Translator

Thursday, September 30, 2010

KEDAH DALAM SEJARAH: Lawatan ke Makam Tunku Anom

MISI : Lawatan Ke Tempat Sejarah Di Utara Kedah

LOKASI : Makam Tunku Anom, Pulau Pisang

COORDINATES: 6° 16' 0" North, 100° 23' 0" East



Makam Tunku Anom terletak di kampung Pulau Pisang, Tunjang. Jaraknya  dari Pekan Jitra sejauh 7 km dan dari bandar raya Alor Setar pula sejauh 28 kilometer. Tidak jauh dari rumah sdr Zn Gerek Baru dan Ustaz Raja.

Tunku Anom adalah Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam. Baginda adalah putera kpd Tunku Abdul Rahman dan cucunda kpd Tunku Ibrahim (Raja Limbong)

Baginda pernah dilantik sebagai ketua dalam penghantaran ufti(bunga emas) ke siam setiap tiga tahun sekali dan diberi gelaran 'Tunku Paduka Raja Jambangan' oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke 22(1804 - 1845)

Sewaktu Kedah dalam pentadbiran Siam(1821 - 1841), Tuanku Anom turut berjuang dgn mengetuai serangan gerila menentang Siam. Apabila Siam telah berundur, Sultan Ahmad Tajuddin yg ketika itu di dalam buangan di Melaka telah diberikan semula takhtanya semula.

Sebagai mengenang jasanya, Sultan Ahmad Tajuddin telah menganugerahkan Daerah Kubang Pasu yg mengandungi 24 mukim kpd baginda.

Bermula tahun 1841, tunku menjadi Raja bagi Negeri Kubang Pasu 'Darul Qiyam' yg berpusat di pulau Pisang sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1853

Makluman Tambahan boleh didapati dari blog Zn Gerek Baru KLIK Untuk  Membaca

Berhampirannya ada Homestay Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). KLIK untuk membacanya

Wednesday, September 29, 2010

Bukit Tunjang: Satu Explorasi

Tarikh: Sabtu – 26/09/2010

Laluan: Bukit Tunjang

Latitude. 6.3°, Longitude. 100.3833333°

Rider: Ustaz Raja, Zn & Pudin

Bukit Tunjang terkenal sbg kawasan pengeluran buah-buahan terutama durian (klon kuching tidur). Banyaklah dusun penduduk tempatan di sini, secara tidak langsung banyaklah jua laluan keluar masuk ke kawasan ini.

Zan Gerek baru pernah membuat review terhadap laluan ini. Klik sini untuk ceritanya. Hari sebelumnya, ustaz telah menjejaki laluan ini. Ternyata beliau mempunyai pengalaman di kawasan ini.(Ada dusun pa ..eloklah tu, lepas ni ada peluang makan durian). Walaupun laluannya tidaklah panjang namun pendakian kami ini hanya permulaan kpd pencarian laluan-laluan seterusnya dan mungkin akan membolehkan laluan disambungkan dan pusingan mengelilingi Bukit Tunjang ini dapat dilakukan. Insyaalah kami akan plotkannya melalui GPS.

Dari Melele ke Padang Perahu untuk memulakan pendakiannya

Memasuki kawasan dusun

Ustaz Raja dok usha kot2 ada buah durian luruh tu

Penurunan ke arah Bemban

Melewati kawasan kuari di Tunjang

Dah nak sampai , Zn dok nampak beberapa bukit dan laluan yg boleh diterokai, Taruh hari lain la pulak!

Tuesday, September 28, 2010

BERAKHIRNYA PERHENTIAN DI PULAU

 IMG_6275

Tarikh: 18/09/2010 – Sabtu

Lokasi: Pulau Perhentian Kecil dan Tanah Besar Semenanjung

Hari ini hari terakhir kami di Pulau ini. Bot kami utk ke Tanah Besar ialah pada jam 11.30am. Kami habiskan masa dgn bermain-main air kat pantai.  Sesudah sarapan pagi , apalagi cari kayak la utk mengayuh di pesisiran pantai.

IMG_1897

 

Mendayung perlahan2 di tepian pantai berbatu sambil menikmati keindahan alam. Dengan kejernihan airnya dapat lihat lagi anak yu, pari malahirkan anak, ikan-ikan coral berenang2. UHHH Bestt … DAMAI sungguh MENDAMAIKAN

DSCN1824

Sesungguhnya berada di Pulau Perhentian ni memang cukup best. Rasa tenang dan damainya hidup ni. Hilang semua masalah. Rasa cam tak mau balik pon ader ni.

PULAU PERHENTIAN adalah antara destinasi terbaik dalam Malaysia yg pernah penulis lawati.

Monday, September 27, 2010

Kayuhan Antara 2 Negeri: Satu Persediaan

Tarikh: Sabtu – 26/09/2010

Laluan: Kg. Pulau Pisang – Tunjang - Melele – Gua Kerbau – Kodiang – Arau

Jarak : 58km

Mula 8.30am

Pot Mula: Rumah Ustaz Raja, Kg. Pulau Pisang, Tunjang

Rider: 4 orang jer! -  Ustaz Raja, Zn, Rizal & Pudin

Kayuhan hari ini adalah satu persedian ke arah kayuhan 2 negara. Matlamat utama ialah utk mendaki Bukit Tunjang. Entah macamana( mungkin semangat nak pi Pak Bara kot), maka haluan kami di talakan ke Arau sambil nak pekena nasi dagang & nasi kerabu di stesyen keretapi Arau. Masing2 hampa apabila kedainya itu di tutup. Walaubagaimanapun perjalanan ini sungguh enjoy dgn melalui laluan tepian sungai yg cantik dan sahabat-sahabat yg turut meraikan kami.

Mungkin perjalanan kami ini sebagai satu cubaan pertama selepas Ramadhan utk melangkah lebih jauh lagi ke negara Gajah Puteh kelak sambil mempersiapkan diri masing-masing.

Perancangan kami ialah:-

1. Kayuhan Ke Padang Besar/Kuala Perlis – Tarikh: Minggu kedua bulan Oktober

2. Kayuhan Ke Pak Bara, Thailand – Tarikh : 5 – 7 November 2010

Apapun tunggu pengumuman lanjut dari kami sedikit masa lagi..

Pot Mula dari rumah Ustaz Raja

Mana Arahan? Zn dah bagi signal kepala awai lagi

Pelbagai bentuk rupabumi di lalui

Ni tempat Ustaz ngajar.. nama sekolah tu .errr.. baca sendiri lah no

Singgah di Gua Kerbau .. Alaa hari ni ramai betoi la pengunjung. Ada adik-adik dari Kolej Matrikulasi mai berlatih kayak

Yang ni pulak adik-adik Uitm Arau mai berekpedisi berbasikal sambil berkhemah disini

Yang ni abang-abang dari Jitra

Hooo ..warna-warni kayuhan hari ni

Aik! Berlawanan arah. Mana nak pilih?

Ish rasa macam dok kayuh belah siam dah ni

dari kiri .. Zn, Ustaz Raja , Rizal, Hafidz dan Suhaidi

Kayuhan kami hari ini di taja oleh wakil Celcom , Mr Suhaidi(TQ..TQ..TQ) dan buat geng Melele (Trimas bebanyak kerana belanja kami makan ..alhamdulillah). Turut sama yg respon kehadiran kami brader polis,  sdr Azmir. Terima kasih kerana mempunyai minat yg sama. Hafiz pun teringan nak kayuh dgn kami ni.. tapi dia masih setia bersama team Muwiranya. Amacam Hafiz ..lain kali jum join kami touring!

Sunday, September 26, 2010

MALAM JUMAAT Yg NIKMAT Lagi SUNAT

Tarikh: 23/10/2010, Hari Khamis - Malam Jumaat

Jam 10.00pm

Laluan: Jitra - Kepala Batas - TTG - Alor Setar - Jira

Rider : 11 orang:

Malam ini Geng Jitra, geng Gerek Baru, Geng Banana Island, Geng Changlun dan Geng Alor Setar bermadu kasih di jalanan yg terdiri dari lelaki yg masih jantan iaitu Azizan(Zn Gerek Baru). Al Ustaz Di Raja Azrifudin, Senu yg tidak pernah jemu, Yap(Ashraf yg masih mengaji di Poli), Tandope(Tiada tandop di Changloon), Azizul(tiada buku yg tak dilakarnya), Apit, Art Titi Besi(Harapan utk menjadi pandai besi), Pudin TTG dan yg menumpang ditengah jalan Sdr Adi (yg Hari-hari Mau punya) dan seorang lagi tidak jumpa di cari.

Di malam Jumaat ini,   segerombolan manusia  yg matlamat mereka adalah sama, arah yg tuju jua sama.  Mereka ini yg meninggalkan keselesaan di rumah mencari kenikmatan di luar dgn meletakkan punggung mereka di atas pelana lalu mendayung tanpa memperdulikan apa orang kata. Bagi mereka, yg dicari adalah nikmat kayuhan, kecergasan, kecerdasan dan ke arah cara hidup yg sihat lagi berkat.  

Penulis juga berminat utk menyertai kelompok ini. Bahkan sudah hampir putus harapan kerana setelah menunggu lebih dari 45 minit di Stesyen minyak Shell Kepala Batas, tiada jua mereka menjengah. Rasanya nikmat dan nyaman di rumah sudah menggamit di hati, nyamuk dan ngantuk dirasai. Berpatah baliklah keputusan diambil, nasib terlihat lampu terpasang di rumah Art Titi Besi, menyinggahlah  ke rumahnya, kebetulan beliau menyapa dan menyampai berita yg sebenar.. 

Penantian memang satu penyiksaan. Penguasaan maklumat adalah keutamaan kini. Oleh itu komunikasi menjadi amat penting. Semuanya terjadi kerana komunikasi yg menjadi sehala, gara-gara penulis tertinggal h/phone di pejabat, maklumat sebenar tidak diperolehi secara tepat.

Perjalanan Di Alor Setar berkesudahan di sini. Kedai Kopi Kampung Jalan Sultanah; Pak Lang punya kroni

Kena kopi kampung  cicah roti mayat ..uhhhh lazatnya waktu ni

Kedai Kopi yg Hiasan dalaman dan luaran yg menarik. Bergaya !Ustaz dan Tandope di hadapan van VW yg Retro

Thursday, September 23, 2010

PULAU PERHENTIAN – HARI Ke 3

Tarik: 17 September 2010, Jumaat

Lokasi: Pulau Perhentian Besar, P.Perhentian Kecil

Aktiviti: Sukanika, Sembahyang Jumaat.

Hari Jumaat, adalah kemuncak Hari Keluarga dimana seharian diadakan sukanika di pantai. Memang menarik apabila pengisian sebegini diadakan utk mengelakkan rasa kebosanan disamping dapat mengeratkan tali silaturahim dan menikmati keseronokkan melihat telatah anak-anak dan keluarga masing-masing.

Acara kanak-kanak - mencari guli

Larian membawa bola pimpong dalam sudu

Acara kaum ibu – Isi air laut dalam botol

Acara lelaki – mencari getah dalam tepung

IMG_1829

IMG_1840

Acara sebelah petangnya: Perlawan Bola Sepak Pantai

IMG_6237

Tengahari: Naik teksi ke Pulau Perhentian Kecil untuk solat Jumaat: Untuk makluman: Chalet akan menyediakan perkhidmatan percuma utk ke sana(perlu maklum dahulu kpd kaunter pendaftaran). Bayaran Teksi air ialah sebanyak RM15.00

IMG_6239

Masjid klasik dari kayu.

IMG_6240

Sejarah Pulau Perhentian: Utk Makluman Lanjut KLIK SINI SEJARAH PULAU PERHENTIAN

IMG_6241 Ada balai Polis Baru Di Pulau ini

Tuesday, September 21, 2010

Kembali Menunggang Di Awal Syawal

Tarikh: 19/09/2010 – Ahad

Masa: 8.30pm

Tempat: Redflag, Jitra

Laluan: Redflag – Bukit Lengoh – Malau - Jitra

Setelah hampir 47 hari berehat susulan pembedahan tempohari. Dengan ‘lampu hijau’ yg sudah diberi oleh doktor, maka penulis sudah bertekad utk mula mengayuh malam hari nanti bagi mendapatkan semula ‘Riang’. Cadangan tu utk kayuhan secara santai namun sdr Nasrun(Lontruth) kebetulan ajak kayuh. Ahh .. camna ni, mampukah aku mengikuti mereka.

Seramai 9 orang rider hadir utk kayuhan mendaki ‘Bukit Lengoh’ iaitu Sdr. Nasrun, Jeff, Art TT Besi dan anaknya Shafiq, Zalmi(tak lambat dah ni), Lan, Khusairi, Pudin  dan seorang rider baru dgn Fixienya,  Fikri.  ...aik mana AI?

DSCN1808

Fixie pun mampu mendaki Bukit Lengoh. Bagaimana dgn team Jitra lain?

DSCN1809Malam ni ..aku jadi sweeper laaa . 

Lepas kayuh kena Ayam organik di RADIX FRIED CHICKEN (RFC), bersebelahan Kedai Redflag,  Boss dia rakan sekayuhan kami iaitu En. Badrisyam. 

Monday, September 20, 2010

Pulau Perhentian – Day 2


Tarikh: 16/09/2010, Khamis
Aktiviti: Mandi-manda, Island Hoping & Snorkling
Hari ini sepatutnya ada Mesyuarat. Pembatalannya membolehkan acara bebas  dilaksanakan. Seawal pagi selepas sarapan, terus cari kolam, mandi - lebih bapak dari anaknya pulak.
IMG_6186
Pengisian pada sebelah petangnya adalah dgn mengelilingi pulau dan aktiviti menyelam. Bayaran Perkhidmatan ‘island hoping’ ialah RM50.00/pax. Minima 10 orang. Alatan utk snorkling, jaket keselamatan termasuk dalam pakejnya.
IMG_6199
Pada jam 3.00pm, setelah berunding dapat harga RM45.00, utk seramai 8 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.
IMG_6192 Hentian pertama adalah di di perkampungan nelayan di kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Hanya disinilah ada penempatan penduduk. Ada seramai hampir 1,000 orang penduduk di sini. Ada sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan, Kuaters guru, balai polis, tangki air, masjid dan kedai.
Hentian setrusnya adalah di Long Beach








IMG_6212Pasir Panjang dikenali dgn ‘Long Beach’(Cewah eksyen jugak depa ni) di  Pulau Perhentian  Kecil. Terdapat banyak chalet murah disini. Pantainya yg panjang, bersih dan cantik. Tidak hairanlah ramai pelancung barat gemar ke sini. Di sini jua anda berpeluang melihat ‘ikan kering’(Mat Salleh ler) berjemuran
IMG_6211 Haaah … Pelancung tempatan pun ambil kesempatan ni
IMG_6218
Ke Telok KK utk aktiviti snorkling. Wow..air yg cukup jernih. Ikan-ikan berenang sekeliling kita, sambil memakan roti di tangan. Terumbu KArang yg cantik dgn berbagai species ikan berenang2 sekitarnya. AMARAN: jangan dok cuba ambil batu karangnya, kena tangkap – denda tak silap RM5,000.00. Tapi yg penting bukan kerana dendanya itu – hargailah dan puliharalah khazanah alam.
IMG_6232
Tempat snorkling seterusnya adalah di ‘ Shark Point’. Disini anda akan dapat melihat ‘baby shark’ berenang di sekitar anda( setelah diperah darah ikan ). Nasib baik la dia mai yg kecik, buatnya mai jaws ..mampuih. Berenang2 bersama ikan todak, ada nemo, ada bulu babi(jaga2 jangan terpijaknya) dan lain2 spesies ikan terumbu yg cantik-cantik. Dia mai dekat macam nak boleh pegang ooo.
IMG_6234
Berdekatan chalet kami,  di Pulau Perhentian Besar ini, ada anak sungai yg mengalir dari atas bukit terus ke laut, airnya yg sungguh sejuk. Semua nelayan akan ke sini bagi mendapatkan bekalan air tawar utk kegunaan mereka di laut.
Aktiviti ini memakan masa hampir 3.5 jam
 
Malamnya ada BBQ .. Daging kambing, daging lembu, sotong, ayam dan ikan ..uhhh yummmyyyyyy..pencecahnyapun sedap. Banyak makanannya dan boleh makan sampai puaslah
Adik2 kat restoren ni pong comei2 dan friendly. Ada satu mamat Indon tu ..cakap, telornya dah sebijik Kelate(Ni misti makan budu punya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...