Tarikh : 24 Mac 2012
Lokasi : Kampung Guar, Satun, Thailand
Anjuran: Kelab Sukan & Rekreasi Kedah Medical Centre(KMC)
Peserta: 46 orang
Jarak : ± 63 km
Projek amal yang julong kali yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi KMC di Thailand. Diramaikan lagi dengan beberapa team seperti Bank Rakyat, Airod, Kolej Komuniti dan lain-lain lagi.
Team kami(Team Bank Rakyat) terdiri dari 6 orang iaitu Man Bank Rakyat, Pudin TTG, Adihariman, Din Merida, Sumi dan Nasir Motocross.
Team KMC bertolak dari KMC pada jam 7.oo pagi. Kami pula bertolak berasingan dengan 2 buah kenderaan dan menanti terus di pintu sempadan Wang Kelian, Perlis.
Usai segala urusan imigresen, taklimat dan doa, kayuhan bermula pada jam 10.00am. Perjalanan kami diiringi oleh pihak Polis Thailand dan beberapa buah kereta ‘backup’.
Perhentian pertama kami ialah di Masjid Abu Bakar As-Sidik, Guar Petai, Khuan Don (± 22km). Di sini aku berjumpa dengan ustaz Ahmad yang merayu pada saudara seislam di Malaysia menyumbangkan sedikit dana bagi membeli tanah untuk menambun kawasan yang diatasnya terdiri asrama wanita(Madrasah Darul Ma’arif).
Tiba di Satun pada jam ±11.30am dan terus ke Pejabat Pentadbiran Mukim, Ban Khuan, Satun. Di sini ada program pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung yang rata-rata adalah orang Melayu beragama Islam bahkan bertutur bahawsa Melayu slanga Kedah. Sambutan yang hangat dari penduduk tempatan yang mengharapkan bantuan perubatan ‘halal’ dari saudara mereka dari Malaysia.
Kami disambut meriah. Program seterusnya ialah gotong royong mengecat pagar kubur(kena ikhlas baru dapat pahala ooo). Selepas itu dijamu dengan nasi dan makanan Satun yang sememangnya enak. (Makan sampai ‘sengkak’. Dijamu dan makan sampai nak balik laaa. )
Sesungguhnya sambutan dari penduduk kampung sememangnya meriah, apabila aku ke masjid berdekatan, disapa dan diajak berbual bahkan diajak makan lagi.. Huu terasa macam dok di kampung halaman lak. Manakan tidak, suatu ketika dahulu Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Tanah Melayu, dikenali sebagai Mukim Setul. Atas sebab tali persaudaraan yang sememangnya sudah tersemai menyebabkan ikatan kemesraan dan persaudaraan sentiasa ada.
Sedikit sejarah Satun .. KLIK SINI
LAGI GAMBAR DI FACEBOOK
04.45pm – 22/03/2012, Taklimat Kayuhan di KMC
9.30am – Di sempadan Malaysia/Thailand
Yea! Fixie pun ada ..
Doa dibaca ..
Bilik Bacaan Dato’ Nazri, Di Madrasah Maarif, Masjid Abu Bakar As-Sidik, Guar Petai, Khuan Don. Ramai orang Malaysia memberi sumbangan ke sini. Ustaz Ahmad mengajak melawat kawasan madarasah ini.
Pemeriksaan Kesihatan kepada penduduk Kampung
Bak kata sahabatku ..mai Siam semua sedap .. sememangnya makanan Setoi sedap
Aluan
papan kenyataan menceritakan
Di Masjid Kampung Guar
3.45pm – Kayuh pulang ke pangkal jalan
Thale Ban
Selesai cop
No comments:
Post a Comment