Sempena Tahun Melawat Perak 2012
Apabila melintasi Ipoh dalam perjalanan ke Kuala Lumpur @ Selatan(Lebuhraya Utara Selatan) pasti aku menoleh melihat Gunung Tempurong dan bertanya bilakah aku akan ke sana untuk menjelajah gua Tempurong.
Namun kini, tidak lagi ‘mengejar masa’ bahkan aku akan ‘mengambil masa’ terutama apabila bersama keluarga. Pulang dari KL aku membawa keluargaku untuk sama-sama menikmati keindahan gua yang merupakan gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia.
Gua ini terletak ± 21km dari Tol Gopeng. Beralamat di Batu 16 ½, Jalan Kampar, 31600 Gopeng, Perak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
APT Consortium Sdn Bhd
No 7 Medan Gopeng 3
Jalan Raja Dr. Nazrin Shah
31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Tel: +605-318 8555
H/P : +6012-5928952 (Ms. Noorzuliana)
Fax: +605-318 8557
Email: enquiries@guatempurung.com
Website: www.guatempurung.com
Ada bayaran dikenakan untuk memasuki gua ini :-
Kami memilih untuk meneroka laluan kering sahaja iaitu meneroka hingga ke Golden Flowstone. Kami berjalan di pelantar kayu dan mendaki sejauh hampir 1km. Seperti berjalan di Gua Kelam dimana ada air sungai yang mengalir di bawahnya. Indah pemandangan di dalamnya dengan stalagmit dan stalaktit.
Kalau dahulu kawasan ini menjadi sarang komunis dan kemudian menjadi lombong bijih timah.
Selepas ini aku akan datang lagi bagi menjelajah lebih lagi hingga ke gua kandu dan bermain water rafting
Riadah bersama keluarga: Jalan santai jer
Pemandangan di dalam gua
Kemudahan yang disediakan: Tapak perkemahan, tempat BBQ, surau, tandas dan kedai makan
Tasik dihadapan pintu masuk. Boleh sewa bot untuk menikmati keindahan luaran gunung tempurong
Sedikit Fakta: -
- Classification: Karst cave. It is a cave of marble limestone (calcite calcium) of the Kinta limestone type.
- Cave Age: More than 400 million years old.
- Cave Length: 1.9 km.
- Cave Height: 120 metres.
- Number of Domes: Five gigantic domes with ceilings resembling coconut shell (tempurung), hence its name Gua Tempurung.
- Galleries: The five domes form the showcase galleries beginning with Golden Flowstone Cavern, Gergasi (Giant) Cavern, Tin Mine Cavern, Alam (Universe) Cavern and Fallen Warrior and Battlefield Cavern.
- Underground River: The river is called Sungai Gua Tempurung. The river passage runs about 1.6 km through the cave inside Gunung Tempurung.
No comments:
Post a Comment