Monday, January 16, 2012

Tasik Banding: Memantap Pasukan, Menghayati Alam

Tarikh  :  13 – 14 Januari 2012 
Lokasi  :  Tasik Banding, Perak
Tujuan :  Kursus Pemantapan Pasukan(Team Building) Siri 1/2012

Seramai 21 orang kakitangan pejabatku  dari beberapa unit telah mengikuti kursus pemantapan pasukan untuk siri 1/2012. Kursus diketuai oleh Setiausaha, Tuan Haji Hakim Ariff Bin Md. Noor. Kali ini pemilihan ialah di tasik Banding, Perak. Disamping tujuan kursus ini  untuk memperkasakan pasukan ia juga untuk menanam minat cintakan alam sekitar.

Semua peserta dibawa dengan bas ke Banding  dan menginap di Banding Like Side Inn. Pada hari pertama kami di dedahkan  dengan jungle trekking dan diuji keyakinan diri dan ‘keberanian’ dengan diletakkan terapung di dalam tasik. Hujan yang turun sepanjang hari tidak mengganggu aktiviti kami, bahkan menjadi semakin mencabar dan menyeronokkan.

2.30pm aktiviti bermula dan kami dibawa ke satu lokasi pulau yang dikenali sebagai X-ray untuk merentas hutan sambil melihat bunga Rafflesia di Taman Negeri Belum. Kemudian dibawa mengelilingi pulau sekitar tasik Banding dan ke  Telok Mejar, di sini kami di uji dan di ‘latu’ di dalam air. Walaubagaimanapun perlindungan dan keselamatan yang sempurna sentiasa dititkberatkan. Semua peserta dimestikan memakai jaket keselamatan. Bagi aku, berenang memang menyeronokkan dan secara tak langsung nostalgia dahulu (mandi sungai) dapat dikembalikan. Bila keseronokkan mula terasa, masa dah jadi suntuk pula ..kena balik … ishh

Untuk pelbagai aktiviti outdoor/memancing boleh hubungi: -

En. Zainurin Bin Zainon at 017-570 7003

Superior Room-305

3.00pm- At Jetty Point

Boat to X-Ray island & Telok Mejar

       

Di Telok Mejar atas Balak

       

Tengkorak Gajah

       

Wow … Keseronokan mandi @ Tasik Banding

Tak puas, sambung mandi kat swimming pool lak

Makan malam .. perghhhhh - sebarau bakar

No comments:

Post a Comment