Translator

Tuesday, May 29, 2012

Bukit Kiara: Beraksi Diredup Pagi

IMG_9654

Tarikh  :  Jumaat, 25 Mei 2012 
Lokasi  :  Taman Lembah Kiara, Kuala Lumpur
Rider    :  8 orang

Pakej kunjungan ke Trek Kiara diatur oleh saudara Md. Nasrun. Aku belum pernah mengayuh disini cuma pernah datang melayan mata sahaja. Seusai solat asar hari khamis kami bertolak secara berasingan dan bertemu di R & R Sungai Buloh untuk merehatkan badan dan melelap mata menanti fajar Jumaat menyinsing. 

Seawal jam 8.00 pagi kami sudah berada di tempat letak kereta Taman Lembah Kiara. Biasanya awal pagi ini ramailah pengunjung melakukan riadah pagi seperti berjoging. Kami memulakan kayuhan mengikut laluan Margic Carpet dan seterusnya berehat dipondok jaga No. 2 sebelum mengambil laluan 2K songsang. Kemudian ke Apollo Trail. Hujan yang turun melicinkan trek ini terutama di laluan yang dipenuhi  akar-akar pokok. Di apollo trail ini beberapa rakan telah terjatuh akibat kelicinan. Alhamdulillah tidak ramai orang di Trek pada hari ini membolehkan kami melayan dengan rakus laluan di sini dan mengulang sebanyak 2 kali. Sebelum menamatkan kayuhan kami mendaki ke Shaolin dan seterusnya mengakhiri ke trail Flinstone’s playground dan Rock Garden.

Trek Kiara memang menarik, ianya redup lagi teduh. Laluannya lengkap dengan singletrack, switchback, drop, pendakian dan lagi ……. Tidak hairanlah ramai rakan-rakanku meletakkan trek ‘Kiara’ sebagai penanda aras. Aku berharap semoga kehijauan landskap hutan di sini terus terpulihara.

Gambar di FACEBOOK

IMG_9611

7 orang yang beraksi di Kiara.

IMG_9617

Yaman & Cikgu Wan

IMG_9632

Menciluk

IMG_9638

kona patah

IMG_9641

Haji Zaim Banshee memang teruja dengan Trek ini

IMG_9649

Drop di Apollo

IMG_9663

Alias D’Pallas – hardtail jer

IMG_9671

Girang

IMG_9675

Melompak di trek DH Kiara Domination

IMG_9681

IMG_9686

Tayar pancit akibat teruja di Rock Garden

IMG_9691

Pokok getah menghalang laluan pulak

IMG_9705

Petangnya mencuba trek DH @ Putrajaya

IMG_9718

Friday, May 25, 2012

Banjaran Bintang: Berkelah & Menikmati Panorama Indah

IMG_9520

Sememangnya Trip ini untuk  menikmati suasana alam semulajadi. Peluang mandi, memancing, menjala dan hiking diambil sebaik mungkin. Merasai ikan tengas dan yang pentingnya ukhwah terjalin erat.

Persoalanku apakah alam ini akan terus terpelihara. Dengan pembangunan yang semakin menghimpit. Khabarnya projek mini hidro bakal dibangunkan di kawasan ini (aku berdoa semoga ‘gagal’lah projek ini(hi hi jahatnya aku nih!)).

Trip ini memang menyeronokkan.  Jenuh kayuh, jenuh makan, jenuh mandi & jenuh DH. Terimakasih kepada saudara Sumi dan penduduk kampung Sungai Rambutan atas layanan mesra dan keperihatinan kepada kelompok kami. INSYAALLAH aku akan datang lagi dengan perancangan yang lebih menarik.

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_9490

Bersedia untuk hiking

IMG_9482 IMG_9492

Semoga terpeliharalah

IMG_9494

Meredah hutan

IMG_9499

Meranduk sungai

IMG_9531

Menikmati alam

IMG_9552

Merasai nikmat alam

IMG_9569

Mandi

Air Terjun setinggi 60 meter

IMG_9574

Ujian tanah untuk keserasian projek Hidro

IMG_9573

Sembang bersama Geology consultant (ehemmm….. dapat cerita sebenar) 

IMG_9579

IMG_9585

Sg. Ulu Kerian. Laju sungguh air sungai ini. Aku dihanyutkan beberapa meter.

Kalau bawa pelampung ..best weiiiiii

IMG_9597

Kg. Sungai Rambutan. Penduduk yang ramah dan menjadi mashall kami.Tempat kami memakir kereta

Thursday, May 24, 2012

Banjaran Bintang: Rehlah & Riadah–Bab Kedua

Tarikh    :  18 – 20 Mei 2012 
Lokasi    :  Hutan Simpanan Bukit Bintang Kedah/Perak
Rider      :  10 orang 
             :   Sumi, Man Bank Rakyat, Pudin, Alias, Cikgu Fisol, Zam, Amir, Din Merida, Pak Megat dan Adihariman

Coordinate:  N5 20.389 E100 50.138
Elevation :  298 m         

NOTA: Banjaran Bintang menganjur dari Selatan Thailand dan menjadi sempadan antara negeri Kedah dan Perak.

19/05/2011 – Kami terpaksa memulakan kayuhan agak lewat(8.30am) kerana memberi laluan kepada gajah untuk beredar dilaluan(dimaklumkan bahawa orang kampung bersua dengan gajah semalam semasa mereka pulang dari menjala).

Kayuhan agak mencabar kerana terpaksa mendaki setinggi ±345 meter. Walaupun jaraknya hanya ±11km sahaja tetapi memang amat memenatkan terutama bermula pada km5. Kayuhan kepada kayuhan santai dengan menikmati alam dan panorama yang indah. memandangkan panas semakin terik maka kami bertekad untuk pulang selepas menikmati bekalan pada aras ketinggian 640m (dekat air terjun tah apa nama). Insyaalah lain kali kami akan meneruskan kayuhan sehingga ke Lawin(???) pula. Dimaklumkan bahawa kawasan ini akan dicerahkan untuk projek pembalakkan (kelulusan telah diberi)

Kayuhan kami diiringi oleh beberapa orang penduduk yang bermotosikal yang bertindak sebagai marshall dan sweeper. Perjalan pulang tentulah menarik..DH yang panjang dan Alhamdulillah tiadalah perkara tidak dingini berlaku.

Banjaran Bintang route map

Banjaran Bintang menganjur dari Selatan Thailand dan menjadi sempadan antara negeri Kedah dan Perak.

Elevation Banjaran Bintang route

Laluan keluar dari campsite

Dari Kiri: Pudin TTG, Amer, Alias D’ Pallas, Sumi, Din Merida dan Man Bank Rakyat

Diketinggian 380 meter

8 rider - Dari Kiri: Alias, Amir, Din Cikgu Fisol, Man, Pudin, Zam & Sumi

Teeedia tolakk

Sedarp menikmati bekalan

Lepas makan ..mandi pulak , sejuk sungguh ayiaq di sini

Tala balik

Wednesday, May 23, 2012

Banjaran Bintang: Rehlah & Riadah–Bab Pertama

IMG_9330

Tarikh    :  18 – 20 Mei 2012 
Lokasi    :  Hutan Simpanan Bukit Bintang Kedah/Perak
Rider      :  10 orang 
             : Sumi, Man Bank Rakyat, Pudin, Alias, Cikgu Fisol, Zam, Amir, Din Merida, Pak Megat dan Adihariman

Coordinate:  N5 18.653 E100 47.082

3D2N Ulu Mahang Camping, Swimming & Biking trip. Ianya dianjurkan oleh saudara  Suheilmy Ahmad Isa aka Sumi. Pada penganjuran yang lalu aku tidak dapat bersama kerana terlibat dengan kayuhan Anak Mizi (9 April 2011). Perancangan yang diatur sejak hampir dua bulan yang lalu, maka demi kerana janji dan komitmen terhadap progam ini maka aku terpaksa berkorban dengan melepaskan tugas pengendalian acara Kubang Pasu CP3 Jamboree kepada sahabat-sahabatku pada 19 Mei 2012.

Kami berkumpul di kampung Sungai Rambutan, Selama, Perak pada jam 3.30pm.  Program kami bermula dengan bacaan doa selamat dan dihidangkan dengan jamuan(kenduri)  mee kuah(wow!). Setelah memuatkan barangan & bekalan(rasion) ke kereta Sumi manakala beg &  basikal kami pula dimuatnaikkan ke kereta Pak Megat, maka pada jam 5.15pm kami memulakan perjalanan memasuki Hutan Simpanan Gunung Bintang yang melalui jalan offroad(bakal menjadi laluan balak) yang agak mencabar dan sampai ke Base kem pada jam 6.50pm.

Kami bermalam di tapak bekas  stesyen Hidro Letrik yang dikenali sebagai ‘Rumah Api’ dikalangan orang kampung. Makan malam disediakan oleh penduduk tempatan sambil merehatkan badan untuk aktiviti keesokkan harinya pula.

Lagi gambar di FACEBOOK

Kulim - Ulu Mahang

Memuat barangan & basikal ke 4 x4

Ada kenduri plak

Nasib baik tiada hujan

Hidangan Malam : – makan sampai kenyang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...