Tarikh : 17 – 25 Oktober 2014
Rider : 6 Orang (Pudin, Adi Hariman, Saiful Azman, Rohizam, Mohd. Noor & Zafizal)
Jarak : ± 400 km
Lokasi : Kathmandu, Nepal
Kathmandu menjadi pintu masuk udara yang pertama jika memasuki Nepal. Menjadi Ibu negara Nepal dan adalah kota terbesar. Berada pada ketinggian 1,350 m dari paras laut. Berkeluasan lebih dari 500 km persegi ( 25km panjang dari barat ke timur dan 20km lebar dari utara ke selatan) terletak di lembah yang dikelilingi oleh banjaran gunung yang tinggi. Berkepadatan penduduk seramai 2.5 juta orang atau 10% kepadatan negara Nepal.
Awal Pagi yang lengang sibuk di petang – Jalan berbatu lagi berdebu
Jalan yang sempit dan tidak lengang, habuk menusuk hidung dan jalan yang rosak kurang berturap. Pemandu yang loklaq tetapi mahir, penduduk yang berjalan mundar mandir dilaluan yang bahaya dengan selambe tanpa mempedulikan bahaya pasti membuat kita tercegat seketika sambil beristighfar dan sesekali sekala tersembur jua makian. Di Kathmandu aku cuma jumpa satu lampu isyarat, yang lainnya di jaga oleh Pak Polisi.
Kota yang penuh dengan nilai sejarah dan hampir semua Tapak Warisan Dunia di Nepal terletak di sini. Diberi jolokkan ‘The city of Temples and Chiming Bells’ dan bak muzium besar dipenuhi dengan gudang kesenian Hindu dan Buddha dengan kuil dan tempat ibadat per sq dari mana-mana tempat lain di dalam dunia hingga ada tanggapan ‘as many temples as houses’. Disini juga hanya terdapat “The Living Goddess” yang dikenali sebagai ‘Kumari’ (KLIK) seorang gadis sunti yang dipilih melalui ritual atau kaedah tersendiri dan disembah oleh penganut Hindu dan Budha di Nepal. Mereka mempercayai Kumari sebagai jelmaan Dewi Durga(Talegu). Dewi ini akan ‘mengosongkan’ dari tubuh Kumari apabila gadis ini pertama kali datang haid dan Kumari baru akan dipilih.
Kumari 2014: Samita Bajracharya is a 12-year-old
Cuaca yang nyaman, sejuk sederhana sepanjang tahun dan sesuai untuk berkunjung pada bulan Sept – November dan Feb – May.
Faces Of Nepal
Nepal adalah tempat pertembungan budaya. Menjadi penghubung antara China dan India, maka kepelbagaian penduduk dengan lebih dari 60 etnik dan 92 bahasa yang dituturkan. Bagai sendi yang menghubung dan memisahkan dua negara ini dan lantas kesannya mempelbagaikan adunan budaya dan bangsa. Kulit penduduknya seperti campuran dua dunia, India & China. Kulit yang cerah bersih seperti orang Cina, namun matanya tidak sepet sebaliknya galak dengan senyuman manis seperti orang India. Senario keseluruhan buminya yang punya pengaruh India dan sesekali tampak kegemilangan budaya China pada pakaian dan gaya masyarakatnya. Wajah wajah bak Benggali, Arab, Monggolia, India, Pakistan bahkan iras Melayu pasti akan dijumpa di sepanjang jalan dan tempat (yang sebenarnya adalah penduduk Nepal bila disapa). Bahasa Inggeris boleh difahami (Oh! My English) dan Bahasa Nepali menjadi bahasa rasmi tetapi Hindi juga dipertuturi.
Duit Malaysia memang diterima kerana semakin ramai yang datang berkunjung & pergi bekerja di Malaysia. Banyak pusat Penukaran Wang bersedia menerima Ringgit. Tukaran ± RM1.00 bersamaan 29.35 Rupee(Npl) namun jika pandai kecek (nego) dapatlah tinggi lagi (aku dapat 29.49). Thamel street menjadi syurga membeli belah barangan outdoor yang murah dari kualiti setara tetapi tidak ori. Kemahiran menawar amat diperlukan tetapi carilah kedai harga tetap, pasti anda tidak akan terkilan.
Syurga membeli barangan outdoor – lain kali pi bawa sehelai sepinggang sahaja
Waktu di Nepal lebih kurang 2 jam 15 minit lewat dari waktu malaysia dan Zon waktu nya ialah NPT (UTC+5:45). 7 pagi sudah terang sekali namun waktu beroperasi kedai antara jam 9.00 pagi dan pejabat kerajaan dibuka pada jam 10 pagi dengan 6 hari bekerja dan Sabtu adalah hari cuti.
Output voltage di sini ialah 220V AC frekuensi antara 50-60Hz. Kepala plug berbentuk bulat, maka travel adapter diperlukan. Untuk makluman bekalan elektrik sentiasa terputus/dipadamkan terutamanya pada waktu siang. Hotel atau kedai banyak bergantung kepada generator untuk menjana kuasa elektrik. Internet no hal lah, kebanyakan hotel tersedia WiFi bahkan kedai-kedai makan juga menyediakan perkhidmatan wifi ini.
Makanan Tibet
Kedai cookies dan roti muslim
Makanan halal? Tidak perlu risaulah, ada satu kawasan komuniti islam yang menjual daging halal yang menjadi tumpuan penjual makanan halal. Ada Restoran Al Madinah (N27° 43.033' E85° 18.731'), Restoran Al Mekah (N27° 43.051' E85° 18.757'), Restoran Bismillah (N27° 43.054' E85° 18.738') yang menyediakan masakan ala india dengan biryani kambing, Tandori dan kari manakala Restoran Potala menyedia masakan Tibet yang terletak sepelaung dari Hotel kami. Kebanyakan restoran muslim terletak di Thamel Street. Ada 2 masjid utama dan sebuah musolla di Thamel street bersebelahan Restoran Bismillah.
Setiap hari kari, biryani & Tandoori
Bersambung …..
Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride
Tertunggu story nepal.Akhirnya. Saya tak jadi p. Baca entri bang pudin mcm sendiri yang sampai.Kikikiki.
ReplyDeleteTQ Md Doha ... dok cari idea nak cerita, mungkin ambik masa pasai nak sampaikan fakta, harap jangan la lupa
ReplyDeleteFuh ! Impian tu nak kayuh kat Nepal. Basikal sewa ke bang ?
ReplyDeleteBasikal sendiri .. basikal disana mahal ..kalau Hardtail 20USD sehari kalau Fullsus USD40... sewa motor (skuter)lebih murah lagi 2 hari +-1000 Rupee atau RM30.00 ja
ReplyDeleteMenarik. Boleh kongsikan berapa RM anggaran bajet ekspedisi. Terima kasih.
ReplyDeleteKos Keseluruhan kami ke sana lebihkurang RM2100 seorang untuk tempoh 7 hari (all-in) ..Boleh lihat Perancangan dan Bajet di http://saifudin-mtb.blogspot.com/2014/10/kathmandu-kembara-bumi-himalaya.html
ReplyDelete