Tarikh: Sabtu – 26/11/2011
Lokasi: Kg. Alor Janggus, Mukim Hosba, Jitra, Kedah
Mula : 8:15am
Rider: 9 Orang = Md. Nasron, Abang Ai, Zaim, Pudin, Cikgu Wan, Adlee, Cikgu Fisol, Tandope dan Yus
Jarak: ± 13km
Rasanya sudah jemu bermain sekitar Trek Jitra. Aku memerlukan sesuatu yang baru. Suatu trek yang lebih mencabar dan menarik. Oleh itu apabila Sdr Nasrul mengajak untuk recce trek di Hosba, tentu sahaja aku tidak menolak.
Trek ini adalah trek baru yang sedang diterokai untuk aktiviti rider Jitra. Baru-baru ini Saudara Nasrul dan beberapa rakan telah meninjau kawasan ini bagi mendapatkan maklumat awal mengenai laluan-laluan disekitar kawasan ini.
Tapak permulaan adalah di ladang ternakan lembu milik abang salah seorang rider. Jaraknya ± 18km dari pekan Jitra yang menghala ke Changloon.
Permulaan adalah mendaki bukit kecil merentasi kebun getah milik abg rider tadi. Melewati dusun buah-buahan dan seterusnya memasuki hutan renek, hutan buluh. Laluan single trek yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk mencari rezeki sekitar kawasan sini. Setelah mendaki dan melunsur turun untuk sejauh 7.5km, maka kami keluar ke jalan raya berdekatan pintu gerbang Felda Guar Napai dan sambung semula memasuki kawasan ladang getah Felda Guar Napai. Laluan Trek ini tidaklah terlalu mencabar dan ia boleh dikategorikan sebagai ‘moderate’. Dari pengamatan kami masih ada banyak lagi laluan yang berpotensi untuk diterokai bahkan sebelum ini ada geng Perlis MTB pernah memasuki sebahagian laluan ini dan kemungkinan ada kesinambungannya..
Tapak Permulaan: Nun di sana laluan masuk
Hujan yang turun tidak melemahkan semangat kami
Ayuh! kita teruskan kayuhan …
Hujan menjadikan laluan licin
Teres kebun getah
Keluar dari hutan buluh
Single trek yang menarik
Berehat dipuncak
cantik & bersih kebun ini: akan memasuki root section lak
Abang Ai mudah ‘tackle’ drop & akar-akar yang terbungkin disini
Tandope pun tak beri peluang
R N R – sebelum nak ‘terjun’…
No comments:
Post a Comment