Wednesday, March 28, 2012

Royal Belum: Melangkah Masuk

IMG_8405

Hari Pertama

Tarikh  :  14 Mac 2012 
Lokasi  :  Sungai Ketir, Taman Negeri Royal Belum, Ulu Perak

Di saat akhir, Sham Radix menarik diri lantaran urusan yang tidak dapat dielakkan. Tinggal kami berenam meneruskan trip ini.

13/03/2012, jam 10.30pm kami bertolak dengan 2 buah kenderaan. Pemanduan santai dan tiba di Jeti Awam, Pulau Banding pada jam 2.30am(14/03/2012). Mencari tempat parkir yang sesuai di hadapan Pengkalan Polis Marin Pulau Banding lantas lelap sahaja di padang rumput. (Nota: membentangkan poncho sebagai alas dan selimut)

Sehingga jam 9.00am gerai makan masih belum dibuka, meneruskan perjalanan tanpa sarapan. (Nota: roti gardenia dan ‘roti mayat’ menjadi alas perut.)

Hujan kebelakangan ini menyebabkan air di Tasik Banding naik hingga membanjiri gerai-gerai di Jeti awam ini. Walaubagaimanapun ada kebaikkannya kerana air yang banyak menyebabkan kami dapat memudik ke hulu melewati Base Camp terakhir di Sungai Kejar (jimat masa dan kudrat ± 1.5 jam perjalanan.)

Melawat pulau x-ray bagi melihat bunga rafflesia yang masih belum berkembang dan melawat perkampungan orang asli suku Jahai. Ada antara mereka yang masih gemar tinggal di rumah yang dibina sendiri(natural) berbanding tinggal di rumah yang agak moden yang dibina oleh pihak kerajaan.

Sebelum masuk ke Royal Belum, perlu melaporkan kepada petugas di pusat pemeriksaan Taman Negeri di sebuah pulau khas. Setelah melewati Kem Sungai Kejar, memudiki Sungai Perak dan  pengemudi bertungkus lumus mengelak bot berlanggar batu sungai, jam 11.45am kami tiba di tempat pemunggahan.

Jam 12.00 tgh mula trekking. Singgah dibeberapa tempat melepaskan lelah dan memasak maggie(Nota: maggie mudah dimasak cepat dimakan..Kurma dan Coklat menjadi pengalas dan pemberi tenaga). Jam 3.00pm baru tiba di tapak perkhemahan kami  berdekatan Sungai Ketir. Terus memasak untuk makan tengahari sambil menyiapkan tapak perkhemahan dengan memasang khemah, hammork, mencari kayu api dan lain-lain lagi.

Jam 9.00pm, bergerak trekking malam sambil mengintai kijang dengan ditemani lampu picit (Nota: lampu basikal dan headlamp digunapakai). Kelam gelemat apabila berada di dalam hutan dan yang unik dan indah apabila lampu dipadam dan mata mula membiasakan dengan suasana, dapat melihat dedaun kayu yang gugur bercahaya. (tindakbalas dari kulat)

12.00am , baru tiba ke khemah semula lantas mencari ‘bantal’ buat meletak kepala untuk mencari pengalaman baru esoknya! Unggun api semakim malap, lampu kabat menerangi hingga ke pagi (Nota: bawa 2 unit lampu dan beberapa bungkus kabit(Kalsium Karbida @ CaC2)

Pengalaman berjalan malam di dalam hutan sememangnya memerlukan kepekaan kepada persekitaran disamping perlu mahir dengan selok belok hutan.

IMG_8258

9.00am sudah bertolak tapi masih belum bersarapan

IMG_8264

9.15am di Pulau X-ray nak lihat bunga pakma berkembang

IMG_8269-horz

CP oleh pihak Taman Negeri Belum

IMG_8274-horz

IMG_8282

Di Perkampungan orang Asli suku Jahai

IMG_8277-horz

antara rumah tradisi & rumah diberi

IMG_8289

dari kiri: Kang Daud, Abid, Pudin TTG, Zol, ketua suku Jahai, Alias dan Cikgu Wan

IMG_8290

Back 2 basic

IMG_8291

Kem Sungai Kejar(Kem terakhir sebelum memasuki Belum)

IMG_8300-horz 

12.00 tgh mula gerak dengan mengalas beban

IMG_8310 

Di sira Rambai(salt lick)

   IMG_8319-horz

Ketika letih dan lapar semuanya sodap

IMG_8328-horz 

Pasang khemah

IMG_8341-horz 

Nak p Mengendap kijang

No comments:

Post a Comment