Tarikh: 26/10/2010 - Rabu
Masa : 8.00am - 11.30am
Jarak : 21km
Penyertaan: 72 orang
Mula: Hadapan Pasaraya Wah Seah, Pekan Pauh, Perlis, Indera Kayangan
Sempena cuti Deepavali hari ini, beberapa team Kedah dan Perlis bergabung menjayakan kayuhan amal yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Maruku’. Lontaran idea dari Geng Tuntun disambut oleh beberapa kelompok MTB lainnya. Sambil ‘mengeloi’ beberapa rakan baru untuk turut serta dan tak sangka berjaya menghimpunkan 72 homosapien bertarung melawan cabaran alam ditengah perit panas mentari. Merasai penat dan nikmat mendaki dan menuruni.
Apa yang menarik, disamping beriadah bagi menyihatkan tubuh badan, soal-soal kabajikan juga diberi perhatian. Pihak penganjur melalui wakil mereka, En. Azali(Gerek Bendang, Perlis) melancarkan satu Tabung Khas bagi membantu Adik Nur Damia Imani Binti Mohamad Faizal( baru berusia 4 bulan) yang mengidap jantung berlubang dan baru menjalani pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Besar Sultanah Bahiyah(HBSB) Alor Setar, Kedah.
Pada yang tak berkesempatan menderma pada hari kayuhan, sumbangan boleh dihulur melalui akaun bapanya(En. Mohamad Faizal Bin Manaf - No. Tel : 012 – 4633599 ) iaitu MAYBANK: No. 1-020-4525-706-3
Layan gambar .. lagi gambar di FACEBOOKku
Kepala GB Kedah Vs Kepala GB Perlis
Dok baca ‘watikah’ sumbangan
Pakat-pakat hulur – semoga mendapat keberkatan
Doa dibaca memohon keberkatan & keselamatan
Kepala Platoon @ Kapitan Keling(sempena Deepavali)
Aduih .. ponot wooo
Indah panorama
Satgi … DH
Huyooo .. Madi .. tungangan FS nya ‘meka’ Santa Cruz
Antara yang pecah tayar
coooool …
No comments:
Post a Comment