Tarikh: 01 Oktober 2011 – Sabtu
Flag Off: 7:45 pagi
Lokasi: Taman Tema Darulaman, Jitra, Kedah
Kayuhan Kedah Sejahtera(KSK) 2011 sepatutnya diadakan di di Balai Pos Alor Biak, Mukim Jerlun, bersempena dengan Expo Perdagangan Kedah Sejahtera 2011. Ianya diubah lokasi kayuhan ke Taman Tasik Darulaman kerana Expo tersebut telah ditunda atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Penganjur acara ini ialah Gerek Baru. Ia berjaya menghimpunkan ± 170 peserta dan berkonsepkan ‘fun ride’. Tiada yuran penyertaan bahkan peserta dibekalkan dengan air/pisang dan bihun goreng. Tuan Speaker DUN Kedah, YB Dato’ Dr. Isa sempat meluangkan masanya dengan memberi sedikit ucapan dan ‘melepas’ peserta. (TQ YB Dato’).
Matlamat KSK ialah: -
- Menanamkan sikap dan gaya hidup sihat melalui aktiviti basikal dan membina masyarakat yang sihat dan cergas.
- Menarik minat golongan belia serta masyarakat setempat untuk menyertai aktiviti berbasikal
- Memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.
- Memupuk semangat saling bantu membantu.
- Menghidupkan ukhwah sesama rider terutama sekitar kawasan utara
Pihak penganjur juga telah melancarkan Kutipan Amal untuk mengisi Tabung Perubatan Adik Nur Azreen dan ternyata kayuhan ini berjaya mencapai matlamatnya.
TAHNIAH aku ucapkan kepada sahabat-sahabatku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan penganjuran KSK. Maaf dipohon kerana tidak dapat memberi sepenuh komitmen. Terpaksa menghadiri satu majlis ilmu yang seharian bermula sejak Hari Jumaat (30/09/2011). Walaubagaimanapun sempat jua aku menjengah ke acara ini pada sebelah paginya. Tidak banyak gambar untuk ditatap …. (Columbia Asia - Cycle for Your Heart juga hai,hai bye,bye – terpaksa utamakan yang utama)
LAGI GAMBAR DI FACEBOOK
Musyawarah Marshall d dinihari
Team Batu 2 SP
Kedatangan YB Dato’ Speaker diiringi oleh Pengerusi Majlis(kirinya)
Bersedia untuk ‘perlepasan’
Sham – penunjuk arah – pembawa ‘panji’ semerang – Pemuda Bani Othmani
No comments:
Post a Comment