Tarikh : 14 – 16 Mac 2012
Lokasi : Taman Negeri Royal Belum, Perak
Tujuan : Trekking & Berakit.
Setelah lama merancang akhirnya kami sepakat untuk melaksanakan impian untuk mengunjungi ke satu kawasan yang merupakan khazanah alam yang berusia lebih dari 130 juta tahun iaitu Taman Negeri Royal Belum (Royal Belum) yang seluas 117,500 hektar di Daerah Hulu Perak, Perak.
Untuk makluman, Royal Belum terletak ke utara dari Jambatan Tasik Banding dan kalau ke selatan(Tasik Temenggor) ia dikenali sebagai Lembah Belum. Taman Negeri Belum ditubuhkan pada tahun 2000. Bulan Julai 2003 Hutan Belum diberi taraf DIRAJA oleh Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Pada 3 Mei tahun 2007, Kerajaan Negeri Perak melalui Enakmen Perbadanan Taman Negeri 2001 telah mewartakan Hutan Belum sebagai Taman Negeri Royal Belum.
Aku pernah ke sini dalam bulan Januari lalu tetapi hanyalah berlegar sekitar Pulau Banding sahaja. KLIK SINI
Trip ke Belum ini disertai oleh 7 orang kebanyakan adalah geng kayuh gerek iaitu:-
- Alias D’Pallas - Ketua
- Sham Radix
- Pudin TTG
- Cikgu Wan
- Zul Air Force
- Kang Daud &
- Abid D Photo
Perancangan selama 3 hari 2 malam untuk menikmati keindahan alam dengan aktiviti jungle trekking, melawati perkampungan orang asli, mandi sungai dan tasik, melihat bunga pakma@rafflesia, melawati sira haiwan dan lain-lain lagilah
3 kali bermesyuarat merancang dan persiapan untuk ke sana. Bayaran sebanyak RM300.00 seorang untuk perbelanjaan keseluruhan trip ini. Duit ini hendaklah dilangsaikan pada minggu ke 2 sebelum perjalanan dimulakan. Bagi sesiapa yang hendak menarik diri, maka duit tersebut akan hangus.
Untuk makluman, untuk masuk ke Belum memerlukan permit khas yang perlu dipohon seminggu sebelum ke sana. Bayaran sebanyak RM15.00 seorang dikenakan. Yang mambawa pancing akan dikenakan fee RM5.00/pancing dan begitu juga kamera = RM5.00/unit
Persediaan
Kebanyakkan dari kami tidak ada pengalaman untuk trekking. Maka terpaksalah menyelak beberapa laman web dan bertanya sahabat yang sering memanjat bukit. Di sini disertakan sedikit panduan kelengkapan asas untuk makluman diriku dan rakan-rakan untuk masa hadapan:-
1. Ukur kemampuan diri – Jika anda rasa tak mampu, jangan dok ‘tebiang’, anda akan berjalan di dalam hutan meredah onak, mendaki dan menurun bukit untuk tempoh lebih dari 4 jam sehari dengan mengalas barangan keperluan =>15kg. Pastikan diri anda ‘fit’. Oleh itu stamina hendaklah ada dan dibina.
2. Sabar – dari permulaan tentu ada sahaja karenah dan ujian.
3. Haversack (beg galas) – carilah yang bersesuaian. Kalau boleh muatannya > dari 45liter. Kalau ada duit beli yang ada nama dan berkualiti. Hak askar punya - berat woooo. Kalau segan nak galas, bawak beg tarik.(tarik la sepanjang jalan dalam utan tu)!!!
4. Kasut – kami pakai kasut ‘motong’ jer. Beli kat kedai hardware ± RM5.00 jer. Performance, wow setanding ngan kasut jenama ternama…
5. Pakai tight sebelah dalam untuk elak melecet paha, juga untuk mengelak pacat menyusup mencari pasangannya.
6. Pakai base layer jer(lengan panjang) … eg sub skin
7. Bawa Khemah/hammorck
8. Bawa poncho – boleh jadi selimut, lapik dan baju hujan juga bumbung
9. Bawa Sleeping bag – aku tak guna langsung – berat muatan jer..
10. Lampu suluh .. malam-malam nak ronda dan penyuluh ketika gelemat
11. Botoi air kosong – untuk isi air. Pada mereka yang rasa segan/takut nak keluar pada malam hari apabila sudah penuh pundi kencing - boleh boh dalam botoi tu
12. Kami pakai lampu karbat ..cerah sampai pagi, tak larat nak tambah kayu api
13. Maggie – seorang 6 bungkus
14. Beras seorang 1 kilo
15. Ikan bilis, ikan kering, sardin, roti …. Peti ais, almari meja makan kerusi kalau rasa nak bawa pun boleh gak
16. Peralatan nak makan seperti pinggan, cawan, sudu garpu,
17. peralatan nak masak – messtin, periuk, dapur dan tong gas (shell – 20kilo na!)
18. pisau atau parang
19. cokelat atau korma.. boleh guna waktu lapaq sangat ..pemberi tenaga
Pendek kata bukanlah mencari keselesaan di dalam hutan (Kalau nak selesa kena dok hotel la) merasai cara kehidupan yang ‘simple’
Encik,laluan trekking di sana mencabar tak?
ReplyDeleteLaluan mendatar dan tahap sederhana
ReplyDeleteTerima kasih encik 👍😍
Delete