Tarikh : 18 Oktober 2014
Route: Kathmandu – Malekhu Khola – Mugling - Kathmandu
Jarak : ±230km ± 16km(berakit)
Coordinate : N27° 50.724' E84° 39.649'
DAY 5
Nepal adalah antara destinasi bagi pecinta Alun Jeram(rafting). Terdapat 16 lokasi sungai dikenalpasti untuk aktiviti sebegini dengan beberapa gred kesukaran tersedia untuk di cuba. Mengambil kesempatan untuk mencuba aktiviti ini, maka Trisuli River dipilih oleh kami (beginner) untuk mencabar alam, mengharung jeram dan menikmati keindahan alam. Jaminan keselamatan diberikan dan sungai ini dikatakan gred 3+. Trip ini sesuai untuk semua orang bermula dari kanak-kanak berusia 5 tahun hingga dewasa berusia 70 tahun. Bayaran sebanyak USD 35 dikenakan meliputi pengangkutan pergi balik dari Kathmandu ke Malekhu Khola, makan minum dan perlatan rafting. Kami dikenakan caj sebanyak USD30.00 kerana tidak mahu pakej bersekali dengan makanan.
Seawal pagi kami dijemput dari hotel dan berjalan kaki ke perhentian bas. ± Pukul 7.15 pagi bas bertolak membawa kami melalui Jalanraya Pritivi Rajmanga menuju ke arah Pokhara. Jalan berbukit yang berbengkang bengkok dan dipenuhi lori dan kenderaan. Pemanduan disini sungguh kasar lagi gelojoh. Perjalanan sejauh 98km memakan masa hampir 5 jam disajikan dengan pemandangan tanah tinggi yang indah tetapi sangat membosankan.
Kami diturunkan disatu kawasan perkampungan (N27° 50.724' E84° 39.649') yang menjadi tempat permulaan untuk berakit. Disini sudah ada beberapa orang pelancong yang turut ingin mencuba alun jeram ini. Setelah selesai mengisi borang ‘lepas tanggungan’ dan memakai kelengkapan, kamipun berjalan ke tebing sungai yang sudah tersedia beberapa buah rakit. Setiap rakit akan dimuatkan 8 orang dan alhamdulillah 2 orang warga Timur Tengah bersama dengan kami. Sebelum bermula kami diberi penerangan dan taklimat keselamatan oleh petugas. Rakit kami turut diiringi dan diawasi oleh petugas berkayak bagi memastikan perjalanan kami selamat dan lancar.
Sesungguhnya perjalanan berakit melalui beberapa jeram cukup menarik. Menyusuri sungai ini dengan pemandangan bukit bukau yang sungguh cantik dan pantai yang berpasir halus lagi putih. Merentasi beberapa buah jambatan gantung yang panjang, menyaksikan air terjun yang turun ke sungai dan dipenghujung kelihatan cable car yang menuju ke Tokong Hindu Manakamana yang berada di atas bukit. Tak terasa penat walau 4 jam bertarung melawan jeram sejauh ±16km. Kami berhenti rehat dibeberapa tempat bahkan dapat berenang di dalam sungai yang dingin airnya. Perjalanan kami berakhir berhampiran pekan Mugling (N27° 51.408' E84° 33.689'). Alhamdulillah ada kedai muslim disini, maka dapatlah melapik perut sambil menunaikan kewajipan.
Classification of rivers CLASS I Easy. Small rapids, fast moving water with riffles and small waves, few obstructions, minimal risk to swimmers and possibility of self-rescue. CLASS II Novice. Gentle straightforward rapids with wide and clear channels and slight manoeuvring required. CLASS III Moderate. Exciting rapids with irregular waves and hazards, strong eddies and current and skilled manoeuvring required. CLASS IV Very difficult. Raging rapids, powerful manoeuvring required and turbulent water flow. CLASS V Extremely difficult. Long and very violent rapids with several hazards, unavoidable waves and holes or steep, congested chutes with complex demanding routes, high degree of danger to swimmers, expertise and reliable high quality equipments required for safe passage. CLASS VI Unrunnable. Extremely difficult rapids, high chances of death and destruction of equipments and very slim chances of rescue. |
Air terjun yang turun ke sungai
dua orang rakan dari Timur tengah – bekerja di Dubai, Hussain dan Amru
Tenang Mengemudi
Tersasar ke tepi – pelancong dari Rusia dan China
Berehat seketika di pantai
Suspension Bridge sejauh 100 meter
Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride
Haiii
ReplyDelete