Tarikh : 18 Oktober 2014
Route: Kathmandu – Patan Durbar Square – Kirtipur – Kathmandu(KTM)
Jarak : ±35km
Coordinate : N27° 40.403' E85° 19.582'
Day 2
Pukul 7.00 pagi kami sudah bersedia dihadapan Hotel. Sementara menunggu Bashu dan rakannya membawa kami mengelilingi Kathmandu(KTM), kami cuba menelusuri jalan di pekan ini untuk mencari masjid. Ternyata sukar juga mencelah di lorong-lorong sempit yang sesak dan padat dengan penduduk. Akhirnya kami berjaya juga menjumpai Masjid Jamik Kathmandu (N27° 42.409' E85° 19.029') di Durbar Marg. Masjid kedua terbesar di Nepal yang dikenali juga sebagai masjid India. Ada papan tanda yang menyebut ia sebagai ‘Nepali Jame Masjid’. Di kawasan masjid ada madrasah dan sekitarnya ada kedai-kedai menjual barangan keperluan muslim dan makanan halal.
Dihadapan masjid Jame Nepal; Bersama trekker yang sama naik flight – mereka akan ke Annapurna
Jam 9.00 pagi kembali ke Hotel bertemu Bashu dan terus ke Restoran AlMekah (N27° 43.051' E85° 18.757') untuk sarapan. Sesampai kami ke retoran tersebut, alamak ia masih belum bersedia dengan hidangan. Namun taukenya berusaha menyediakan roti dan kari untuk sarapan pagi kami. Jam ±10.00 pagi baru memulakan kayuhan dan lokasi pertama ialah ke Patan – Durbar Square (N27° 40.403' E85° 19.582') yang terletak ±6 km dari Hotel. Apa yang menarik di Patan ini ialah ia merupakan kota tertua dan penuh dengan budaya dan peninggalan silam. Ia menjadi Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf UNESCO sejak tahun 1979. Untuk masuk ke kawasan ini dikenakan bayaran:-
- Pelancong Tempatan | 100 Rupee ± RM3.00 |
- Pelancong Luar | 500 Rupee ± RM15.00 |
Diperkarangan Old Royal Palace
Di setiap empat penjuru kota Patan terdapat stupa yang kononnya dibina oleh Maharaja Asoka. Tarikan utama sekitar Patan Darbar Square ialah Muzium Patan, Bhimsen Temple – kuil yang pertama - terletak bertentangan dengan Istana Diraja, Shiva (Bishwanath Temple), Krishna Temple, Water tap @ Mangga Hiti (kepala pancor seperti naga yang mengalir keluar air) dan lain-lain lagi. Apa yang menarik perhatian aku ialah Old Royal Palace yang dibina sekitar abad ke 17. Tiang tiang kayu yang berukiran menjadi perhatian ramai pengunjung. Aku tidak memberi perhatian sangat kepada beberapa ukiran walau sememangnya aku meminati seni ukiran melayu. Hairan melihat beberapa anak muda kelihatan mengambil gambar close-up beberapa ukiran. Setelah Bashu memberi penerangan diluar barulah diketahui bahawa tiang-tiang ini diukir dengan ukiran Kamasutra (Hah! …macam nak masuk balik). Sepanjang berada di sini ada beberapa upacara ritual dilakukan jadi aku kurang memberi perhatian dan pemerhatian kepada monumen dan persekitaran(Juga ada perasaan bosan melihat benda yang hampir sama).
Menuju Kirtipur
Bagh Bhairav Temple – ada upacara memperingati perkahwinan
Setelah mengelilingi kota ini, seterusnya kami menuju ke Kirtipur (City Of Glory) yang berkeluasan 14 Hektar dan ± 8km dari Kathmandu. Ia adalah kota purba yang menyimpan banyak sejarah silam Nepal yang penting. Dihuni oleh majoriti puak Newari dan terdapat banyak kuil disekitarnya. Dari puncaknya boleh melihat panorama indah lanskap alam semulajadi termasuk Kathmandu. Kami singgah ke Bagh Bhairav Temple (N27° 40.759' E85° 16.603') yang menjadi tempat suci 2 agama di sini. Kuil harimau yang dibina untuk Dewa Bhairav. Memang ada ritual sedang dilakukan dan kami ke hujung kuil untuk melihat panorama alam.
Gerbang menuju Uma Maheshwar Temple
Kemudian ke Uma Maheshwar Temple (N27° 40.807' E85° 16.496') yang dibina dalam tahun 1673. Perlu mendaki tangga batu untuk temui Kuil ini yang berada di puncak lembah Kirtipur diketinggian 1414 meter. Kuil yang berbentuk pagoda dan dijaga oleh 2 patung Ganesh(Gajah). Disini kami berehat seketika di sebuah Restoran sambil menikmati pemandangan indah.
Kemudian kamipun kembali ke bawah dengan mengikuti jalan-jalan sempit diperkampungan dengan rumah lama yang turut menjadi perhatian juru foto sebagai subjek. Kami mengambil keputusan untuk membatalkan lawatan ke Monkey Temple, Kumari Temple dan beberapa tempat lagi kerana kesuntukan masa dan lapar. Jadi terus singgah ke Restoran AlMekah menikmati makan tengahari yang lewat dan selepas itu balik ke bilik untuk berehat menanti aktiviti esok pula.
Awal pagi di Thamel Street – Lengang
Sendiri redah – mencari Masjid
Kesesakkan bermula – kenderaan lalulang dicelah peniaga & pejalan kaki
Pancuran air di Durbar Square
View Point Restoran
Pemandangan Lembah Kathmandu
Dicelah bangunan di Kirtipur
BERSAMBUNG ….
Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride
Macam baca sebuah ebook pengembaraan, best, gambaq hd. Print buat buku lah bang pudin. :-)
ReplyDeleteHa ha .. Sebuah Travelog buat catatan dan peringatan untuk diri sendiri dan kongsi pengalaman
ReplyDeleteDear Friend,
ReplyDeleteThank you so much for your Blog and writing more detail about the tour highlights and Picture of mine.
Bashu Thapaliya
http://www.nepalfootprintholiday.com