Monday, December 03, 2018

Betong: Air Terjun Tersorok di Kampung Perdamaian.

Tarikh       : 20 November 2018
Misi          :  Day 01 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
Jarak        :  
Coordinate: N5.85882° E101.23115°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/kSupLqZzGQs

  … Bersambung 

Semasa berjalan di kawasan pokok besar, aku bertanyakan tentang air terjun disini dan pengiring kami menyatakan ada air terjun berdekatan tetapi tidaklah tinggi.

Selesai melawat pokok besar, kami menelusuri jalan kampung dan berhenti berdekatan sebuah jambatan dan meninggalkan motosikal di pinggir jalan. Merentasi kawasan dusun yang cantik dan terjaga. Dusun ini di tanam dengan durian bermutu tinggi, dokong, manggis, petai dan lain-lain lagi. Pada musim buah-buahan akan di adakan pesta buah-buahan. Selepas berjalan ± 600 meter kami jumpa anak sungai dan dihujung sana ada air terjun kecil bertingkat yang menarik. Disini tersedia bilik persalinan tetapi tiada tandas. Kami tidak berhenti disini sebaliknya merentas anak sungai untuk menuju ke air terjun yang lebih menarik di bahagian bawah. Ia ± 30 meter dari air terjun pertama. Walaupun air terjun ini bersaiz mini tetapi air terjun ke 3 lebih dramatik(tidak jauh dari air terjun ke 2)  dimana tingginya ±1.5 meter dan airnya sangat sejuk lagi bersih dan kolamnya tidaklah dalam. Tiada nama khusus air terjun ini hanya dikenali sebagai namtok Chulaphorn Pattana 10th.

Air terjun pertama: Tidak berani hampiri bimbang dalam dan pasir jerlus

Air Terjun kedua

Air terjun ke 3 paling menarik .. di bawah ada kolam cetek yang boleh mandi


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Saturday, December 01, 2018

Betong: Pokok Terbesar di Selatan Thailand

20181120_113253

Tarikh       : 20 November 2018
Misi          :  Day 01 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
Jarak        :  
Coordinate: N5.86243° E101.23885°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/rz3jZpBVUkD2

Tersorok di dalam hutan dara berdekatan sempadan Malaysia – Thailand, (± 28 km dari pekan Betong) terletak di Chulaphorn Peace Village 10th (yang menjadi penempatan bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya(PKM)), terdapat sepohon pokok (Somphong Tree) yang dikatakan pokok terbesar di Selatan Thailand.

Ia adalah  pokok Mengkundor atau nama saintifiknya Tetrameles Nudiflora. Ia adalah spesies tumbuhan dalam famili Tetramelaceae. Pokok ini berukurlilit ± 30 meter (Diukur berdasarkan rantaian manusia seramai 38 orang yang mengelilingi pokok ini) dan ketinggian tidak pasti kerana telah patah bahagian atasnya.

Ia dipromosikan oleh kerajaan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Disamping memberi pendapatan sampingan kepada komuniti kampung, ia juga boleh menyebarkan sejarah dan pengetahuan tentang pokok ini. Ia adalah 2 pokok di wilayah Yala (sepohon lagi di Piyamit Tunnel) yang dipilih dari 64 pokok di seluruh Thailand sebagai warisan tanah atau “Treasure Of The Land” di bawah naungan His Majesty the King of Thailand pada tahun 2017.

Untuk maklumat, lokasi pokok ini terletak di dalam kawasan berpagar (± 1.2 km dari perkampungan) dan diselenggara oleh penduduk kampung. Bayaran sebanyak THB60 seorang dikenakan sebagai bayaran penyelenggaraan dan ada pengiring yang akan membawa kita ke sini sambil bercerita mengenai kawasan ini. Terpaksa hiking di jalan bersimen yang disediakan ± 600 meter sebelum sampai ke kawasan pokok ini.

Selain itu di perkampungan ini  terdapat: -

  • Muzium Peperangan PKM yang mempamerkan gambar dan kegiatan PKM semasa era pertempuran mereka dengan kerajaan Malaysia.
  • Memorial atau Tugu Peringatan untuk memperingati ahli-ahli PKM pada era sebelum perdamaian. Ia terletak di atas sebuah bukit tinggi berdekatan kampung ini.
  • Simulasi Kem - yang terletak di kawasan hutan bagi menunjukan kehidupan puak PKM  di era perang di dalam hutan
  • Taman Herba – terletak dalam perjalanan untuk menuju ke pokok besar. Pelancong diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan herba dan  dapat belajar mengenai tumbuhan ini yang boleh dijadikan sebagai ubatan.


Laluan bersimen untuk ke Pokok sejauh ± 600 meter

Ladang Herba: Dalam perjalanan menuju ke Pokok

Ada mini waterfall berdekatan pokok

Replika kediaman geng PKM sebelum perjanjian Damai. Ada pokok, dewan yang tergantung gambar pemimpin komunis seperti Lenin, Karl Marx dan lain-lain lagi

Pokok ini berusia ratusan tahun dan berukurlilit > 30 meter


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Thursday, November 15, 2018

Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat

Tarikh       : 09 November 2018
Misi          :  Mencari, Mendaki Bukit, Tasik & Air Terjun
Lokasi       : Ton Nga Chang Wild Life Santuary, Hadyai, Songkhla, Thailand
Jarak        : 70 km 
Coordinate: N6.94645° E100.23068°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/ujB3kH44h3G2

Bersambung ….

Turun dari Bukit Khuan Chu,   sengaja mengikuti jalan luar bandar untuk melihat  kehidupan masyarakat desa. Oleh itu kami menelusuriRo Pho Cho Songkhla Road’ dan ± 3.5 km kami belok ke kanan dan telusuri pulaO Bo Cho Songkhla 3069 Road’ dan rural road sejauh ± 11 km sehingga bertemu Highway 4145 dan Songkhla 4034 Rural Road dan seterusnya menuju ke Khlong Cham Rai Reservoir (N6.82388° E100.33084°)

Ia adalah sebahagian Projek Pembangunan Basin Sungai Khlong Hai dan Terusan Hoi Khong. Terletak di Moo 7, Ban Thung Yung, Daerah Khlong Hoi Khong, Songkhla.

Takungan ini dibina  dalam tahun 1983 dan memakan masa 3 tahun  untuk disiapkan (1983 - 1985). Projek yang menelan belanja THB 152,192,000.00. Berkeluasan ± 7 km2 dan bertujuan untuk:-

  • Mengairi kawasan pertanian seluas 8,000 hektar
  • Membekal air untuk kegunaan  > 500 keluarga
  • Kawasan tadahan air  dan mengurangan masalah banjir di kawasan Hadyai,
  • Tempat pembiakan ikan air tawar
  • Tempat rekreasi di daerah Khlong Hoi Khong dan kawasan berdekatan.

Selepas berswafoto, menikmati pemandangan dan menghirup udara segar kami meneruskan perjalanan menelusuriO Bo Cho Songkhla Road’ sehingga ke Ton Nga Chang Waterfall.

Air terjun ini dinobatkan antara yang tercantik di Selatan Thailand. Namtok Ton Nga Chang atau Air Terjun Gading Gajah mempunyai 7 Tingkat (level) yang memikat. Ia mengalir turun dari pergunungan Hutan Simpan Ton Nga Chang. Ia terletak ± 30 km dari bandar Hadyai. Untuk masuk ke Taman Negara ini dikenakan sebanyak THB200 (wisatawan asing).

Biasanya pengunjung akan berada pada air terjun di level 1 sahaja dan menariknya dari sini kelihatan berpuluh tan ikan kelah berenang-renang sambil mengerumuni pengunjung di sepanjang sungai.

Kami bercadang untuk mengunjungi hingga ke level 4. Sebelum mula mendaki kami perlu mendaftar nama di pondok ranjer dan seterusnya menghayun langkah ± 400 meter mendaki ( ketinggian ±160 meter) ke air terjun di level 2. Di sini tampak 2 curahan air setinggi ± 20 meter yang turun di kiri dan kanan tebing.

Kami gagahi mendaki lagi ±600 meter ke ketinggian ±250 meter untuk melihat air terjun level 3 yang lebih dramatik. Di sinilah lokasi air terjun yang terbaik dimana 2 curahan air terjun bagaikan gading gajah. Agak bahaya di kawasan ini kerana curahan air terjun level 3 akan mengalir ke tebing yang curam dan pernah dilaporkan pelancong asing jatuh. Untuk sampai ke sini, penat jugalah berhempas pulas melawan mental dan mengerah kudrat (adakalanya laluan licin ) tetapi sangat bebaloi bila sampai.

Tidak sempat ke level 4, lantaran langit semakin mendung (bimbang juga), lalu membatalkan pendakian, lagipun hanya kami berdua di sini

Untuk makluman, Taman Negara ini pernah ditutup hampir 15 tahun hingga tahun 1976 kerana masalah keselamatan(kawasan hitam). Jabatan Hutan Diraja (The Royal Forest Department) telah menghantar pegawai Wildlife Conservation Division ke sini dan mendapati kawasan ini mempunyai banyak hidupan liar terutama tapir yang menjadi kawasan habitatnya. Hutan ini juga menjadi kawasan tadahan hujan dan sumber air dan dapat menyuburkan ribuan ekar kawasan sekitar Songkhla. Apabila laporan diserahkan, Pihak Kerajaan mendapati kawasan ini harus dilindungi kerana mempunyai sumber alam yang sangat bernilai dan mesti dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar dan susulan itu ia di istiharkan sebagai ‘TON NGA CHANG WILDLIFE SANCTUARY’ pada 2 Julai 1978

Level 1

Di level 1 ni berpuluh ikan akan mengerumuni kita tambahan apabila di tabur makanan ikan. Makanan ikan ada dijual di kedai dan gerai di sini. Harga THB20 sepeket

Level 2 – Di sini pun cantik dah. Perlu daftar nama dahulu sebelum mendaki untuk tujuan keselamatan

Laluan mendaki agak curam terutama ke Level 3 ke atas

Level 3 : Hati-hati d isini. Untuk mendekati air terjun sini kena menyeberang dan kawasan sini agak bahaya kerana di hadapan ada tebing yang tinggi dan diberitakan ada pelancong yang pernah jatuh.

Level 3: Di sini dikatakan air terjun paling cantik . Dengan 2 aliran air terjun bagaikan Gading Gajah yang membawa nama Ton Nga Chang


Pautan Kembara Berkaitan
1. Padang Besar: Puncak 2 Sempadan   
2. Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat

Monday, November 12, 2018

Padang Besar: Puncak 2 Sempadan

Tarikh       : 09 November 2018
Misi          :  Mencari, Mendaki Bukit, Tasik & Air Terjun
Lokasi       : Padang Besar, Ampoe Sadao, Songkhla, Thailand
Jarak        :
Coordinate: N6.67870° E100.30301°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/8q2UsVCQQ4D2

Bukit Yang Sama: Hijau adalah trail yang aku kayuh satu ketika dahulu dan unggu adalah laluan dari Padang Besar ke Puncak

Seorang rakan maya memaklumkan kepada ku mengenai satu rekreasi baru di Padang Besar Thailand yang kini mula menjadi perhatian penduduk tempatan. Berbekal maklumat, kami bertolak seawal pagi dari rumah dan masuk melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Mudah urusan imigresennya hari ini  dan berhenti solat Subuh di sebuah masjid di Sadao. Usai solat kami menuju ke arah Padang Besar dan bersarapan disebuah kedai di sana.

Selepas sarapan kami menelusuri Rop Mueng Road hingga ke penghujung simpang dan belok ke kanan lalu menelusuri pula Ro Pho Cho Songkhla Road sejauh ± 270 meter kami belok ke kiri mengikuti Chine Koon Road pula ± 1.1 km dan berjumpa dengan pintu masuk (gate) Jakraphat Resort (KLIK) (N6.68360° E100.30887°)

Di sana Khao Loe yang diselaputi kabus

Dari sini sudah dapat mengagak kedudukan bukit, lalu kami mengikuti jalan di dalam resort ini dan  terus mendaki dengan motosikal hingga ke Titik Pandang 1 (N6.68333° E100.30561°). Disini ada batu bertenggek yang menjadi pot berswafoto dan pondok. Kami tidak melepas peluang untuk berswafoto dan dari sini jelas kelihatan pekan Padang Besar.

Setelah berbual bersama penduduk tempatan, kami dimaklumkan bahawa ada View Point berikutnya di atas bukit. Kami menghayun langkah ± 1.3km ke puncak untuk ke Titik Pandang 02. Disini dapat melihat lebih jelas pekan Padang Besar, Sadao, Khao Loe dan sebahagian Perlis . Keindahannya lebih terserlah pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi bukit berhampiran dan kawasan sekitar.

Disini  terdapat tembok sempadan Malaysia/Thailand dan yang menariknya kami dapat menyentuh batu sempadan SIAM . Setelah mengamati Garminku, barulah aku sedari bahawa pagar sempadan ini adalah BUKIT KHUAN CHU (KLIK) yang pernah aku mengayuh suatu ketika dahulu disebelah sempadan Malaysia.

Di tempat ini bakal dinaikan cafe untuk pengunjung menikmati kopi

Ada jeep di pertengahan perjalanan

Aerial view Bukit Khuan Chu dari Padang Besar

Tembok sempadan .. Untuk makluman Bukit Khuan Chu disebelah Malaysia adalah kawasan larangan dan perlu kebenaran jika ingin berkayuh atau memasuki

Berehat di kerusi sambil menikmati pemandangan

Di sana Perlis … tudia Bukit Chabang


Pautan Kembara Berkaitan
1. Padang Besar: Puncak 2 Sempadan   
2. Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat

Thursday, November 01, 2018

Jati Perik: Bertandang Ke Trek Old School

PA270523

Tarikh       :  27 Oktober 2018
Trail          :  Ladang Jati, Perik, Kuala Nerang, Kedah DA
Rider         :  06 Orang
Jarak         :  25 km
Max Elev.   : 160 meter
Coordinate : N6.33297° E100.55192°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/bGrdscfaexJ2

Lebih dari sedekad yang lalu, Trek ini menjadi antara trek pilihan geng Redflag Jitra (yang dipelopori oleh Abang Ai, Jem, Md. Nasron,, Chomel FZ, Wan Bliz dan lain-lain lagi) pada setiap hujung minggu dan malam.

Apabila trek-trek baru mula dibuka seperti CP3, Jati Gajah Teriak, Hosba, Bukit Kelubi dan lain-lain lagi, trek ini semakin dilupakan. Apatah lagi apabila berita terjumpanya tapak kaki harimau disini.

Trek ini terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perangin. Ia adalah kawasan tanaman jati yang diusahakan oleh Jabatan perhutanan. Ada beberapa trail yang diexplore oleh geng Redflag dan jarak antara 14 – 18 km sahaja (loop).

Setelah hampir 5 tahun tidak mengayuh di sini dan bagi mengenang dan mengingati kembali trek ini disamping menggalak semula sahabat lama untuk aktif, aku mengatur satu kayuhan ke sini. 6 orang sahaja yang menyahut kayuhan hari ini iaitu aku, Adiharriman, Sharul Nizar Airod, Hashim(Jazkun Mazkun), Cikgu Azhan dan Dr. Shukri (1st time kayuh sini). Trek kelihatan usang dengan jalan dipenuhi daun-daun jati yang luruh, hakisan air membuat laluan semakin mendatar dan kurang mencanak. Hujan semalam membuat lopak air dan ada tempat perlu berhati kerana pasir yang boleh membuat melarikan tayar basikal. Beberapa air terjun mini juga kelihatan. Kami naik hingga puncak dan tidak turun ke arah klinik sebaliknya kami turun ke arah kampung Labi (tidak jauh dari Puncak Janing) dan balik melalui jalan raya sejauh ± 15km (Adusss …)

Parkir kereta yang luas bersebelahan Sek. Kebangsaan Perik

Permulaan pendakian. Kelihatan ada penghadang dan laluan baru ditolak

Ada mini waterfall lah

Hashim – masih istiqomah dengan MTB

Jaga-Jaga ! Jalan berpasir boleh menggugat kawalan

Dr. Shukri – pertama kali kayuhan disini .. Satu cabaran juga baginya

Di bawah rimbunan bamboo