Tuesday, November 15, 2011

Ladang Jati: Kayuhan Menciwi

IMG_4919

Tarikh 11 Nov 2011

Lokasi : Kg. Paya Terap, Perik, Kuala Nerang, Kedah DA

Rider: 8 Orang

Trek Ladang Jati adalah antara  lokasi trek permainan kami sebelum ini .. Lama benar aku tidak ke sini. Sejak aku guna FS, trek ini bagai dilupakan seketika.

Treknya boleh dikatakan menarik dan sesuai untuk membina kekuatan otot kerana adanya turun naik. Ancaman terbesar disini  ialah tahi lembu. Bertebaran ia dilaluan bahkan tersembunyi disebalik dedaun jati yang berguguran. Berhati-hatilah agar tidak menggeleknya.  Percikan dari tayar hadapan dan tayar rakan boleh membuat ia melekap dibadan atau dimuka.

Trek ini juga ada sejarahnya kepada beberapa rider, bahkan ada rider yang sudah bersara dek ‘penangannya’. Akupun beberapa kali pernah terbang ala-ala suparman di sini, semunya kerana tahi lembu.. AWAS dengan lembu liar yang berkeliaran disini .. walaupun ia akan melarikan diri dari kita namun jangan pakai baju merah – situasi akan berubah

Pagi ini menjangkakan 11 rider akan hadir namun hanya 8 yang tampil. Bergerak secara perlahan kerana terdapat 2 orang rider yang pertama kali ke sini.

Kayuhan pagi ini juga untuk menguji dan ‘menciwi’ kasut dan seluar.

IMG_4905

5-10 Sam Hill Low Cut Shoes: Kasut yang dipakai oleh  Sam Hill(Juara Dunia DH). Dibuat bagi menepati citarasa Sam Hill. Kasut yang cukup kuat cengakamannya pada pedal(tak yah pakai cleat la), kukuh, menyerap hentakan .. tapi

IMG_4901IMG_4906

Yus menciwi seluar DH Troy Lee. Terjunan kian lancar dan angin dapat menerobos masuk ke dalam seluar dan memberi aliran udara yang sempurna dan menyejukkan ‘barang’ di dalam

IMG_4907

Geng Fullsus menanti geng ekor keras

IMG_4908

1st time mai jati – Faisal dan Jimmy

IMG_4914

melintas sungai perik untuk mula mendaki

IMG_4923

Laju DH tu(siap pedal lagi)

IMG_4926

meninjau laluan - Agak lama tak dilalui – semak samun

IMG_4938

Kawanan Lembu yang bebas berkeliaran di dalam kawasan ladang ini

IMG_4927

3 sahabat 3 giant XTC

IMG_4928

Abang Ai: makin laju, makin berani lagi berahi

IMG_4931

Halangan dan rintangan

IMG_4952

Ayuh … lepas ni tukar pakai FS laa baru best …

IMG_4953

Walau baru – yang penting berani mencuba : ‘Guts First Skill Later’

No comments:

Post a Comment