Friday, October 17, 2014

Kathmandu: Kembara Bumi Himalaya - Prawacana

Tarikh  :  17 – 25 Oktober 2014    
Rider    : 6 Orang (Pudin, Adi Hariman, Saiful Azman, Rohizam, Mohd. Noor & Zafizal)
Jarak   :  ± 400 km 
Lokasi  :   

Kathmandu ialah ibukota Nepal sebuah negara yang dikenali sebagai Bumbung Dunia(Roof Of the world) . Terletak pada ketinggian 1,400 meter dari paras laut dikelilingi oleh Tanah Tinggi Himalaya yang terbentang melingkari negaranya. Bertuahnya Nepal kerana puncak tertinggi di dunia terletak di atas muka buminya iaitu Gunung Everest (8,848 meter) yang menjadikan salah satu tarikan utama pelancong mengunjunginya.

Kembara kami ke Kathmandu bermula secara berseloroh apabila kami membeli sleeping bag semasa kembara Bandung dahulu. Tidak sangka gurauan ini menjadi kenyataan selepas kami balik dari Kembara Bandung dan memilih Kathmandu untuk episod trip seterusnya.

Bajet

Persiapan pertama kami adalah dengan mempelawa sahabat Great Adventure Team Malaysia (GATM) untuk ke sana disamping mempersiapkan anggaran belanjawan.  Tenyata 6 orang menyahut seruan.

Bajet permulaan kami adalah seperti berikut:-

  • Flight KL – Kathmandu – RM740
  • Sport Equipment – RM85 x2 = RM170
  • Food – RM24
  • Flight AS – KL – RM55
  • Sport Equipment RM50x 2 – RM100
  • Total = RM1089

     Ground Arrangement

  • Hotel Twin Sharing (RM30 x 7 nights) = RM210
  • Food/Supplement/Drinks – RM30 x 8 days = RM240
  • Guide on motocross for 4 days (RM100 x 4) share with 6 person = RM67
  • Transport RM300 share with 6 person = RM50
  • Total = RM567
  • Everest Sight seeing – USD 170 per head = RM600
      Total = RM2,061

Kemudian mengkaji masa dan tarikh yang sesuai untuk berkunjung kesana dan memilih peralihan ke musim sejuk (kerana cuaca yang terang dan tidak hujan) dan Oktober 2014 menjadi pilihan (17 – 25 Oktober 2014)

Tiket Penerbangan

Perkara utama yang kami sering lakukan adalah mendapatkan tiket penerbangan murah dengan menunggu tawaran harga murah dari Air Asia. Kami berjaya mendapatkan harga RM790.00 (harga purata) perjalanan dari Alor Setar – Kuala Lumpur – Kathmandu (pergi balik). Basikal diklasifikasikan sebagai sport equipment dikenakan caj seorang seperti berikut: -

           Sport Equipment AS - KL - AS

120.00

           Sport Equipment KL - KTM - KL

200.00

Visa

Untuk memasuki Nepal, visa diperlukan. Boleh saja uruskan Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Nepal, tapi  kena susahkan diri dengan beratur panjang untuk tempoh tertentu (2jam ooo). Memandangkan kami berada di Kedah, maka kami memohon sahabat untuk menguruskan permohonan ini dan dikenakan caj sebanyak RM130.00 seorang. Urusan boleh dibuat di jabatan imigresen depa yang terletak di alamat ini

Nepal Embassy, suite 13A.01, 13th Floor, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang.

Rujuk http://www.nepalembassy.com.my/en/services_visa.html untuk panduan, peraturan dan kadar harga harga untuk Visa.

Trek

Kami menjalin silaturahim dengan beberapa rakan yang pernah ke sana bagi mendapat sedikit gambaran, panduan dan nasihat. Disamping itu kami add beberapa sahabat dari Nepal. Setelah menilai beberapa perkara kami memilih Thaphaliya Bashudev sebagai rakan kayuhan dan penunjuk jalan disana. Beliau mengenakan caj sebanyak USD40 sehari untuk group kami. Trek yang akan dilalui akan dibincang di sana nanti.

Penginapan

Kami tempah Apartment 2 bilik tidur melalui Booking.com di Trekkers Home yang terletak di Chaksibari Marg,Thamel, 44600 Kathmandu dengan kadar RM1,800 untuk 7 malam

SEMOGA LANCAR PERJALANAN KAMI, INSYAALLAH

P9277127

Setiap perancangan sentiasa dibuat dalam mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa

Final Meeting (11/10/2014)di Rumah Adi Harriman dihadiri semua yang akan ke Kathmandu bagi memuktamatkan semua persiapan

15/10/2014 –21:00 - kerja-kerja pembungkusan basikal dibuat di rumahku


Pautan Kembara Berkaitan

1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride

No comments:

Post a Comment