Tuesday, January 31, 2012

Trek UCI Ulu Chepor: Mengejar Impian, Menghayati Alam

IMG_7202

Tarikh  :  28 Januari 2012  - Sabtu
Mula    :  10.30 pagi 
Lokasi  :  Lata Ulu Chepor, Chemor, Perak
Coordinates :  N 04 42.58' E 101 4.12

Beberapa rakan sudah ke sini menceritakan keenakkan Trek ini, betapa menariknya suasana sekitarnya. Adrenalin, laju, nyaman, tenang, redup dan santai. Ini melonjakkan hasratku untuk turut merasai trek dan suasana tersebut. Maka sesudah subuh, aku, Md. Nasron dan Wan Blitz memulakan perjalanan ke Perak untuk mencuba Trek di Ulu Chepor, Perak. Jam 10.15am sudah tiba di sana dan sudah ada beberapa rakan yang sedang menyelenggarakan trek ini. Sempat jua menyumbang sedikit tenaga ke arah menyiapkan trek ini.

Trek ini terletak di dalam kawasan peranginan Ulu Chepor yang jaraknya dari Tol Jelapang hanya ±5 km sahaja. Untuk masuk ke kawasan ini bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan, tetapi ianya percuma kepada mereka yang membawa basikal. Kawasan yang nyaman dan damai dengan  deruan air terjun dan bunyi unggas. Airnya yang jernih lagi sejuk  dapat menyegarkan badan yang keletihan. Prasarana yang mencukupi disediakan seperti wakaf, chalet, surau, tandas gerai makan dan lain-lain kemudahan.

Trek ini dibina dalam tahun 2009 dan siap sepenuhnya dalam tahun 2010. Pelbagai cabaran tersedia sepanjang laluan yang jaraknya ±800 meter ini. Ada rock garden, beberapa drop, offcamber, jump, switchback dan lain-lain lagilah. Pendakian tidak terlalu curam bahkan geng XC boleh mengayuh naik sebelum menikmati ‘habuan’ yang pasti menaikkan adrenalin. Secara keseluruhannya aku mampu menghabiskan trek ini namun beberapa section terpaksa  ‘skip’(jump) mungkin kerana basikal kurang susuai kot.(tak berani sebenarnya). Apapun memang seronok berada di trek ini yang sentiasa teduh dinaungi oleh pokok-pokok hutan tanpa terasa bahang panas mentari.. tup,tup masa sudah berlalu.. keletihan diubati dengan berendam sambil menikmati kedinginan serta kesegaran air terjunnya yang bagus untuk kebugaran tubuh. Sesuai sekali jika membawa famili bersama (Serampang tiga mata).

InsyaAllah satu event akan diadakan di sini dalam bulan Mei/Jun. Maka marilah kita bersama berdoa agar impian ini dapat direalisasikan.

IMG_7175

10.15am dah sampai – usai bersiap terus sahaja mengayuh

IMG_7177

Disambut oleh Adik Aliff

IMG_7195

Tudia akar yang terbungkin – cam Gunung Jerai gak

IMG_7210

Wan Blitz ..selamber jer

IMG_7212

Ada keyakinan pasti boleh

IMG_7224

Adik Aliff baru berusia 14 tahun – berani melakukan lompatan

IMG_7242

TQ cikgu atas bimbingan dan tunjukajar

IMG_7260

Atan ..dari Team HTR - BePro Kona ( Rider tajaan Kona)

IMG_7234

Kudapan: Rehat seketika bersama local rider

IMG_7249

sumbangan

IMG_7269

Tempat basuh gerek disediakan

IMG_7271

Air bukit yang jernih lagi dingin

No comments:

Post a Comment