Monday, October 15, 2018

Bukit Bunga Raya: Riadah Santai di laluan Landai

20181012_080649

Tarikh      : 12 Oktober 2018
Misi         : Hiking Bukit Bunga Raya   
Lokasi     : Ladang RISDA Bukit Genting, Sintok, Kedah, Malaysia      
Jarak      : 3km       
Max Elev:        
Coordinate : N6.44457° E100.50797°
Google Link:
https://maps.google.com/?cid=5242122980846663154

Bukit Bunga Raya kini sudah viral sejak ± 6 bulan lalu. Ia menjadi salah satu lokasi pengunjung untuk beriadah. Ia terletak dihadapan ‘Bulatan Masa’ iaitu berdekatan pintu masuk ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Ia adalah bukit kechil dengan ketinggian maksima ± 130 meter yang dimiliki oleh pihak RISDA Tanjung Genting. Ia kini dicerahkan untuk penanaman kelapa sawit. Laluannya yang mudah, cerah (fireroad) dan agak luas dan sejauh ±750 meter sahaja untuk ke puncak. Puncaknya boleh dinaiki dengan 4 x 4, MTB dan juga motosikal. Laluan yang tidak terlalu tinggi dan curam dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan amat baik untuk beriadah bersama keluarga.

Pihak RISDA yang bertanggung jawap atas kawasan ini telah menyediakan kemudahan prasarana di atas bukit ini seperti pondok (asalnya untuk kegunaan kakitangan mereka), kerusi rehat dan air minuman percuma. Pihak mereka juga meletakkan pengawal untuk menyelia kehadiran pengunjung dan tiada bayaran dikenakan untuk ke sini (Ya ….PERCUMA.)

Di puncaknya dapat melihat panorama 360°. Dari atas ini jelas nampak pintu gerbang UUM, kawasan UUM lawas kelihatan, beberapa bukit berdekatan seperti Bukit Kachi, Bukit Lebai Hussain, Khuan Si Leng dan lain-lain lagi, pekan Changlon dan sempadan Siam. Ada ketikanya kabus akan menyelubungi puncak dan kawasan sekitarnya seperti yang dialami oleh kami hari ini. Kami mula mendaki pada jam 7.15am dan sudah kelihatan ramai pengunjung mendaki dan kami tidak turun melalui jalan yang kami naik sebaliknya mencari jalan lain (untuk wujud loop) dan aku dapat merasakan bahawa aku pernah berkayuh MTB disini suatu masa dahulu.

Semoga pengunjung dapat menjaga dan memelihara kebersihan serta keindahannya dan menghormati ‘hak kepunyaan’ pihak RISDA.

Sebenarnya aku sudah beberapa kali ke sini dan LAYAN GAMBAR kunjungan kami ke sini … now & then

Kabus menyelubungi – hilang UUM dari pandangan

Puncak Bukit Bunga Raya : dari dari bukit bersebelahan

Belakang sana Bukit Kachi

Di sana UUM

Antara pot popular bergambar yang membelakangi UUM, Namun hari ini kabus menutupinya

Dibelakang ialah EDC dan kelihatan jalan naik  ke sini

No comments:

Post a Comment