Tarikh: Sabtu - 03 Dis 2011
Laluan: UUM, Sintok ke Padang Sanai
Jarak : ±60km
Rider: 25 Orang
Mula: 8:20am
Sekali lagi gabungan team-team dari 2 negeri berjiran bersatu dalam program kayuhan yang dinamakan “KAYUHAN KREM – SINTOK PADANG SANAI”. Kayuhan antara 2 daerah(daerah Kubang Pasu dan daerah Padang Terap). Terima kasih kepada GTG, GB, Geng Perlis, Geng Kedah dan Ustaz Raja yang berusaha merealisasikan program ini.
Sesuai dengan namanya, maka tidak hairanlah hampir separuh peserta ‘terpaksa’ krem. Walaubagaimanapun syabas! semua dapat menamatkan kayuhan. Memang menarik kayuhan ini, walaupun dengan kehadiran 25 orang peserta, program ini tetap meriah bahkan semakin erat jalinan ukhwah.
10 km permulaan jalan memang sangat teruk, berdebu dek penangan lori tanah. Selepas itu, kamilah raja, kami ‘menguasai’ jalan raya. Indah panorama redup suasana. Beberapa buah bukit penat didaki, seronok dituruni. Tidak ada rider dibiarkan bersendiri sehingga tamat sweeper tetap mengiringi …
Terima kasih pada semua yang hadir .. Insyaalah program seperti ini akan terus diatur.
Kayuhan ini juga diselitkan dengan pengisian bercorak kebajikan. Tabung Kebajikan dilancarkan bagi membantu sahabat rider kita iaitu saudara Noorhashimuddin B Kamaruddin @ Hashim aka Jaskun Maskun. Untuk makluman anaknya Siti Nuralia Sofea yg berusia lebih dari sebulan masih berada di ICU, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar(HSBAS). Anaknya menghidapi penyakit Perinatal Asphyxia(komplikasi pernafasan). Beliau perlu membeli beberapa peralatan untuk anaknya. Sama-samalah kita berdoa kesembuhan kepada anaknya…
Pada yang berminat untuk membantu meringankan bebanannya bolehlah infak ke akaun MAYBANK 1-520-9560-119-5 atas nama Noorhashimuddin B Kamaruddin
“Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf Al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai (irigasi) yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak.”
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
PROGRAM AMAL JARIAH - SAHAM AKHIRAT ANDA
Lagi gambar di FACEBOOK Ku
Bersama Mr T – dok sembang nak p trek Sungai Badak plak TQ Fadzel
Boh ke dalam - Ustaz malu nak tengok nih ….
Doa dipimpin oleh Ustaz Raja
Permulaan kayuhan yang merengsakan
Pakat-pakat ‘menyorok’ debu
CP1 – di timbunan balak
Tak Pa: masih boleh dok gelak lagi
Kuari tanah
Merempit – 70km/h
Sweeper - Geng Jitra
CP2
Padang Sanai – 10:30am
Kayuhan sebaris – geng depan nih
Bro Them – steadyy jer
Di ‘tokak’ bewak
Saling membantu hingga penamat (TQ ustaz atas pic)
salam ziarah,,,
ReplyDelete