Monday, October 22, 2018

Refleksi Diri Di Pantai Cermin

Tarikh  :  19 Oktober 2018
Misi     :  Menelusuri Tasik Songkhla
Lokasi  :  Ko Laenang, Pak Bang, Daerah Thepa, Songkhla Thailand
Jarak   :  160 km
Coordinate : N6.85044° E101.04254°
Google Link:
https://goo.gl/maps/KZbsZ3PncYN2


Salar de Uyuni yang terletak di Bolivia dikenali sebagai dataran garam terbesar di dunia. Pada musim tertentu (January – April), apabila ada sedikit air pada permukaannya akan mewujudkan pantulan imej bagaikan cermin. Kalau di Kuala Selangor ada sebuah pantai berdekatan kampung Sasaran yang digelar ‘Salar De Uyuni Malaysia’. Tahukah anda fenomena sebegini juga ada di sebuah pantai di dalam wilayah Songkhla. (Tak jauh dari rumahku)

Pantai ini terletak di daerah Thepa, Chana (tak jauh dari Sakom). Ia di kenali sebagai Ko Laenang (Pulau Lunang)  dan adalah perkampungan nelayan di Kuala Yu Tong. Ia menjadi pertembungan dua sungai iaitu Sungai Thepa (Khlong Yu Tong) dan Sungai Pattani (Khlong Sai Ho) dan menjadi sempadan antara 2 wilayah (Songkhla/Pattani). Ia merangkumi kawasan seluas 500 rai (198 ekar) dan terdapat 3 buah pulau utama di kuala ini. Hutan bakau disini adalah yang paling subur di Songkhla dan menjadi pembiakan hidupan akuatik yang mewujud rantaian permakanan. Ini menjadikan penduduknya bergantung kepada hidupan dan sumber laut sebagai sumber pendapatan,  apabila musim tengkujuh (atau tidak dapat turun ke laut) mereka bertani dengan menanam jagung dan tanaman kontan.

Menurut Haji Nawi(Nawawi) yang merupakan waris kepada penduduk asal yang membuka perkampungan di sini, penduduk disini asalnya dari 3 keluarga yang berasal dari Kelantan, mereka dalam pelayaran dan singgah disini dan dapati kawasan ini sangat subur dan sangat sesuai untuk perkampungan kerana bentuk mukabuminya yang menghalang ombak kuat dan ribut pada musim tengkujuh. Kemudian keturunan mereka berkembang disini dan kebanyakkan tinggal di dua pulau iaitu Koh Sam and Ko Si.

Beliau adalah antara penggerak dalam memajukan kawasan ini. Banyak akitiviti bersama penduduk diadakan dengan kerjasama pihak kerajaan demi untuk kebaikan bersama. Beliau mengusahakan restoran, chalet dan perusahaan berasaskan eco-pelancongan. Beliau juga membuka sebuah pusat pengajian/pemulihan kepada anak muda di atas sebuah pulau dihujung kuala ini yang diberi nama ‘Pondok Yalanan Baru’ ( ปอเนาะญาลันนันบารู ). Pondok ini mendapat kerjasama, sumbangan dan sokongan dari kerajaan Thai dan juga beroperasi hasil dari sumbangan orang ramai. Terdapat ± 300 pelajar dan 6 orang tenaga pengajar dari kawasan berhampiran dan ada juga dari Malaysia.

Aku mendapat maklumat mengenai pantai cermin dikawasan ini dari seorang sahabat facebook dari daerah sini. Beliau hanya memberitahu aku untuk ke Kuala Yu Tong,Thepa. Setelah mengenalpasti lokasi Yu Tong, kami bertolak dari rumah pada jam 7.00 pagi dan masuk melalui pintu imigresen Durian Burung. Untuk makluman, pintu sempadan ini dibuka pada jam 8.00 pagi (waktu Malaysia) dan ditutup pada jam 6.00 petang. Tidak ramai orang yang menggunakan laluan ini (waktu biasa) dan urusan deklarasi kastam bagi kenderaan adalah percuma.

Kami menuju terus ke Yu Tong dan sering berhenti bertanya penduduk di mana pantai di Yo Tong sehinggalah kami sampai ke penghujung lalu berjumpa papan tanda Pondok Yalanan Baru. Disini aku sempat berbual dengan Haji Nawi dan seterusnya kami dibawa oleh BaE (nelayan disini) ke sebuah pantai (N6.85388° E101.04670°) yang akan timbul ketika air surut dan fenomena sebegini hanya berlaku pada waktu tertentu sahaja (kena pada masa dan ketika). Kami ke sini pada jam 11.30 pagi dan air sudah mula pasang dan sempat bergambar. Di pantai ini di atas permukaan pasir yang terdapat sedikit air ditambah sinar matahari yang terang dapat mewujudkan pantulan bagaikan cermin disisi bayangan hitam.

Kami tidak lama kerana air mula pasang dan mula menggelamkan pulau/pantai ini dan BaE perlu mengambil/membawa waris ke Pondok Yalanan Baru selepas ini . Lagipun masa untuk solat Jumaat sudah menghampiri.  

LAYAN GAMBAR DI KOLEANANG & PANTAI CERMIN …

Berhampan Jeti dan disitu Restoran Haji Nawi

Berhampiran Jeti ke Pondok Yalanan Baru .. Jarak  l.kurang 2km dari sini dengan menaiki bot

Kami menelusuri Khlong Yu Tao ke Teluk Siam mencari pantai

Air pasang - Pantai ni hampir tenggelam dah .. Di belakangku adalah Telok Siam

Bersama BaE – pemandu bot kami: Untuk makluman bukan semua penduduk disini tahu berkaitan pantai cermin ini bahkan mereka tidak menyedari adanya fenomena ini. Kos bot ini bergantung kepada ramainya pelancong (harga antara THB700 – THB3000) .. kami dapat diskaun spesel  (pandai-pandailah berunding).

Lihat cerminan ku (dihadapan) dan bayangku di bawah

Perlukan sedikit air dipermukaan pasir dan cahaya yang terik untuk mewujudkan refleksi

Membantu menolak bot yang terletak di beting pasir - Kuala sungai ni sebenarnya agak cetek setakat paras dada ja

Waris-waris sedang menunggu bot untuk ke Pondok Yalanan Baru di Pulau – Haji Nawi menyediakan perkhidmatan bot ke pondok tersebut (harga tak pasti)


Pautan Kembara Berkaitan
1. Songkhla: Refleksi Di Pantai Cermin    
2. Songkhla: Menjejaki Makam Ulama Sufi Tersohor
3. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik
4. Songkhla: Jambatan Gantung dan Floating Market 
5. Songkhla: Ladang Anggur 
6. Songkhla: Boriphat Waterfall 

No comments:

Post a Comment