Wednesday, March 21, 2012

Gajetku: Canon S100 - Meningkatkan Kamera

large_s100_front_silver

Tarikh  :  19 Mac 2012 = 25 R.Akhir 1433

Kamera adalah sebahagian dari hobiku. Aku mempunyai DSLR(Canon EOS 60D), namun aku sering menggunakan kamera kompak sahaja iaitu Canon EOS S95 dalam semua acara kerana ianya ringan, mudah dan cepat. Ianya sentiasa tersisip dipinggangku dan sentiasa dibawa ke mana sahaja aku pergi.

Baru-baru ini, kamera ini yang telah aku gunakan selama hampir 2 tahun telah rosak apabila tenggelam di dalam air semasa berakit di hutan Royal Belum tempohari. Terasa sangat kehilangannya, lantas aku terpaksa mencari pengganti baru. Beberapa pilihan di senaraikan :-

1. Canon PowerShot G1 X 
2. Canon EOS S100  
3. Canon G12   
4. Nikon AW100 (waterproof & shockproof) 
5. Nikon COOLPIX P300   
6. Olympus XZ-1  
7. Panasonic LX5

Rujuk perbandingan di SINI

Setelah mempertimbangkan dari segi kualiti gambar, cara penggunaan, teknologi, saiz dan harga maka aku memilih kamera kompak Canon EOS S100. (G12 & G1 X: besar gedabak)

(RM1.4K)

S100 Vs S 95

Perbandingan spec antara S100 & S95image

image

Lain kali kalau nak main air, aku perlu pakai housing ni, harganya? fuhh riban gak

No comments:

Post a Comment