Tarikh : 22 September 2012
Masa : 8.30 Pagi (mula) 12.30 tgh (tamat)
Jarak : 20.4 km
Rider : Pudin TTG, Adi Hariman, Mohd. Noor, Khairil Adli & Zol
Trek : Bukit Telipong, Changloon, Kedah Darul Aman
Mewujudkan pasukan pencari yang kecil tetapi berkesan dan akhirnya dapat menawan bukit ini. Laluan yang dicari bagi menambah koleksi trek yang boleh dikongsi. Aku pernah ke sini bersama saudara Tandope. Baca catat ini (Bukit Telipong: Harapan Awal & Bukit Telipong: Pusingan Pertama) untuk sedikit maklumat awal.
Kayuhan hari ini diatur setelah saudara Mohd. Noor mengusulkan hasratnya untuk ke sana bagi mengisi aktiviti mingguan. Kami bermula dari kampung Lembah Palas, Changloon menuju ke kampung Baru dan memasuki laluan madrasah (lama) Nasyanbandi dan terus mendaki. Wow! kini kawasan ini sudah ditumbuhi dengan pokok getah. Walaubagaimanapun kawasan atas sudah diterangani. Setelah bersusah payah mendaki dan mencari ahirnya kami berada di permatang(ridge). Disini kerja-kerja pencarian menjadi semakin mudah. Pada ketinggan >390 meter jelas dapat melihat 2 negeri dan sayup memandang ke arah laut, UniMap, Politeknik, Ladang tebu, Kodiang, Tunjang dan Changloon.
Setelah penat mendaki maka ‘reward’ pasti menanti. Laluan menurun yang sedikit curam dipenuhi batu-batu longgar, rock garden dan single trek yang sungguh mengujakan. Di penghujung laluan ada dusun dan charok(anak sungai) dan di sini kami melepaskan lelah sambil membuka bekalan nasi lemak yang dibawa. Masih banyak lagi laluan yang boleh diterokai. Namun Alhamdulillah dengan penemuan trek ini, setidaknya dapat menggantikan trek Hosba yang bakal di cerahkan untuk pojek tanaman semula.
Lagi Gambar di FACEBOOK
Di Tapak permulaan
2 tahun dahulu aku bergambar di sini gak
Hutan buluh dibakar ditanam dengan anak getah
Cabaran awal
Pasukan merisik: dari kiri: Zol (ACM), Adi Hariman, Adli, Cikgu Fisol, Mohd Noor dan Pudin
Dibelakang sana ladang tebu
Huh … cuaca yang menarik
Nasib baik pancit disini
teres yang indahdi bawah. Dok kira nak ragaih bukit mana plak
KoK Deng dibelakang sana
Nak turun ikut mana nih?
kawasan dusun: membuka bekalan
Akhirnya.. jalan pulang dijumpa