Monday, November 17, 2014

Kembara Himalaya: Kakani - CountrySide Ride

Tarikh :  23 Oktober 2014     
Route: Kathmandu – Mudkhu – Tinpiple - Kakani – Kathmandu(KTM)
Jarak : ± 45km
Coordinate :  N27° 48.942' E85° 14.835'

Hari ini hari Deepavali (Malaysia sambut awal sehari). Suhu semakin menurun pada paginya (± 14°C) dan nyaman pada tengaharinya (± 22°C). Pagi yang lesu keluar dari Kathmandu menuju Kakani. Kakani terletak ± 29 km ke Baratlaut Kathmandu. Seperti Nagarkot ia adalah lokasi untuk menikmati panorama lanskap pergunungan alam dan melihat keindahan matahari terbit dan terbenam. Boleh melihat beberapa puncak yang berdiri megah seperti Ganesh Himal (7,111m), Manaslu (8,163m), Garuishanker (7,134m) dan Annapurna (8,091m). Adunan alam yang indah dengan latarbelakang pergunungan dan lembah, pepohon pine yang tumbuh meliar di lereng gunung dan perkampungan tradisional yang terserlah dengan penduduk yang ramah menjadikan daya tarikan ke Kakani.

Menempuhi laluan tanah tinggi yang indah dengan tanjakan dijalan berturap. Hari ini jalanraya agak  kurang sesak dengan kenderaan tetapi padat pada kenderaan awam (ramai bercuti dan balik kampung kot sempena Deepavali). Kayuhan penuh dengan warna warni alam dan penduduk, di beberapa kawasan ada perayaan dan sambutan sempena Deepavali seperti tarian dan sebagainya.

Selepas menikmati pemandangan banjaran Himalaya kamipun turun dengan mengikuti laluan offroad. Kayuhan disajikan dengan  pemandangan tanaman padi.

Untuk makluman padi merupakan makanan asasi rakyat Nepal dan menjadi tanaman utama(± 50%) dalam sektor perladangan. Ia ditanam di pelbagai bentuk rupabumi dari kawasan kaki gunung hingga ke kawasan tanah tinggi. Tanaman skala kecil bukan berbentuk perladangan dan masih menggunakan teknologi tradisional. Aku berpeluang melihat secara dekat cara penanaman padi, menyentuh dan merasai sendiri padi sambil  berbual dengan beberapa petani. Ada juga petani yang mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan sulaman tanaman bunga-bungaan dan ternakan kambing atau lembu.

perkampungan tradisional sambil disapa oleh penduduk yang ramah

Tanah tinggi yang indah

Menyaksikan pentas Bollywood dari penari genit dipertengahan jalan

offroad - Downhill

Menuai padi secara tradisional

Mudahalih - Alat pemisah padi dari tangkai

Kayuhan diiringi beberapa ekor helang yang berterbangan


Pautan Kembara Berkaitan

1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram     
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride

No comments:

Post a Comment