Wednesday, January 18, 2012

Tasik Banding: Kembali Ke Alam Semulajadi

HARI KE-2

Tarikh  :  14 Januari 2012 
Lokasi  :  Tasik Banding, Perak
Tujuan :  Kursus Pemantapan Pasukan Siri 1/2012.

Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu, Kampung Belum Lama yang meliputi enam buah perkampungan kecil yang wujud sejak tahun 1952 dan terletak ke utara Tasik Banding. Kampung Belum itu sendiri pula dikatakan mendapat nama sempena bunyi “belum… belum…” yang dikeluarkan oleh sejenis belalang hijau besar.

Pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1975 bagaimanapun telah menenggelamkan masjid dan sekolah di satu lagi perkampungan Melayu iaitu Kampung Temenggor Lama yang terletak tidak jauh dari Pulau Perhilitan (Pulau Cendana).

Keluasan seluruh Hutan Belum (utara dan selatan) mencecah 3,110 kilometer persegi, berada di paras 250 meter hingga 2000 meter dari aras laut. Lembah Belum meliputi tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh.

Hari Kedua, kami akan melawat alam semulajadi hutan Belum dengan mengunjungi perkampungan orang asli dan meredah bukit dan hutan ke kawasan air terjun.

Perjalanan kami ke kampung Chuweh dengan menaiki bot yang mengambil masa ±20 minit. Orang asli dari suku Jahai yang masih mengekalkan gaya hidup turun-temurun. Pondok kecil yang menjadi kediaman suku Jahai masih menggunakan atap 'cucuh', atap nipah atau rumbia. Dinding dan lantai rumah dibuat daripada buluh. Tetapi mereka mempunyai generator untuk membekal elektrik pada sebelah malam bagi menonton video cakera padat atau astro. Mereka suka berpindah ke tempat baru (terutama selepas ada kematian).

Selepas itu, menaiki bot selama ±15 minit ke air terjun Kiroi yang setinggi 100 kaki. Terpaksa melawan cabaran alam, dengan kesan selepas hujan, pacat melata sebelum sampai ke kawasan air terjun ini.

image

Berlatarbelakangkan Tasik Banding dan Lebuhraya Timur Barat

Nyaman!- cuaca yang redup, indah pandangan

Antara perkampungan orang asli di Tasik Banding

 

Anak-anak orang asli suku Jahai

 

Di Ayer Terjun Kiroi

 

Di Pulau Talikail – ada chalet milik Jabatan Perhutanan

No comments:

Post a Comment