Wednesday, January 25, 2012

Bukit Lebai Hussein: Menjejaki Gua Komunis

IMG_7097

Tarikh :  23 Januari 2012  - Isnin
Mula   :  8.30 pagi 
Lokasi :  Sintok, UUM, Kedah
Rider  :  32 orang

Bangun pagi terasa lenguh-lenguh badan (demam selesema)namun dek semangat nak kayuh  maka gagahkan diri jua untuk hadir ke kayuhan yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Angpau”. Kayuhan sempena cuti Tahun Baru Cina yang diatur oleh team GTG dan berjaya menampilkan seramai 32 orang rider yang kebanyakkanya dari Perlis dan beberapa orang rider dari Changloon, Jitra dan Alor Setar.

Matlamat kayuhan adalah untuk menjengah gua komunis yang terletak di Bukit Lebai Hussein bersebelahan dengan Bukit Lebai Hassan dekat dengan Bukit Kachi yang ketinggiannya ±350 meter. Aku pernah ke sini beberapa tahun dahulu, bahkan kawasan sekitar Bukit ini pernah kami menjelajah bagi mencari laluan sambungan untuk ke Puncak Janing dan Kuala Nerang.

Kayuhan kali ini tidak ada banyak bezanya. Kalau dahulu laluan di sini sentiasa selisih dengan jentolak dan lori-lori balak, kini ia sudah ditinggalkan. Hujan yang turun semalam merunsingkan aku bimbang pengalaman geng Tandope lalu yang membatalkan kayuhan akibat masalah "Doughnut". Alhamdullilah hujan telah membersihkan laluan yang ditinggalkan ini, bahkan hujan menjadikan air sungai mengalir deras, dapat juga membersihkan tayar dan ‘RD’ yang diseluputi lumpur. Projek pembalakkan telah menerangkan kawasan bukit-bukau di sini. Ramai peneroka membuat dusun dan juga tanaman semula getah.

Kayuhan kali ini dibantu oleh saudara Jamil (sahabat lama aku semasa aktif dalam persatuan rekreasi Kedah(ReKe) ) sebagai ‘backup’. Bagi aku beliau memang mahir selok belok kawasan ini, kerana dari dahulu semua ceruk rantau bukit dan gunung dia dah daki. Namun di pertengahan jalan (±11km), terpaksa berpatah balik kerana laluan tertutup dengan timbunan kayu dan balak. Laluan melalui Bukit Kachi diambil untuk ke Terowong komunis(sepatutnya laluan ini adalah laluan balik (loop).

Aku tidak dapat habiskan kayuhan (12.30tgh) kerana perlu pulang awal untuk bersama keluarga menghadiri beberapa kenduri.  Walaupun jarak kayuhan hanya ±22km sahaja, namun ianya amat mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal. Dimaklumkan kayuhan ini selesai hampir jam 3.00 ptg dan hanya 21 orang berjaya mencapai misi.

Berkongsi pengalaman dengan geng Paya Lantau(klik sini) antara yang berjaya mencapai misi.

Lagi gambar di Facebookku

PAras

Altitude kayuhan (TQ Nazri)

IMG_6997

Awal Langkah – Bacaan doa dari ustaz Zukilan dari Team Paya Lantau

IMG_7000

Permulaan offroad – lengang jalan raya hari ni

IMG_7002

Am: Penunjuk arah

IMG_7030

Zahir: Sweeper

IMG_7053

Jamil : backup dengan EX 5

IMG_7013 IMG_7025

Sir Chan & Tandope: kayuhan mengulang

IMG_7033 IMG_7035

Aku : Tak lepas peluang …

IMG_7043  IMG_7052

Sungai diredahi, bukit didaki

IMG_7061 IMG_7066

Yang mampu & yang tuntun

IMG_7077

Alam dijamah

IMG_7090

Nyaman disini, bisa lelap

IMG_7092

image

Indahnya alam

IMG_7100

Gumbira didepan & Gondol di belakang

IMG_7101  IMG_7109

Turut menikmati

IMG_7114  IMG_7117

Halangan: terpaksa berpatah balik

IMG_7143

IMG_7145

Di Bukit Kachi

IMG_7149

Terik – bersuci di sini sebelum balik

No comments:

Post a Comment