Friday, December 30, 2011

Kellie Castle: Mencari Penunggu Di Istana Tinggalan

_MG_0167

Kellies Castle terletak berdekatan Batu Gajah, 10km  dari simpang jalan Gopeng – Ipoh. Binaan ‘Cinta Kasih Sayang’ kepada isteri seorang peladang Scotland bernama William Kellie Smith pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di India. Buruh binaan juga di bawa khas dari India, Mempunyai 14 bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia yang dilengkapi dengan lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal dalam tahun 1926.

Misteri yang menyelubungi rumah ini dengan mengatakan ‘entiti’ (Bukan roh naaa…) berkeliaran sekitar istana tersebut terutama di koridor bilik utamanya. Meremang bulu romaku apabila berada dan melintas kawasan tersebut..

Adalah dipercayai terdapat 4 terowong bawah tanah yang menghubungkan istana ini ke Tokong hindu sejarak 500meter yang menjadi laluan rahsia. Kini terowong tersebut telah ditutup kepada pengunjung atas sebab keselamatan (kalau buka aku pasti nak ‘ronot’ punya). Banyak lagi rahsia terowong yang belum terbongkar .. (3 terowong telah ditemui dan 1 masih menjadi rahsia!)

Kini untuk masuk ke istana ini dikenakan bayaran:

Masa Lawatan  :  Setiaphari, 9am -  6pm
Bayaran Masuk:  Dewasa RM4.00 Pelajar/Kanak-kanak RM3.00

 _MG_0183

_MG_0208

_MG_0213 _MG_0217

_MG_0223

_MG_0231

IMG_0074 IMG_5928 _MG_0207

Sedikit fakta tentang istana ini:-

  • William Kellie Smith mula menetap di Tanah Melayu pada tahun 1890 semasa berumur 20 tahun
  • Sebelum beliau berjaya memiliki istana itu, beliau telah bertemu dengan pemilik estate iaitu Alma Baker yang telah diberi hak oleh kerajaan untuk menguruskan hutan seluas 360 hektar di Perak.
  • Perkongsian bersama Alma Baker dalam perniagaan meneroka hutan mendatangkan hasil yang membolehkan beliau menceburkan diri dalam industri perlombongan dan menjadi pemilik Kinta Kellas Estate dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
  • Kembali ke Scottland dan berkahwin dengan Agnes. Selepas berkahwin, beliau kembali ke Tanah Melayu bersama isteri pada tahun 1903. Hasil perkahwinan mereka telah dianugerahkan 2 orang anak iaitu anak pertama perempuan yang diberi nama Helen dan anak kedua lelaki yang diberi nama Anthony.
  • Kelahiran anak kedua membawa tuah yang lebihbaik kepada Smith dan beliau mula mengubahsuai rumah dan memperbesarkan menjadi sebuah istana yang dinamakan Kellas House sempena nama kampung halaman beliau di Scottland.
  • Pembinaan istana ini menyerupai ciri-ciri seni bina di India. Pekerjanya juga diupah dari India dan mengambil masa selama 10 tahun. Pada Awal 1920-an berlaku epidamik ‘Spanish Flu’ menyebabkan ramai pekerja mati lantaran itu kerja-kerja pembinaan terhenti.
  • Kejadian itu menyebabkan Kellie Smith berlayar ke Portugal dan meninggal dunia di sana pada Disember 1926 akibat  pneumonia.
  • Kematian Kellie Smith, menyebabkan isterinya membuat keputusan untuk balik ke Scottland dan menjual ladang dan Istana itu kepada British Company iaitu Harrisons and Crosfield.
  • Istana ini pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Anna and The King yang dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Chow Yuen Fatt dalam tahun 1999.

No comments:

Post a Comment