagi. Aku perlu tamatkan kayuhan sebelum jam 11.00 pagi kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Dari kawasan dusun kami bermula, menusuri denai yang agak cerah lantas memasuki kebun getah yang bersih. Sedikit pendakian sebelum aku menuruni ke kawasan lembah yang indah. Sepanjang kayuhan didendangkan dengan nyanyian alam dari bunyian air (dari charok) yang mendamaikan jiwa jika dihayati. Suasana pagi ini yang nyaman lagi dingin. Kayuhan kami terhenti disebuah pondok yang disebelahnya mengalir anak sungai yang bersih. Terletak betul betul dilembah dan dikelilingi oleh bukit. Rehat seketika menikmati alam sebelum berpatah balik dan mendaki bukit sehingga berjumpa pondok di kawasan tanaman semula getah pada ketinggian ± 200 meter. Disini indah panoramanya diselebungi kabus dan nampak nun disana berbalam-balam bukit bukau di sebelah kawasan Padang Terap. Sempat berbual dengan tuanpunya kebun getah ini sambil bertanya khabar akan laluan sekitarnya. Jam 9.30 pagi kamipun balik semula ke kereta. Jarak kayuhan yang pendek namun pendakian dan laluan cantik menjadikan kayuhan ini menarik. Kayuhan ini juga sebagai satu persediaan fizikal dan latihan pendakian sebelum kembaraku ke Kathmandu pada minggu hadapan. Insyaallah.
deruan air sepanjang laluan ini
Menuju Lembah – ada pondok dihujung sana
Disalah satu charok ..di atas sana penduduk memasang paip untuk dapatkalan bekalan air bersih
Jom ke sana – Cik Li berminat dengan teres di Bukit sana
Kawasan tanaman getah muda
Peti sejuk di sebuah pondok di dalam hutan ??
Mandikan basikal
No comments:
Post a Comment