Wednesday, March 07, 2012

Bukit Tiang Layar: Kelangsungan Pencarian

Tarikh  :  03 March 2012  - Sabtu
Mula     :  08.00am – 12.30pm   
Rider    :  Pudin TTG & Adihariman   
Jarak    :  18.5 km

Sebelum ini, kami telah memulakan carian, namun kerana kekurangan masa, maka tidaklah dapat mencari puncak utama gugusan bukit Tiang Layar ini. Bukit Tiang Layar berada dalam gugusan Bukit-Bukit yang melatarkan Jitra di Kedah DA.

Selepas bersarapan kami memulakan perjalanan. Cuaca yang redup cukup menyegarkan dan menambah kecantikan suasana di bukit ini. Pada mulanya kami agak bingung untuk  memulakan carian. Perjalanan yang dicatat oleh garmin tempohari udah terdelete. Masih belum kelihatan manusia di daerah ini pada awal pagi ini.  Setelah Adihariman ‘bertafakur’ seketika, alhamdulillah beliau mendapat ‘petunjuk’. Sebenarnya kami telah terlepas ‘laluan’ terdahulu. Itu yang menyebabkan kami seperti kehilangan arah. Tambahan hujan beberapa hari kebelakangan ini telah menghilangkan jejak laluan penduduk.
Bermula dengan laluan ini kami terus menerjah puncak Bukit Tiang Layar yang setinggi 197 meter. Di atasnya terdapat sebuah pondok milik Joe CP. Kabus telah menjejaskan jarak penglihatan. Katanya Bandar Alor Setar boleh nampak dari puncak ini. Turun dari bukit ini, Adi masih belum puas, beliau mahu mencari laluan yang lebih panjang yang boleh menjadi ‘loop’. Lalu kami mendaki Bukit Kesum yang puncaknya setinggi 277 meter. Dipertengahan jalan kami disapa oleh seorang peneroka. Selepas menjejak kaki ke puncak,  kami singgah ke dangau Pak Ngah Shaari. Beliau mengusahakan tanaman getah di kawasan ini dan menanam anak durian lebih dari 70 pohon. Beliau juga menerangkan ciptaannya iaitu kaedah siraman automatik ke anak pokoknya.
Kayuhan ditamatkan pada jam 12.30 tgh.
Laluan dicari …
Terkilan kerana bukit telah ditarah ..
image
Puncak bukit Kesom
Bersama penduduk tempatan yang mahir selok belok bukit ini
Dipondok Joe .. kabus meliputi bukit
image
Adi ‘teragak’ untuk turun di sini
 
Di dangau Pak Ngah Shaari … Tenaga kinetik untuk siram pokok
Meraikan kunjungan kami, berkongsi pengalaman sambil dihidangkan teh
 
...

No comments:

Post a Comment