Tuesday, November 04, 2014

Kembara Himalaya: Nagarkot – Panorama Indah Bumbung Dunia

Tarikh :  19 Oktober 2014     
Route: Kathmandu – Nagarkot– Kathmandu (KTM)
Jarak : ± 67km
Coordinate :  N27° 43.121' E85° 31.167'

Jemu dengan laluan yang berdebu @ Kathmandu

Day 3

Pukul 7.00 pagi, dingin sekali pagi ini, suhu mencecah 16°C, Berbondong kami menelusuri jalan yang masih lengang keluar dari Kathmandu yang penuh debu. Mengambil jalan besar Arnikoraj Marg dan melewati Lapangan Terbang Antarabangsa Tribuvan menuju ke Nagarkot. Nagarkot terletak ±35km dari Kathmandu dan berada pada ketinggian > 2,000 meter dari paras laut dan sudah tentu udaranya nyaman dan sejuk. Sesuai dengan kawasan tanah tinggi,  semestinya jalan mendaki berbengkang bengkok dan pasti  tanjakan’ mencanak yang menguji mental dan fizikal. Jenuh ‘rengkuh’ sebelum nak sampai namun terubat dengan pemandangan indah yang menenang jiwa, mengubat letih, meredakan tekanan.

Nagarkot pernah menjadi lokasi percutian musim panas keluarga Diraja Nepal sebelum ia menjadi tumpuan pelancong kerana kedudukannya yang strategik memberi keselesaan dengan pemandangan yang mengkagumkan. Kehidupan  menenangkan yang jauh dari hiruk pikok kehidupan kota yang sibuk. Dianggap sebagai tempat yang terbaik untuk menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam. Dapat melihat pemandangan indah lagi menakjubkan banjaran disekelilingnya seperti Himalaya, Nagarkot, Banjaran Annapurna Manaslu, Ganesh Himal, Langtang dan lain-lain lagi. Bahkan gunung Everest jelas kelihatan jika kena pada masanya.

Berada di Beranda Unkai Resort – mengamati snowy mountain

Dengan hampir 872 spesis burung di Nepal (± 8% of the world total) maka Nagarkot layak dinobatkan sebagai Bird Watching Zone. Dengan gunung ganang cantik menghijau sangat sesuai dengan habitat burung. Kelangsungan hidup burung dipersekitaran ini turut membantu petani mengawal serangga dan makhluk perosak yang merosakkan tanaman mereka dan membantu keseimbangan alam secara semulajadi.

Nagarkot juga menjadi pilihan kaki hiking. Silalah cuba Trek Nagarkot - Dhulikhel sejauh 18km. Dengan permulaan dari ketinggian 1,900 meter dan berakhir di ketinggian 1,300 meter mengembara ke Lembah Panchkal yang indah pemandangan alam dan kampung. Hayunan kaki sambil bersantai memakan masa 7 – 8 jam perjalanan.

Agak lama menikmati pemandang indah alam di Unkai Resort (N27° 43.691' E85° 31.571' ). Terasa hampa kerana awan dan kabus tebal melindungi pemandangan Gunung Everest. Namun beberapa puncak bersalji dari banjaran lain dapat dilihat berbalam-balam beberapa ketika sebelum dilindungi awan dan kabus sekali sekala. Selepas menikmati makan tengahari berupa maggie kami meluncur turun melalui jalan offroad yang berbatu sejauh hampir 12km yang membuat sakit punggung dan pinggang tambahan pada lutut (rugi tak bawa Fullsusp).

Menuju Nagarkot - Jalan yang semakin lengang

Banjaran di Belakang

kelangsungan hidup

Nagarkot menjadi tumpuan pelancong – santapan mata sunset/sunrise

Unkai Resort di hujung puncak – gambar dari internet

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan

1. Kembara Himalaya – Perancangan
2. Kembara Himalaya – Pendahuluan
3. Kembara Himalaya – Day 1
4. Kembara Himalaya – City Tour & Kirtipur
5. Kembara Himalaya - Nagarkot: Panorama Indah Bumbung Dunia
6. Kembara Himalaya – Trisuli River: Berakit Meredah Jeram
7. Kembara Himalaya – Kakani: Countryside Ride

3 comments: