Acara: Kayuhan Kuala Bandar Diraja 2011
Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Mula : 07.30 Pagi
Tempat Mula/Tamat : Laman Budaya/Arena Square Kuala Kangsar.
Jarak Kayuhan : ± 42 Km
Seramai 2,212 yang mendaftar untuk Jamboree dan rasanya lebih dari 1,700 orang rider yang hadir mengayuh.
10 orang peserta yang berdaftar di bawah Team Redflag, Jitra tampil mengayuh. Yang lainnya bertungkus lumus memperbaiki masa dalam acara terjunan di Kuantan Downhill Challenge. (Beat My Time). Bagiku ini adalah kayuhan kali ke 2 di sini
Memang ramai yang merungut mengenai beberapa kelemahannya. Tetapi ‘kelemahan’ tersebut boleh ‘dinilai’ puncanya(!!!). Walaubagaimanapun syabas jua diucapkan kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini, bukan mudah nak anjur acara sebegini.
Pada masa hadapan mungkin aku perlu memikirkan semula penyertaan dalam mana-mana Jamboree. Aku harus berfikiran ‘songsang’. Hanya Jamboree yang tertentu sahaja akan aku pilih terutama yang tak ramai hendak sertainya.. atau trek yang menarik atau yang tak pernah aku jejaki..apapun ‘tepuk dada tanya selera’.
Sedikit pengalaman untuk dikongsi
Goodies
Kaunter mengambil goodies dibuka sejak jam 9.00 am – aku ambil pada jam 3.00 ptg, tiada masalah, lancar jer. Goodiesnya hampir sama seperti di lain-lain Jamboree. Dengan fee sebanyak RM50.00 anda dapat beg kain yang didalamnya ada Jersey ala-ala rimau, sijil penyertaan, sebuku powerbar, botol air suntonic, no. plet dan pengikatnya.
Trek
80% adalah trek ulangan tahun lalu. Treknya memang menarik dan cantik. Kali ini aku bawa Fullsusp semata-mata untuk layan DH nya terutama drop bertingkat selepas bukit botak.
Permulaannya agak serabut kerana peserta dibawa mengelilingi Istana dan berpatah balik sudah tentu akan bertembung dengan perserta dibelakangnya. Ditambah pula ramai peserta tidak berminat untuk mengikuti yang menyebabkan kesesakkan.
Aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Mental, fizikal, bekalan dan keselamatan. Tiada ‘tekanan’ dalam kayuhanku, enjoy pemandangan dan trailnya. Diketika orang tolak, aku kayuh, kalau tak mampu aku turut tolak tetapi kalau DH aku mesti layan punya ….
Selepas FP2, beberapa meter dihadapan, aku melihat ramai rider berpatah balik, rupanya mereka diserang dengan tebuan tanah(???). Ramai tidak berani meneruskan perjalanan. Aku mengambil risiko untuk teruskan kayuhan sambil menyakinkan beberapa rider untuk turut serta. Menoleh ke belakang tidak ada rider yang mengikuti maka bersendirianlah aku mengayuh di dalam ladang kelapa sawit tersebut sehinggalah di ladang getah baru kelihatan rider dibelakangku dan beliau memaklumkan bahawa ada rider lain mengikutinya. Alhamdulillah selamat. Tetapi ada juga rider yang mengambil laluan lain. Sebab itulah sesetengah tidak mendapat sticker CP 3.
Makanan & Minuman
Minuman mencukupi, pada FP1 disediakan gelas minuman, aku langgah 4 gelas. Di FP2 aku sapu 3 botol sebagai bekalan kayuhan dan sesetengahnya aku sumbangkan kepada beberapa rakan yang kehabisan air.
CP3 ada pisang dan sedikit kekecohan di FP3 apabila air minuman suntonic kehabisan. Aku sempat minum segelas. Yang tinggal hanya pati sahaja- kelihatan beberapa rider yang kehausan ‘bedal’ juga pati tersebut.
Hadiah & Cabutan Bertuah
Tahniah kepada sahabat-sahabatku yang berjaya menamatkan kayuhan. Ramai juga yang berada dalam top 900. Bahkan peserta wanita kami berjaya naik pentas terima hadiah(siap la Hanif! - janjimu)
Cabutan bertuah – aku tidak lagi menaruh harapan, ada rezeki dapatlah dan yang pasti …
Layan gambar dibawah - Lagi gambar di FACEBOOK
Pukul 1.00ptg aku tiba di Kuale – terus ke Tasik Raban. Jam 3.00 baru ambil goodies
arah berbeza, matlamat tak sama, cuma pada sepeda
kebingungan! masih menanti arah sebenar
Memasuki kawasan sawah padi
Mendaki sebelum memasuki ladang kelapa sawit
Best gak layan root section sini
CP2
FP2 –
Wahid Senario meminta bantuan – rider kena sengat tebuan
Rider berpatah balik : Sambil bertawakal aku ‘membuka’ jalan Aku teruskan kayuhan
CP3 ada pisang
CP4 ada gerai suntonic tapi kehabisan airnya …kasihan pada rider dibelakang dah la penat naik bukit ni
Drop bertingkat yang menarik – tak bagi peluang!
Aik! tetiba sahabat-sahabatku menyusul – enak DH!
Tahniah pada yang berjaya
No comments:
Post a Comment