Tarikh: 12 Oktober 2011 - Rabu
Sabah, negeri di bawah bayu – negeri yang tidak pernahku jejaki sebelum ini. Selesai segala urusan rasmi, kesempatan diambil untuk melawat beberapa tempat menarik di sana.
Pertama .. melawat sekitar Kota Kinabalu”-
Menara Tun Mustapha(Dulu dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah) menjadi salah satu ikon Kota Kinabalu (KK). Terletak berhampiran telok Likas ±5 km dari pusat bandar KK. Binaan menaranya yang unik yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung"(column-free floors) dan hanya ada 4 buah sahaja di dunia ini. Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah
Masjid Terapung Likas – Cantik senibinanya: rugi tidak sempat solat disini
Salah satu kuih yang agak terkenal di KK ialah kuih cincin. Harganya RM8.00 sebungkus(bungkusan besar). Ianya diperbuat dari tepung beras, tepung gandum dan gula merah. RASANYa macam kuih keria tetapi ianya agak keras, rapuh dan rangup. Keropok amplang juga unik disini dan mempunyai dua perisa iaitu ikan tenggiri dan udang.
Berhampiran Komplek Sinsuran terdapat pasar Filipina yang terkenal dengan produk kraftangan dan cenderahati tempatan seperti t-shirt, rantai kunci dan lain-lain lagi. Sabah memang terkenal dengan mutiaranya jadi disini dan pasar ini juga menjual mutiara tersebut. Berhati-hati dengan mutiara tiruan dan pandai-pandailah menawar harga. Aku lebih selesa membeli mutiara di Kedai JAMILAH. Ini kerana kita membeli di kedai harga patut dan tidak akan tertipu dengan yang tiruan.
Mejadi tarikan kepada penggemar ikan masin. Ianya juga menjual ikan bilis, udang kering, rumpai laut dan gamat. Tertarik aku dengan sirip Yu, harganya hmm boleh tahan RM550.00. Berdekatan dengannya ada Pasar Buah dan Pasar Besar yang menjual hidupan laut yang masih segar.
Tidak sempat aku mengambil gambar suasana malam di Pasar Malamnya. Disini terjual berbagai aneka makanan terutama makanan laut seperti ikan bakar, Sotong Bakar dan Udang Bakar (besar). Harganya berpatutan dan kemahiran tawar-menawar diperlukan.
Bersambung ……..
No comments:
Post a Comment