Tarikh : Selasa, 25 Disember 2012
Lokasi : Pekan Satun, Mueang Satun, Satun 91000, Thailand
Coordinate: 6°36′53″N 100°4′5″E
..bersambung
Dari Wong Sai Thung aku kembali ke pekan Satun dan bermalam di hotel Rin Nam House Resort (Coordinate nya : N06° 36.588’ E100° 04.509’) yang terletak di Sarit Phuminat Road. Hotel ini berdekatan dengan sungai dan bilik penginapanku agak selesa, luas lagi murah (THB400).
Untuk makluman wilayah Satun adalah wilayah Islam dan hampir 75 peratus penduduknya adalah Melayu Islam, jadi tiada masalah mencari makanan dan masjid disini. Malamnya kami keluar meronda sekitar pekan Setoi(Satun). Pekan yang agak sederhana besar dan malamnya tidaklah terlalu sibuk.
Singgahan pertama kami ialah ke pasar malam yang terletak di SatunTanee 3 (Coordinate: N06° 36.988’ E100° 03.976’). Pelbagai makanan yang halal dijual termasuk kuih-kuih tradisional Melayu Setoi. Selepas itu kami ke Restoran Negara (Coordinate: N06° 36.878’ E100° 04.014’) untuk menikmati makan malam. Disini tidak melepaskan peluang menikmati daging salai disamping masakan lainnya. Restoran terletak berhampiran dengan Masjid dan tidak silap aku di Sarit Phuminat Road juga.
Pasar Malam dengan pelbagai juadah makanan
Restoran Negara: Menikmati daging salai
perubahan semasa.. kini daging salai dibakar dengan dapur letrik