Tarikh : 31 Disember 2011, Sabtu
Lokasi: Kg. Alor Janggus, Mk. Hosba, Jitra, Kedah DA
Rider: 22 Orang
Tiba-tiba hari ini hujan turun dengan lebat sekali , hujan yang membawa seribu rahmat. Namun walau hujan mencurah, walau guruh berdentum, biar badai menghempas pantai dan biar bumi bergoncang sekalipun, kayuhan ini tetap dijalankan. Itu adalah prinsip Team Redflag yang menjadi host kayuhan kali ini. Dalam kedinginan pagi, seramai 22 penunggang yang berjiwa kental meneruskan kayuhan.
Kayuhan hari ini ialah kayuhan menutup tirai tahun 2011. Kayuhan untuk memperkenalkan trek ini kepada beberapa rider sambil meraikan sahabat dari Ipoh dan ‘mencuba’ 2 ekor lembut(dok bau kedai lagi). Trek yang jaraknya hanya 22km sahaja tetapi mempunyai berbagai bentuk rupa bumi terutama DH nya. Climbing yang tidak terlalu tinggi dan cepat mendapat ‘reward’. Adrenalin yang meningkat terutama di pump treknya. Rider-rider Hardtail dibimbing dengan teknik penurunan yang betul secara langsung memberi ‘keyakinan’ dan nilai tambah dalam pengendalian MTB.
Lagi Gambar di FACEBOOK
2 ekoq Specialized baru woooooo
Sedarppppp
Cikgu menunjukkan cara
Dari Guar Napai untuk memasuki bukit buluh
Antara cabaran yang dilalui
Dari Kiri Belakang: Veyron, Din KBS, Md. Noor, Suhaidi Celcom, Cik Li, Zahir GTG, Sham, Zaim, Fitri De Boss, Zn GB, Fauwaz, Art IKBN, Nasron & Cikgu Wann (Depan duduk: – Kapten Jamal, Cikgu Fisol, Pudin TTG, Ustaz Raja, Zam KBS, Adli Red Giantz, Yus dan Nasir
No comments:
Post a Comment